SYARAT SAH SEMBAHYANG
Syarat sah sembahyang terdiri daripada 5 perkara iaitu:
1. Yakin telah masuk waktu
2. Menutup aurat ( Dari atas
kepala sampai mata kaki. Tidak sah sembahyangnya jika rambut, leher, dada, lengan dan
betis terbuka bagi perempuan manakala aurat bagi lelaki dari bawah pusat hingga
ke paras lutut )
3. Mengadap kiblat (
Berusahalah dan dirikanlah sembahyang menghadap arah yang kita duga di situlah arah
kiblat. Sesuai dengan firman Allah: "Maka
ke mana pun kamu menghadap disitulah wajah Allah". )
4. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat
sembahyang
5. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
[ LAMAN MENU ] [ SETERUSNYA ] [ KEMBALI ]