
|
Kehamilan merupakan saat istimewa dalam kehidupan seseorang. Mendidik diri dalam penjagaan kesihatan yang baik, dan mengetahui pilihan dalam menyediakan diri dengan penjagaan terbaik adalah perlu untuk kehamilan yang sihat.
Nikmatilah pelbagai pautan tentang maklumat dan pendidikan kesihatan, serta penjagaan kesihatan daripada laman MyGoverment kami. Laman ini menyediakan maklumat sokongan tentang kehamilan dan
kelahiran. |
Untuk memastikan proses
kehamilan anda bermula dengan sebaik-baiknya, adalah sewajarnya anda
berpandangan jauh dan merancang kehamilan. terdapat beberapa langkah
yang boleh di ambil, bukan sahaja meningkatkan peluang anda untuk hamil,
malahan juga juga menjamin bayi anda lahir secara normal dan sihat.
Sebaik-baik perancangan
untuk kehamilan ialah dalam tempoh 3 bulan sebelum anda hamil. Ini
adalah kerana dalam beberapa minggu pertama inilah, ketika anda tidak
menyedari anda hamil, perkembangan bayi dalam kandungan mudah terjejas.
Justeru itu, menjaga kecergasan badan dan pemakanan yang sempurna dapat
memastikan anda telah melakukan langkah yang sebaik-baiknya dalam
menjaga dan membekal zat yang perlu kepada bayi dalam kandungan.
Senarai
Semakan Untuk Kehamilan : |
Adakah anda lali
terhadap Rubela ?
Jangkitan Rubela atau German
Measles boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi dalam kandungan,
terutama pada awal kehamilan ketika organ dalaman bayi sedang
berkembang. Oleh itu sebelum hamil, mintalah doktor menjalani
pemeriksaan darah terhadap anda untuk memastikan anda mempunyai
pelalian terhadap penyakit Rubela. Jika tidak ada, doktor boleh
memberikan anda vaksin ( suntikan pelalian Rubela ).
Anda tidak sepatutnya
hamil sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh suntikan tersebut.
Adakah
anda atau pasangan anda mempunyai masalah penyakit keturunan ? Beberapa
masalah perubatan, contohnya Hemofilia dan Fibrosis Bersista, dijangkiti
secara keturunan. Sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai saudara
rapat yang dijangkiti penyakit keturunan, maka ada kemungkinan penyakit
itu akan diturunkan kepada bayi anda. Rujuklah
kepada doktor atau kaunselor genetik yang boleh menjangka tahap risiko
yang mungkin anda hadapi.
Adakah
anda mengambil atau pernah mengambil pil perancang ?
Sekiranya anda ada mengambil
pil perancang maka di syorkan berhenti mengambilnya untuk suatu jangka
masa yang panjang sebelum anda bercadang untuk hamil supaya badan anda
mempunyai masa untuk kembali ke kitaran normalnya. Seelok-eloknya,
berhenti selama 3 kitaran haid sebelum anda cuba untuk hamil.
Adakah
anda mempunyai keadaan perubatan jangka panjang ?
Sekiranya anda
mempunyai gangguan dari segi perubatan, contohnya kencing
manis atau Epilepsi, anda sepatutnya berbincang dengan doktor
anda sebelum cuba hamil. Doktor anda mungkin akan mengubah
rawatan anda kerana ubat yang anda ambil mungkin boleh memberi
kesan kepada bayi dalam kandungan atau mengakibatkan kesukaran
waktu hamil.
Adakah
kerja anda memungkinkan anda menghadapi sebarang risiko ?
Jika kerja anda
terdedah kepada bahan kimia, plumbum, ubat bius atau sinar-X,
ini mungkin mempengaruhi peluang anda untuk hamil atau
mendatangkan risiko kepada bayi. Dapatkan nasihat doktor.
Adalah lebih baik anda bertukar pekerjaan sebelum hamil. Anda
juga boleh berbincang dengan majikan anda sekiranya pekerjaan
anda melibatkan kerja berat dan membebankan yang mungkin boleh
memudaratkan kesihatan anda dan bayi.
Berapakah
berat badan anda ?
Sebaik-baiknya berat badan
anda berada pada paras normal, iaitu bersesuaian dengan ketinggian anda
( berat badan unggul ), selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda
hamil. Dapatkan nasihat doktor bagi mencapai berat bandan yang sesuai.
Jangan sekali-kali berdiet sewaktu hamil, kecuali anda menghadapi
masalah berat badan yang serius, kerana ini mungkin menyebabkan badan
anda kekurangan zat penting.
Adakah
anda makan dengan sempurna ?
Amalkan tabiat pemakanan
yang sihat yang banyak mengandungi makanan segar, ini akan meningkatkan
peluang anda untuk hamil dan mendapatkan bayi yang sihat.
Adakah
anda merokok atau minum minuman keras ?
Anda dan pasangan anda patut
berhenti merokok atau berhenti meminum minuman keras sebaik sahaja anda
ingin hamil kerana tembakau dan alkohol mempengaruhi kesuburan lelaki
dan wanita di samping boleh memudaratkan bayi sebelu dan selepas
bersalin.
Adakah
anda banyak melakukan senaman ?
Untuk memastikan badan anda
sentiasa sihat dan cergas, anda perlu bersenam, contohnya berjalan atau
berenang selama 20 minit setiap hari.
|