Respirasi dalam adalah proses pengoksidaan makanan, seperti glukosa, untuk menghasilkan tenaga. Ia juga disebut sebagai respirasi sel. Tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan dibebaskan dan makanan ditukar kepada karbon dioksida ( CO2 ) dan air ( H2O ).

Sebelum pengoksidaan makanan, proses pertukaran gas di permukaan alveolus perlu dijalankan terlebih dahulu. Proses ini menambahkan oksigen ke dalam darah dan darah beroksigen ini mengalir ke seluruh badan bagi membekalkan oksigen ke sel untuk respirasi.

Pertukaran gas adalah penyerapan oksigen dari udara sedutan dan ditukar dengan karbon dioksida yang dibebaskan dari badan. Oksigen dari atmosfera disedut ke dalam peparu dan larut dalam lapisan air yang meliputi dinding alveolus. Dari sini oksigen meresap melalui dinding alveolus ke dalam darah.

Dalam darah, oksigen masuk ke dalam sel darah merah dan bergabung dengan pigmen hemoglobin di tempat berkepekatan tinggi ( peparu ), bagi membentuk satu sebatian yang tidak stabil iaitu oksihemoglobin.

Tindakbalas ini berlaku dalam kedua-dua arah. Apabila darah mengalir dan sampai ke tisu badan yang berkurangan oksigen, oksihemoglobin mengurai dan membebaskan oksigen ke sel badan.

SEL BADAN

Karbon dioksida dalam bentuk natrium bikarbonat / asid karbonik.

PEPARU

Karbon dioksida dibebaskan semula ke alveolus dan dibuang dalam lepasan nafas.

( Plasma Darah )
( Plasma Darah )
Rajah ; PENGANGKUTAN KARBON DIOKSIDA

Penguraian makanan semasa respirasi sel membabitkan satu siri tindakbalas kimia yang dikawal oleh enzim tertentu. Oleh itu tenaga yang tersimpan dalam molekul makanan seperti glukosa dibebaskan sedikt demi sedikit. Dengan cara ini, sel hidup mendapat faedah yang maksimum dengan menyimpan kebanyakkan tenaga sebagai tenaga kimia dan menghilangkan sediit tenaga sebagai haba.

Tenaga yang dibebaskan dari makanan semasa respirasi sel tidak bole digunakan terus oleh badan. Tenaga ini digunakan untuk membuat molekul adenosina trifosfat ( ATP ), suatu molekul yang kaya dengan tenaga. Ia disimpan sebagai tenaga kimia. Apabila sel menjalankan aktiviti seperti pengecutan otot, ia memerlukan tenaga dengan serta-merta. Tenaga dibekalkan melalui penguraian ATP.

Atmosfera
Sistem Pernafasan Manusia
Alveolus
Darah
Sel-sel Badan
( pertukaran gas )
Respirasi Dalam
Rajah ; RESPIRASI DALAM MANUSIA
( oksigen )
Rajah ; ADENOSINA TRIFOSFAT ( ATP )
Rajah ; STRUKTUR ALVEOLUS DALAM PEPARU