Respirasi anaerob adalah proses penguraian glukosa untuk menghasilkan tenaga tanpa menggunakan oksigen. Sesetengah organisma seperti bakteria, kulat, haiwan dan tumbuhan menjalankan proses ini. Proses ini menghasilkan sedikit tenaga. Secara umumnya terdapat sedikit perbezaan antara respirasi dan fotosintesis oleh tumbuhan.
Semasa tiada oksigen, haiwan menguraikan glukosa kepada asid laktik dan membebaskan sedikit tenaga. Tumbuhan pula menguraikan glukosa kepada etanol dan karbon dioksida serta membebaskan tenaga. Secara ringkasnya ;
RESPIRASI ANAEROB DALAM YIS
Sel yis menjalankan respirasi anaerob semasa kekurangan oksigen. Proses ini dinamakan sebagai penapaian. Dalam penapaian yis, glukosa diuraikan kepada etanol dan karbon dioksida sebagai hasil sampingan dengan pembebasan tenaga.
Kebanyakan tenaga dalam glukosa masih terdapat sebagai tenaga kimia dalam etanol yang dihasilkan, ini dapat dilihat pada rajah berikut ;
RESPIRASI ANAEROB DALAM OTOT
Semasa menjalankan aktiviti fizikal yang cergas, otot-otot mungkin menggunakan oksigen pada kadar yang melebihi kadar pembekalan oksigen.
Ketika ini, respirasi aerob dan anaerob dijalankan serentak untuk menghasilkan tenaga yang secukupnya.
Dalam respirasi anaerob, glukosa diuraikan kepada asid laktik, dengan pembebasan sedikit tenaga.
Pengumpulan asid laktik dalam otot akan menyebabkan kelesuan otot apabila kepekatannya bertambah.
Asid laktik boleh dioksidakan menjadi karbon dioksida dan air, sekiaranya oksigen mencukupi.
Jika bekalan oksigen tidak mencukupi , hutang oksigen akan terjadi di mana kadar pernafasan serta denyutan bertambah. Tindakan ini menyebabkan percepatan pertukaran gas di peparu serta mempercepatkan aliran darah untuk memperoleh lebih oksigen bagi pengoksidaan asid laktik.
Aliran darah juga menghantar asid laktik ke hati di mana ia ditukar menjadi glukosa.