Benih lelaki menjadi
penentu jantina bayi kerana benih2 tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan
telor/benih isteri hanya membawa keromosm X.
Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak
perempuan).
Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbading dengan benih X yang lambat bergerak tetapi
hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair
asid.
- Makanan yang asid saperti buahan2 limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencoba. Makanan
laut adalah digalakkan, zat2 logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
- Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang
kaedah-kaedah mengesan waktu penetsan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.
- Menukarkan cecair faraj kepada alkalin dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet
dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari
farmasi.
- Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) satelah air mani suami menjalani peroses ‘layering’. Atau menjalani rawatan bayi tabung
uji (IVF) dan dipileh embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua2 kaedah tersebut tidak perbolehkan jika hanya
untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak
perempuan.
Merancang Anak Perempuan |
- Digalakkan memakan makanan yang asid saperti
limau, asam , nenas, cuka, air minum bergas dll. Pantang makanan
laut.
- Persetubuhan dialakukan sebelum penetasan telor
isteri(ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh
dikesan dengan ujian2 subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.
- Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute
lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan
syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.
Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantina bayi dalam umor kandungan antara 5-6
bulan.
|
Bolehkah merancang anak kembar ?
Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandongan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.
Wanita2 yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10%, sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%. Anda boleh mencoba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.
|