Isi Artikel Bersungguh-sungguhlah untuk menjadi orang yang beriman Iman adalah punca tenaga, janakuasa
yang akan menggerakkan seluruh jentera hidup. Tanpa iman, tanpa percaya kepada
Tuhan dan bergantung harap denganNya, kita hanyalah insan yang paling lemah dan
pasif. Usahkan ujian besar, dengan ujian kecil sahaja jiwa kita akan goyang,
kecewa dan menderita. Laksana sampah ditengah lautan yang boleh hanyut ke
mana-mana. Iman ialah hartamu yang akan mengkayakan hati. Inilah kekayaan yang
sejati, sentiasa cukup dengan apa yang dimiliki. Iman adalah kekuatan yang akan
menguatkan jiwa. Iman adalah pendidikan yang akan menjadikan manusia yang
berakhlak tinggi dan berpekerti mulia. Dan jikalau kita memiliki Iman bererti
engkau memiliki sahabat karib yang akan bersama ketika susah dan senang.
Iman adalah pembimbing hidup yang akan
memandu kita kepada kebahagiaan hidup yang diharap-harapkan. Penyuluh yang
terang benderang, menyelamatkan kita dari kegelapan dan kesesatan. Iman juga
adalah pengawal yang akan mengawal kita dari musuh lahir dan batin, pemelihara
dari ajakan nafsu dan hasutan syaitan. Tanpa Iman, kita tidak akan mampu
mengubat 1001 rasa kekecewaan, penderitaan, keluh kesah, resah gelisah,
ketakutan yang menyakitkan jiwa. Kerana tiadanya rasa yakin dengan takdir Tuhan,
sabar, redha, tawakal,syukur, cinta dan hanya takut kepada Allah s.w.t. Bukankah
pengalaman hidup telah mengajar kita bahawa rindu itu tidak dapat dibeli dengan
wang ringgit, pangkat dan kemasyuran, bahkan dengan seisi dunia ? Jika kita
percaya kepada Tuhan dan benar-benar inginkan bahagia, kerahlah akal, jiwa dan
fizikal kita untuk mendapatkan iman kerana dengan iman, kita akan mendapat
bahagia di dunia dan akhirat. Allah telah berjanji: "Sesungguhnya Allah telah membeli
dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dan memberi syurga untuk mereka."
(At Taubah: 111) "Sesungguhnya beruntunglah
orang-orang yang membersihkan dirinya (dengan beriman) Dan dia ingat nama
Tuhannya lalu dia sembahyang. Tetapi kamu (orang kafir) memilih kehidupan
duniawi. Sedang kehidupan akhirat lebih baik lagi kekal." (Al A'laa: 14-17)
Di dalam Al Quran, banyak Allah ceritakan tentang sifat-sifat orang yang memiliki iman yang sempurna atau disebut Iman a'yan antaranya: Akan redha apabila menerima nasib buruk dan malang. Kerana kita yakin Allah yang mentaqdirkannya dan Allah cukup adil, dan segala taqdirnya itu akan membawa kebaikan dan bukan untuk menganiaya kita. Lagi pun nasib buruk itu bukannya selalu menimpa kita, sedangkan nikmat Allah yang lain terlalu banyak dan tidak terhitung. Bila datang ujian, kita akan sabar. Allah datangkan ujian itu dengan dua sebab: a) Untuk menghapuskan dosa. b) Untuk meninggikan darjat kita di akhirat Bila datang nikmat Allah samada lahir atau batin, kita akan bersyukur. Kita rasakan semua nikmat yang ada pada kita itu adalah pemberian Allah s.w.t. Setiap kali setelah selesai berusaha, berikhtiar dan beribadah kepada Allah, kita akan menyerahkan urusan kita kepada Allah untuk menentukakannya. Kita akan pasrah terhadap ketentuannya. Jika ada baiknya untuk kita dan diizinkan oleh Allah, maka jadilah pekerjaan itu, jika Allah tidak menghendaki jadinya perkara tersebut, kita akan terima dengan senang hati. Setiap kali terbuat dosa, hati kita akan terasa takut dan cemas dengan ancaman dan azab Allah. Dengan itu kita akan cepat-cepat bertaubat kepada Allah. Kita akan sentiasa beradab dan malu dengan Allah. Kita akan melaksanakan ibadah dan perintah Allah dengan sebaik mungkin, cemas kalau-kalau tersilap dengan Allah. Kita juga akan merenung dan menyesal diri, adakah kita ini berada di dalam keredhoaannya atau kemurkaannya. Kita akan rasa lemah berhadapan dengan Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Kepada siapakah lagi kita akan mengharapkan bantuan dan pertolongan. Kita akan merasa lemah, tidak mampu menunaikan hajat sendiri tanpa bantuan Allah. Nyawa dan tenaga yang ada pada kita pun Allah punya. Kalau Allah matikan kita di dalam kita derhaka kepada Allah, lagilah