|

|
Pada peringkat awal, ibu
bapa akan mengalami kesukaran untuk membentuk pola pemakanan bayi.
Ibu bapa memerlukan masa untuk
membiasakan anak-anak dengan tabiat pemakanan yang sihat.
Anak-anak biasanya cerewat dan hanya memilih makanan yang mereka
gemari sahaja.
Ibu bapa juga digalakkan bersikap
fleksibel dan memerhatikan tabiat pemakanannya selama beberapa
minggu dan kenal pasti sama ada makanan itu seimbang atau tidak. |
Sekiranya
tidak, anda perlu membuat beberapa perubahan pada minggu berikutnya. Penggunaan buku nota kecil mungkin membantu. Catitkan apa yang anak
kecil anda makan dan tidak suka makan. Daripada senarai ini, anda boleh
mengenal pasti sama ada dia memakan makanan yang seimbang atau tidak.
Ibu
bapa perlu kreatif dalam menyediakan hidangan anak-anak. Bagi anak-anak
yang cerewet, mungkin anda perlukan cara yang menarik untuk memujuknya
makan. Sebagai contohnya :-
- Sekiranya
anak hanya berminat makan roti, anda boleh menghidangkan pumpkin
bread bagi meninggikan khasiat sayuran dan vitamin A dalam
makanannya.
- Campurkan
susu dalam makanannya bagi meningkatkan pengambilan protein dan
kalsium.
- Masukkan
sayur hancur atau pati sayur ke dalam burger, sandwic atau daging
yang dimakannya.
- Buah-buahan
boleh diperah dan diminum bersama yogurt berperisa
berkhasiat.Contohnya terbaik ialah campuran pisang, yogurt berperisa
vanila dan jus oren.
MENGGALAKKAN
ANAK KECIL MAKAN
Selera
ialah satu petunjuk yang baik untuk menentukan kuantiti makanan yang
diperlukan oleh kanak-kanak jika mereka sihat, diberi makan dengan kerap
dan mendpat galakan untuk makan. Sekiranya selera kanak-kanak
berkurangan, ia menandakan anda sesuatu yang tidak kena. Mungkin
kanak-kanak itu sakit, tidak gembira atau cemburu dengan kehadirian bayi
baru. Mungkin dia inginkan lebih perhatian dan sedang melalui peringkat
banyak kerenah.Mungkin dia diberi makanan yang sama setiap hari
dan bosan dengan rasa yang serupa. Sekiranya selera semakin rendah untuk
jangka masa yang lama, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah
kekurangan zat makanan.
Ibu
atau orang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak itu perlu menggalakkan
dan membantu dengan aktif ketika kanak-kanak itu perlu menggalakkan dan
membantu dengan aktif ketika kanak-kanak sedang makan, walaupun ketika
dia sihat dan berselera untuk makan. Adalah penting untuk mengawasi
anak-anak di meja makan, bermula dari peringkat awal diperkenalkan
kepada makanan sehingga berusia 2 tahun. Kanak-kanak yang ditinggalkan
sendirian dengan makanan akan makan dalam kuantiti yang tidak mencukupi.
Mereka perlukan tempoh yang panjang untuk mempelajari bagaimana memegang
sudu. Mereka juga makan dengan lambat,bersepah dan perhatian mereka
mudah terganggu. Penting agar kanak-kanak itu diberikan masa yang
memadai untuk makan dalam kuantiti yang mencukupi.
INFO
Lemak
ialah sumber tenaga yang utama dan satu-satunya sumber asid lemak yang
tinggi kerana tumbesaran mereka berlaku dengan pantas dalam usia 1
hingga 2 tahun. Lemak boleh diperolehi daripada susu, keju dan daging
merah.
Nasihat
untuk para ibu dan pengasuh
- Hidangkan
makanan anak dalam pinggan yang berlainan bagi memastikan anak
mendapat bahagiannya dan kuantiti yang betul.
- Duduk
bersama anak semasa waktu makan, lihat anak makan, bantu secara
aktif dan beri galakan sekiranya diperlukan.
- Jangan
gesa anak supaya cepat makan. Seorang anak mungkin makan sedikit,
berhenti sebentar untuk bermain dan sambung makan sedikit lagi.
Menggalakkan anak supaya makan memerlukan kesabaran dan sikat mudah
berjenaka!
- Apabila
anak berhenti makan, tunggu sebentar dan lihat sikapnya terhadap
makanan itu. Kemudian, barulah tawarkan makanan tambahan untuknya.
- Berikan
makanan yang memudahkan anak memegang dan mengutipnya. Anak kecil
biasanya ingin menyuap sendiri. Ibu bapa perlu menggalakkan tindakan
ini tetapi pastikan anda membantunya dan makanan itu masuk ke dalam
mulut sepenuhnya.
- Campurkan
makanan sekiranya anak suka mengutip dan memilih makanan yang
digemarinya sahaja.
- Berikan
makanan sebaik sahaja anak mula terasa lapar. Sekiranya mereka
menunggu terlalu lama untuk makan, mereka akan memberontak dan
kehilangan selere makan.
- Jangan
berikan makanan sekiranya anak mengantuk.
- Jangan
paksa anak makan. Cara ini meningkatkan tekanan dan semakin
mengurangkan selere makan. Waktu makan perlu dijadikan sebagai
sesuatu yang bertentangan dan menggembirakan.
- Pastikan
anak tidak haus (Bagaimanapun, jangan beri terlalu banyak air
sebelum atau semasa makan kerana ini akan mengurangkan selera mereka).
- Mulakan
permainan ringan sekiranya anak tidak mahu meneruskan pemakanannya.
Contohnya, andaikan sudu sebagai burung yang datang untuk menyuap
anaknya, atau bayangkan makanan sebagai anak patung, orang lain atau
mainan binatang.
- Bersedia
untuk membersihkan meja selepas waktu makan!
Anak
yang tidak mahu makan mungkin mahukan perhatian. Ahli keluarga boleh
mengelakkan perkara ini dengan menumpukan perhatian kepada anak-anak
semasa waktu makan. Berikan pujian sekiranya mereka makan dengan baik.
Sekiranya dia enggan, jauhkan makan itu daripadanya untuk beberapa
ketika dan berikan semula kemudian. Sekiranya dia masih tidak mahu makan,
ini bermakna dia benar-benar tidak suka makanan itu. Mungkin
ibu boleh mencuba makanan lain pula.
|