Respirasi
merupakan proses pengoksidaan makanan oleh organisma hidup untuk menghasilkan
tenaga. Tenaga respirasi digunakan untuk menjalankan aktiviti hidup dan memanaskan
badan.Ia biasanya membabitkan pertukaran gas di antara organisma hidup dengan
alam sekelilingnya. Tumbuhan dan haiwan daratan memperolehi oksigen (O2)
dari atmosfera yang mengelilinginya dan membebaskan karbon dioksida (CO2)
ke persekitaran. Hidupan air menjalankan pertukaran ini dengan air yang mengelilinginya.
Udara atmosfera mengandungi 21% oksigen manakala air mempunyai hanya lebih
kurang 0.7% oksigen yang melarut di dalamnya. Respirasi boleh dibahagikan
kepada dua peringkat utama, iaitu respirasi luar dan respirasi dalam.