teruk nasib kita. Kerana itu, kalaulah tidak ada usaha untuk kita memperbaiki diri kita , takut-takut di dalam sesaat dua ini Allah ambil nyawa kita, mati kita di dalam keadaan derhaka kepada Allah. Tetapi bagi mereka yang berusaha memperbaiki dirinya, hati mereka akan sentiasa tenang dan bahagia. Bukan kerana kaya atau berada, tetapi kerana puas kepada apa yang ada. Bersabda Rasulullah s.a.w: "Kamu tidak akan merasai kemanisan iman sehingga kamu menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya, Tidak menyintai seseorang melainkan kerana Allah. Dan benci kembali kepada kekufuran seperti benci di baling ke neraka." Di samping itu apabila orang yang memiliki iman, sembahyangnya akan khusyu', mereka menyempurnakan puasa dan menunaikan pembayaran zakat dengan segala adab dan tuntutannya, menunaikan Haji dengan memahami segala tujuan dan tuntutannya, menjauhkan diri dari maksiat dan dosa, tidak mengumpat, mengadu domba, menfitnah, tidak hasad sesama sendiri, tidak sombong, tidak ujub dan sum'ah (mencari nama dan pangkat), tidak pendendam dan lain-lain. Bila dapat kemanisan iman , penderitaan menjadi kecil dan dunia tiada ruang di dalam hatinya. Hatinya akan asyik dengan Allah. Ini berlaku pada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w . Bilal apabila dijemur ditengah panas serta di azab untuk dipaksa kembali kepada kekufuran, dengan tenang dia menjawab, " Ahad, Ahad." Azab sengsara, tidak terasa. Ini juga berlaku kepada seorang sahabat nabi s.a.w yang dicuri untanya ketika sedang bersenbahyang, dia tidak menghentikan sembahyangnya itu. Kerana terasa kemanisan sembahyang dan tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Banyak lagi hal-hal yang sedemikian yang boleh kita baca di dalam sejarah kehidupan para sahabat Rasulullah s.a.w. Kerana itu kita perlu melakukan Mujahadatun Nafs (melawan hawa nafsu) dan membersihkan diri kita daripada sifat-sifat mazmumah (yang tercela) seperti hasad dengki, dendam, buruk sangka, mementingkan diri, gila pangkat, gila puji, gila dunia, bakhil, sombong dan sebagainya. Langkah pertama untuk mendapatkan iman ini, maka seseorang itu perlu mempunyai : Ilmu yang Islam yang sempurna dan tepat agar segala tindakan dapat diselaraskan dengan syariat dan kehendak Allah melalui hukum-hukum yang telah ditetapkannya. Yakin. Keyakinan adalah perlu dan penting. Oleh itu wajiblah kita belajar dan berusaha menyuburkan keyakinan kita. Jangan biarkan keyakinan dicelahi oleh keraguan walaupun sedikit. Keraguan mesti dilawan dengan ilmu pengetahuan, bukan dengan akal semata-mata. Syaitan dan nafsu sentiasa menyuruh dan mempengaruhi akal untuk ragu-ragu dan mewas-waskan kita. Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh, kita akan terperangkap di dalam perangkap syaitan. Dan jikalau kita kita terperangkap di jalam jerat syaitan di dalam soal-soal keyakinan, maka hapuslah segala pahala amal dan hapuslah iman. Jikalau terjadi demikian, maka matilah kita sebagai orang yang tidak beriman dan kekal di dalam neraka. Beramal dengan ilmu yang telah difahami dan diyakini. Bermujahadah. Iaitu melawan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan dan menghalang diri dari melakukan maksiat lahir dan batin. Istiqamah beramal. Iaitu melakukan amalan ketaatan dan ibadah serta menjauhi kemungkaran secara berterusan. Mempunyai guru yang Mursyid yang dapat memimpin dan mendidik diri agar sentiasa taat kepada Allah. Selalu berdoa kepada Allah. Kerana jikalau hanya usaha lahir sahaja dilakukan tanpa mengharapkan bantuan dari Allah, maka ia amat mustahil untuk membuang nafsu yang jahat di dalam jiwa manusia. Kesimpulannya, kita mestilah bersungguh-sungguh mencari Iman, mempertingkatkan iman dan menyuburkan iman. Jalan telah diberi. Berdoalah kita kepada Allah agar dipermudahkan kita untuk memiliki iman. Mudah-mudahan kita akan terselamat dari azab dan neraka Allah di akhirat dan termasuk kita ke dalam golongan orang-orang yang beriman yang dijanjikan Syurga dan rahmat di sisi Allah. Iman perlu sentiasa dijaga dan dibajai.
