SEJARAH SEKOLAH

            Sekolah ini dibina  pada 1935 hasil permuafakatan penduduk kampung.  Bangunan pertama sekolah ini bersaiz 30 kaki x 20 kaki, berdindingkan papan, berlantaikan simen dan beratapkan nipah.

            Guru pertama yang mengajar di sekolah ini ialah En Daud b. Ahmad. Pengasas sekolah ini ialah Dato' Tandewa Sakti Tuan Haji Zainal Abidin b. Mohd Yusof.  Pada tahun 1937, seorang guru kerajaan, En Ramli b. Sutan telah dihantar untuk mengajar di sekolah ini.  Selepas Perang Dunia Kedua bilangan guru di sekolah ini telah bertambah.  Jawatankuasa Lembaga Pengurus Sekolah telah dibentuk dalam tahun 1958 dengan diketuai oleh Encik Jamaluddin b. Ngah Ismail untuk berjumpa dengan Pengerusi Ladang Kampar atas urusan tanah tapak sekolah yang didermakan.

            Menjelang tahun 1964, dua buah rumah guru telah dibina.  Pada tahun 1969, peruntukan sebanyak RM5 000 diterima untuk membaiki padang sekolah.   Pada 1971, sebuag gelanggang sepak takraw telah dibina. 

            Pada tahun 1972, apabila bilangan murid semakin bertambah rumah guru telah dijadikan sebagai bilik darjah.  Sebuah kantin untuk kemudahan murid-murid telah dibina pada 1978.  Pada tahun 1984 sekolah ini telah memperolehi 4 buah bilik darjah di bawah Projek Kilat yang dijalankan.   Peruntukan sebanyak RM10 000 diperolehi pada tahun 1991 untuk mendirikan sebuah pusat sumber.  Selain itu sekolah ini mendapat peruntukan untuk membaiki tandas sebanyak RM50 000 dan infrastruktur sekolah.

            Peruntukan terakhir yang diperolehi ialah pada tahun 2001 untuk membina bangunan serbaguna.  Bangunan ini dijadikan pejabat, bilik guru dan bilik gerakan.