RAHSIA DISEBALIK CIUMAN LELAKI
Apakah tanda di
sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat
rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?
Kalau si
lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg
comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu.
Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada
pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di
sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang
pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda
ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita
akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami
sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg
berbeza lagi tersendiri.
Ciuman atau
Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda,
itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja
yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian
belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak
terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap
gurunya dan seterusnya....
Jarang berlaku seorang
lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada
isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan
benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg
istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di
Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium
pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya?
Jika anda pernah
dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap
anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda
begitu syahdu.
Ciuman
Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu
tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2
mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg
terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada
isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru
pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia
sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus
bersemi.
Ciuman
Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang
sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan
sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di
bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap
dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang
terhinggap.
Kucupan dari
Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan
kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2
pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda.
Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun
terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati
kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan
Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda.
Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih
beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam
hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap
kemahuan anda.
Ciuman Di hujung
Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita
melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki
luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki
yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah
diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan
apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia
cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh
diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak
seharusnya dilakukan.