Iman akan meningkat andainya kita sentiasa bajainya dengan ilmu dan
memeliharanya dengan melakukan segala titah perintah daripada Allah samada ianya
berbentuk amalan wajib, sunat atau pun amalan yang harus kita jadikan Ibadah.
Iman akan rosak andainya kita sentiasa berada di dalam kemungkaran dan
kemaksiatan. Di dalam kita memelihara dan mengawal iman, kita tidak saja disuruh
untuk bermujahadah, melawan hawa nafsu tetapi diwajibkan juga beribadah dan
meninggalkan segala larangan yang telah diperintahkan untuk kita meninggalkannya.
Membentengi iman itu adalah wajib kerana iman kita sering naik dan turun. Di antara perkara yang perlu dilakukan
untuk membentengi iman kita ialah: 1) Yakin. 2) Ikhlas. 3) Mengerjakan amalan sunat. 4) Istiqamah beramal. 5) Beradab dan bertatasusila. 1)
Yakin Syarat sahnya iman mesti ada keyakinan
yang kuat dan padu terhadap keenam -enam Rukun Iman tanpa ada sedikit pun
keraguan. Keyakinan adalah perkara yang terpokok di dalam Islam. Oleh itu kita
perlu belajar dan berusaha untuk menyuburkan keyakinan itu. Andainya datang
keraguan di dalam hati, berdoalah agar kita terselamat dengan rahmat Nya.
Belajar dan hayatilah roh Tauhid agar dengan itu kita dapat menolak segala
hasutan syaitan yang tidak pernah putus asa menggugat keyakinan kita. 2)
Ikhlas Ikhlas ialah perasaan di dalam hati,
iaitu berbuat sesuatu kerana Allah dan meninggalkan sesuatu kerana Allah. Amalan
yang tidak dibuat semata-mata kerana Allah akan tetolak. Contohnya seandainya kita beribadah
hanya untuk dilihat orang, yang kita ini warak atau pun ingin dipuji, maka
amalan yang sebegini adalah sia-sia. Begitu juga di dalam meninggalkan maksiat
dan larangan Allah. Andainya kita meninggalkannya semata-mata kerana takut atau
malu kepada orang, maka perbuatan meninggalkan maksiat itu tidak ikhlas. Ikhlas itu adalah rahsia Allah. Hanya
Allah sahaja yang tahu samada kita Ikhlas atau tidak. Walau bagaimanapun di
antara sifat-sifat orang yang ikhlas itu ada disebutkan di dalam kitab Di
antaranya: · Andainya kita dipuji kita tidak akan terasa bangga dan andainya
kita dikeji kita tidak terasa apa-apa. · Tidak merasa jemu di dalam
melaksanakan ibadah. · Sentiasa berusaha di dalam memperhalusi lagi sifat
kehambaan di dalam menuju Makrifatullah (Menenal Allah s.w.t.). 3)
Mengerjakan amalan sunat. Amalan sunat tidak diberatkan tetapi
ianya dapat mengawal iman kerana fungsinya yang boleh menyempurnakan amalan
wajib dan meninggikan pangkat dan darjat di syurga. Jadi di dalam menyempurnakan
iman, eloklah ditambah amalan-amalan sunat. Andainya amalan fardhu kita ada
kecacatan yang kita tidak sedari, maka amalan sunat itu menyempurnakan lagi
amalan fardhu. Di dalam kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat kita perlu: ·
Memastikan segala amalan yang fardhu
terlaksana. Contohnya di dalam mengejar fadhilat sembahyang Tahajud, kerana
terlalu ikutkan perasaan sembahyang hingga letih dan akhirnya tertidur hingga
terlepas sembahyang subuh. Andainya ini berlaku, perlulah kita berhati-hati
kerana tipuan di dalam mengerjakan ibadah ini terlalu halus. ·
Mengamalkan banyak jenis amalan sunat.
