
|
Ibu sebaiknya segera
memeriksakan diri ke bidan atau doktor untuk memastikan
kehamilannya dan meminta nasihat mengenai kehamilannya dan meminta
nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan selanjutnya.
Anda akan berasa lebih yakin dan
tenang sekiranya telah menyediakan diri anda dengan baik, kerana
ianya membolehkan diri anda memahami apa yang berlaku kepada badan
anda pada setiap tahap kelahiran dan dapat menjangka apa yang akan
berlaku
|
1. Satu Penunjuk
Mukus penyumbat yang
tebal dan berdarah yang menyekat leher rahim semasa kehamilan,
biasanya keluar melalui faaj, samada sebelum atau pada tahap
kelahiran yang awal.
Perkara yang perlu
dilakukan :
Penunjuk ini mungkin
berlaku beberapa hari sebelum kelahiran bermula. Oleh itu tunggu
sehingga anda berasa sakit perut atau sakit belakang yang kerap
atau tetuban anda pecah, sebelum anda menelefon hospital atau
bidan anda.
2. Kontraksi
Ini mungkin bermula
sebagai sakit belakang yang tidak begitu mencucuk atau anda
mungkin berasa sangant sakit pada bahagian peha. Seterusnya, anda
mungkin mendapat kontraksi dalam perut, seakan-akan
sakitnkedatangan haid yang teruk.
Perkara yang perlu
dilakukan : Apabila
kontraksi menjadi semakin kerap, ambil selang masanya. Sekiranya anda
fikir anda mengalami pelahiran, pangil doktor atau bidan. Anda tidak
perlu pergi ke hospital dengan segera kecuali kontraksi berlaku dengan
sangat kerap ( setiap 5 minit ), atau anda berasa sangat sakit.
Barangkali anda boleh merehatkan diri dengan mandi air suam, sekiranya
tetuban anda belum pecah. 3.
Tetuban anda pecah Tetuban
yang mengelilingi bayi anda boleh pecah pada bila-bila masa semasa
pelahiran. Air ini mungkin melimpah dengan tiba-tiba tetapi biasanya
dilihat sebagai lelehan cecair kerana kepala bayi nada telah turun dan
ini menghalang cecair melimpah keluar. Perkara
yang perlu dilakukan : Hubingi
pihak hospital atau bidan dengan serta-merta. Anda perlu ke hospital
walaupun kontraksi belum bermula kerana terdapat risiko jangkitan. Pada
masa yang sama, pakailah tuala wanita untuk menyerap cecair itu.
|