.........................Surah An-Nisaa' ayat:- 43..........................
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang 
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, 
hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan
janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar)
kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci 
dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara 
kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan,
kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), 
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu), yang suci,
iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. 
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." 


PENGENALAN WUDUK

    Sebelum kita menunaikan sembahyang, perkara yang perlu kita lakukan ialah mengambil wuduk. Berwuduk bermakna membersihkan diri dari hadas besar mahupun hadas kecil dan juga perkara - perkara yang boleh membatalkan sembahyang sebelum menunaikan sembahyang. Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan perkara - perkara di bawah:-

1. Sembahyang-sembahyang sunat.

2. Thawaf di Baitullah.

3. Menyembahyangkan mayat.

4. Sujud tilawah atau sujud syukur.

5. Memegang ( menyentuh/membawa ) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.


[syarat wuduk] [rukun wuduk] [sunat wuduk]

[perkara membatalkan wuduk] [perkara sunat berwuduk]