oit kalay hangpa nak tau pasal my village,Ini
adalah serba sedikit sejarah tentang Parit
teluk pial darat.
Ia sebenarnya berasal daripada terlalu banyaknya
pokok pial di kawasan ini. adakah anda tahu apa itu pokok pial?macam mana, pernah
dengar ker? saya pun dengar daripada orang tua-tua kat sini. Kebanyakan orang di kampung
saya menggunakan bahasa yang unik iaitu
. Korang pernah dengar ker... kalau belum saya
akan beri contoh... Kao kadek tulak
ka pakan kah, napang kadek tulak... kalau kao tulak kina kao nandu kulaan mo. korang nak tahu aper terjemahan nyer.... nie dia:awak
tidak pergi ke bandar ker, kenapa tidak pergi... kalau awak pergi nanti awak kenallah
saudara awak.
Selepas itu kawasan disini dipanggillah PARIT TELUK PIAL.
Parit
teluk pial sebenarnya adalah kampung yang bersebelahan dengan kampung-kampung lain. tetapi
dia adalah diantara kampung yang sangat luas. penduduknya adalah kira-kira 2000 orang.
Ditepi
kampung ini adalah seperti kampung parit Tanjong Piandang, ampung Sungai Burong, kampung
Parit Hj. Abd Rahman dan banyak lagi daa....tak terkiralah kalau nak dikira dengan jari
ayam, kalau jari itik? bolehlah kot.
Selain
itu kampung saya juga berdekatan dengan pekan batu 5 yang sangat sibuk pada waktu petang
kerana urusan jual beli sedang giat berjalan. 10 km dari situ pula ader pekan yang lebih
besar yang juga di panggil Parit Buntar. Disanalah pejabat pentadbiran den kebanyakan
pejabat kerajaan. Jadi memang pesatlah Bandar tu membangun.Cayalah...
Aku amat cintakan kampungku. Disanala tempat aku dilahirkan dan juga dibesarkan oleh ibubapaku.