Biar sedikit amalan sunat yang dibuat tetapi banyak jenis. Ini akan mengelakkan
kita daripada jemu di dalam beramal dan tidak dapat beristiqamah (berterusan) di
dalam mengerjakannya. Di samping itu kita tidak tahu amalan mana yang mendapat
nilaian daripada Allah, maka dengan melaksanakan banyak jenis amalan sunat, kita
berharap agar Allah maafkan kita jika ada kecacatan dan kepincangan di dalam
kita melaksanakan ibadah dan menerima amalan- amalan sunat yang kita lakukan. 4)
Istiqamah beramal. Istiqamah bermaksud mengerjakan sesuatu
secara berterusan dan tanpa jemu. Seseorang yang beristiqamah di dalam amalannya
bererti dia telah mendirikan benteng iman. Amalan yang istiqamah akan menetapkan
iman dan akhlak di dalam hati. Sabda Rasululah s.a.w. : "Sebaik-baik amalan
itu ialah amalan yang kekal (berterusan) walaupun sedikit" 5)
Beradab dan bertatasusila. Adab dan tatasusila itu perlu di dalam
mencantikkan lagi ibadah yang akan kita persembahkan kepada Allah. Tanpa adab
dan tatasusila, iman tidak akan terjamin dan kita mudah terjebak di dalam dosa
dan kemurkaan Allah. Adab itu terbahagi kepada dua: ·
Adab lahir. ·
Adab batin. Adab
lahir Contohnya di dalam kita sembahyang kita
perlu kemaskan segala rukun-rukun sembahyang kita agar sembahyang kita itu
nampak elok dan tidak terbatal. Kita perlu jaga bacaan fatihah, rukuk, sujud dan
lain-lain agar sembahyang kita menepati segala syarat dan rukun sembahyang.
Inilah di antara adab-adab lahir yang kita perlu jaga di dalam sembahyang. Maka
kiaskanlah terhadap ibadah-ibadah yang lain. Adab
batin Sewaktu sembahyang, perlu ada roh
beribadah untuk lahirkan rasa khusyuk, rasa hebat, rasa gerun dan takut, rasa
hina dan hamba terhadap Allah. Kita perlu menjaga hati kita agar tidak kurang
ajar dengan Allah. Bandingan orang yang kurang ajar dengan Allah sewaktu
beribadah samalah seperti seorang hamba yang mengadap raja sambil mecekak
pinggang, bukan raja akan bersimpati malah mungkin akan dijatuhkan hukuman berat
disebabkan sikap kurang ajar si hamba bila berdepan bengan tuannya. Untuk
mendapat sifat-sifat tersebut maka kita perlu berusaha bersungguh-sungguh
bermujahadah dan menjaga tatasusila dan adab-adab batin agar iman kita tidak
cacat di sisi Allah s.w.t. Untuk mendapatkan iman, Allah
memerintahkan kita supaya melawan nafsu. Kerana nafsu yang bersarang di hati itu
sentiasa mengajak kita supaya menderhakai Allah. Dalam usaha melawan nafsu itu
kita dikehendaki menempuh tiga peringkat: Takhalli
(mengosong atau membuang atau mensucikan) Tahalli
(mengisi atau menghiasi) Tajalli
(terasa kebesaran dan kehebatan Allah) Takhalli Takhalli ialah melawan dan membuang
terus semua kehandak-kehandak nafsu yang rendah dan dilarang oleh Allah. Nafsu
yang keji itu mesti dibenci, dimusuhi dan dibuang jauh-jauh. Sabda Rasulullah s. a. w. : "Sejahat-jahat
musuh engkau itu ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau."
(Riwayat Al Baihaqi) Untuk melawan hawa nafsu itu bukanlah
satu perkara yang mudah. Ia adalah merupakan satu jihad besar, lebih besar
daripada jihad di medan peperangan. Sabda Rasulullah s.a.w. sekembalinya dari
peperangan Badar : " Kita telah kembali daripada satu peperangan yang kecil
kepada satu peperangan yang besar. Bertanya para sahabat, " Ya Rasulullah
apakah peperangan yang besar itu ? Jawab Rasulullah s.a.w. " Peperangan
melawan hawa nafsu " (Riwayat Al Baihaqi) Nafsu manusia pula
berperingkat-peringkat. Seseorang yang bermujahadah bersungguh-sungguh akan
mencapai taraf yang lebih tinggi dan ke taraf nafsu yang lebih baik. Nafsu yang
jahat itu akan dapat dikenali dengan sifat-sifat Mazmumah (keburukan) yang akan
terbit daripada diri seseorang. Sifat-sifat Mazmumah itu seperti daki yang
melekat di badan. Ia akan bertambah jika tidak dibuang. Untuk membuang
sifat-sifat mazmumah itu tidaklah semudah seperti membuang daki, ianya
memerlukan kesabaran yang tinggi dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada
Allah. Ada beberapa perkara yang perlu
ditempuh bagi melalui proses Takhalli (penyucian) Ini : 1) Mujahadatun Nafsi (Latihan melawan
hawa nafsu). Latihan jiwa yang bersungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan
tunjuk ajar yang berkesan daripada guru yang mursyid. 2) Keazaman yang kuat. Di dalam proses
menundukkan nafsu ini kita sering didatangi oleh sifat jemu dan dibisikkan oleh
syaitan dengan berbagai alasan dan halangan. Oleh itu kekuatan jiwa dan keazaman
yang kuat diperlukan demi untuk membuat perubahan diri walaupun terpaksa
menempuh penderitaan dan kesusahan. 3) Kesanggupan menempuh ujian.
