
|
Menyusu bayi dengan
susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan
pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih,
seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi sumua
khasiat dalam imbangan yang betul. Sebenarnya, susu pertama anda
dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu.Kolostrum
mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk
hari-hari pertama selepas lahir. |
Di
samping itu kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi
daripada jangkitan seperti ciri birit, radang paru-paru dan selsema.
Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sebab tiada makanan lain
yang dapat memberikan khasiat yang sehebat itu.
KEBAIKKAN
PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI |
Penyusuan inu menampilkan
aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya :
-
Susu ibu adalah
makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam
nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan
bayi membesar.
-
Susu ibu, khasnya
kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi
bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit,
bronkitis dan radang paru-paru.
-
Susu ibu juga
mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
-
Susu ibu mengandungi
zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
-
Ia mengurangkan
risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
-
Berbeza daripada susu
lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa.
Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa
pada sushu yang sesuai.
-
Memberikan bayi
keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.
-
Menjalinkan hubungan
kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding
dengan cara penyusuan lain.
KEBAIKKAN
PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK DIRI ANDA SENDIRI |
Menyusu bayi dengan susu
ibu juga baik untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya :
-
Penyusuan susu ibu
dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh
mengelakkan anda daripada mengandung.
-
Berita baik , Boleh
melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
-
Ia membantu rahim
anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan
risiko.
-
Ia mengurangkan
risiko barah buat dada dan ovari.
-
Penyusuan susu ibu
boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
MASA YANG PALING
SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI
Anda boleh mula
menyusukan bayi anda sebaik
sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting
untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi
anda paling peka pada alam sekelilingnya.
Dalam masa 3 hari pertama
selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna
kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup
berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia
kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada
jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.
Lazimnya susu anda akan
mula keluar pada hari ke-3 dan ke-4. Bayi anda juga semakin besar
dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.
Sepanjang tempoh ini,
susui bayi anda mengikut kehendaknya. Bayi akan menangis bila kelaparan.
Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi
anda mengikut kehendaknya. Ini d inamakan ‘penyusuan mengikut kehendak
bayi’. Jangan risau, bekalan anda
cukup untuk memenuhi keperluan bayi.
Timbang bayi anda selalu.
Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.
TEKNIK TERBAIK UNTUK
MENYUSUKAN BAYI
Ini bergantung pada
citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu
adalah agak tersendiri. Anda boleh menysus bayi sambil duduk, berbaring
atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan
bayi mestilah SELESA.
Tentukan kedudukan anda
betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan
bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.
Pastikan anda selesa.
Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas
katil dengan kepala bayi di atas lengan ATAU duduk bersandar di atas
kerusi.
Jangan bersandar
terlalu jauh daripada bayi sebingga susah ia mencapai punting untuk
menyusu. Dan janganlah terlalu membongkok sehingga terlalu rapat
dengan bayi.
Gunakan apa-apa pun
untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau
bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang
dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merehatkan kaki anda) untuk
menyokong anda dan bayi.
- Bayi dipegang rapat
dengan anda
- Bayi diampu dengan baik
- Bayi berhadapan dengan anda
- Mulut bayi berada di bawah
punting bila anda bersedia untuk menyusunya
- Kepada, leher dan belakang bayi
lurus
Pastikan lengan
tangannya tidak mengganggu bila menyusu.
-
Mulutnya terbuka luas
-
Bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di
sekitar punting.
|