ORGAN PERNAFASAN MANUSIA

Organ pernafaan manusia terdiri daripada peparu kiri dan peparu kanan yang terletak di dalam rongga toraks.

Peparu dilindungi oleh tulang rusuk yang membentuk sangkar rusuk. Peparu terdiri daripada berjuta-juta alveolus ( Rujuk gambarajah ). Setiap bronkiol dalam peparu berakhir dengan sekelompok alveolus. Peparu berfungsi untuk menjalankan pertukaran gas antara alveolus dengan kapilari darah secara resapan.

Mekanisme pernafasan melibatkan tarikan nafas dan lepasan nafas.

Tekanan udara yang berbeza antara atmosfera dengan tekanan udara dalam peparu membenarkan pergerakan udara. Tekanan ini adalah disebabkan oleh perubahan saiz rongga dada antau rongga toraks ( kesan tindakan diafragma dan otot interkosta semasa menarik nafas ).

Di antara tulang rusuk terdapat dua set otot interkosta iaitu otot interkosta luar dan otot interkosta dalam yang bertindak secara berlawanan. Di bawah peparu terdapat satu lapisan diafragma berotot yang memisahkan toraks dari abdomen.

PERKARA

Otot diafragma

Diafragma

Otot interkosta luar

Otot interkosta dalam

Sangkar rusuk & dinding toraks

Isipadu rongga toraks

Tekanan udara dalam rongga toraks

Gerakan udara

KESAN

Mengecut

Hampir mendatar

Mengecut

Mengendur

Ditarik ke atas dan keluar

Bertambah

Berkurangan

Dari atmosfera ke peparu

PERKARA

Otot diafragma

Diafragma

Otot interkosta luar

Otot interkosta dalam

Sangkar rusuk & dinding toraks

Isipadu rongga toraks

Tekanan udara dalam rongga toraks

Gerakan udara

KESAN

Mengendur

Melengkung ke atas

Mengendur

Mengecut

Turun ke bawah dan ke dalam

Berkurangan

Bertambah

Dari peparu ke atmosfera

( A ) PEPARU ( B ) TRAKEA ( C ) OTOT PECTORALIS ( D ) OTOT INTERKOSTA
( A ) PEPARU ( B ) TRAKEA ( C ) OTOT PECTORALIS ( D ) OTOT INTERKOSTA