KEPERLUAN TENAGA DALAM BADAN
Semua organisma hidup memerlukan tenaga. Dalam kehidupan harian, tenaga kimia dalam makanan ditukar semasa respirasi kepada tenaga kinetik dan tenaga haba. Tenaga kinetik digunakan untuk membuat kerja manakala tenaga haba memanaskan badan.
Jumlah tenaga kimia yang dihasilkan oleh makanan diukur dalam unit kilojoule (kJ). 1kJ = 1000 joule(J)
Satu joule tenaga ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menggerak daya satu Newton sejauh satu meter dengan mengikut arah tindakan daya itu. Lemak mempunyai dua kali ganda nilai tenaga berbanding dengan karbohidrat dan protein. Nilai tenaga ini diukur dalam bentuk kilojoule tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap.
Jumlah tenaga yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada beberapa faktor seperti jantina, umur, saiz badan dan aktiviti fizikal yang dijalankan.
Apabila saiz badan bertambah, keperluan tenaga juga bertambah. Luas permukaan yang lebih menyebabkan lebih banyak tenaga haba hilang. Jadi lebih banyak tenaga diperlukan untuk menggantikan tenaga yang hilang. Individu yang aktif boleh makan makanan ( terutamanya karbohidrat dan lemak ) yang banyak kerana apa yang dimakan akan dipecahkan secara pengoksidaan untuk membebaskan tenaga.
Perempuan memerlukan kurang tenaga jika dibandingkan dengan lelaki kerana purata berat badan perempuan kurang
Kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak tenaga jika dibandingkan dengan orang dewasa kerana kadar pertumbuhan mereka lebih pesat dan kadar metabolisme mereka lebih tinggi kerana mereka lebih aktif dan cergas