Sifat-sifat yang tercela seperti bakhil, sombong, ujub dan sebagainya akan
menjadi sakit dan terseksa apabila ditimpa ujian. Kita perlu sedar hakikat ini
dan sentiasa ingatkan diri kita agar sabar dan redha dengan ujian itu. Kita
hendaklah ingat bahawa tujuan ujian Allah yang ditimpakan ke atas kita adalah
untuk dua tujuan: a- Sebagai penghapusan dosa. b- Kasih sayang daripada Allah s.w.t.
dan peningkatan darjat di Akhirat. Sememangnya di dalam peringkat ini hati
masih memberontak, resah dan gelisah. Di waktu itu perlulah kita sentiasa
mendampingkan diri kita dengan zikrullah (ingatkan Allah) dan memohon kepada-Nya
agar kita beroleh kekuatan dan hidayah di dalam menempuh lautan nafsu yang maha
dahsyat ini. Banyakkan bertafakur mengenang kebesaran Allah agar timbul rasa
takut tehadap neraka Allah, rindu pada syurga Allah dan mengharap agar dilempahi
dengan rahmat Allah. Banyakkan beribadah agar mendisiplinkan diri kita mematuhi
titah perintah daripada Allah s.w.t. Tahalli
Tahalli ertinya menghiasi. Sesudah kita
membuang dan mengosongkan hati kita daripada sifat-sifat yang terkeji, kita
patut terus menghiasi dan memenuhi hati kita dengan sifat-sifat yang Mahmudah
iaitu sifat-sifat yang terpuji. Di antara sifat-sifat Mahmudah yang patut
menghiasi diri kita ialah tawadhuk, ikhlas, pemurah, jujur, syukur, zuhud dan
lain-lain. Cara
untuk menghiasi hati: Cara menghiasi hati ini sama seperti
proses Takhalli, iaitu memerlukan latihan jiwa, keazaman dan kekuatan jiwa yang
kental. Cuma di dalam proses ini hati kita dilatih dengan sifat-sifat kebaikan
seperti pemurah yang lawannya adalah bakhil, ego yang perlu dilatih dengan
tawadhuk, penyakit cinta dunia dengan zuhud dan sebagainya. Tajalli Hasil daripada mujahadah di dalam
proses Takhalli dan Tahalli, kita akan memperolehi Tajalli. Iaitu satu perasaan
yang datang sendiri, anugerah daripada Allah s.w.t. Itulah rasa kemanisan iman
yang menjadi harapan setiap Mukmin yang menjalani kehidupan di atas muka bumi
ini. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa akan kebesaran Allah.
Ingatan dan rindu hanya tertumpu pada Allah s.w.t Cara
memelihara Iman Iman perlu sentiasa dijaga dan dibajai.
Iman akan meningkat andainya kita sentiasa bajainya dengan ilmu dan
memeliharanya dengan melakukan segala titah perintah daripada Allah samada ianya
berbentuk amalan wajib, sunat atau pun amalan yang harus kita jadikan Ibadah.
Iman akan rosak andainya kita sentiasa berada di dalam kemungkaran dan
kemaksiatan. Di dalam kita memelihara dan mengawal iman, kita tidak saja disuruh
untuk bermujahadah, melawan hawa nafsu tetapi diwajibkan juga beribadah dan
meninggalkan segala larangan yang telah diperintahkan untuk kita meninggalkannya.
Membentengi iman itu adalah wajib kerana iman kita sering naik dan turun. Di
antara perkara yang perlu dilakukan untuk membentengi iman kita ialah: a) Yakin. b) Ikhlas. c) Mengerjakan amalan sunat. d) Istiqamah beramal. e) Beradab dan bertatasusila. 1) Yakin Syarat sahnya iman mesti ada
keyakinan yang kuat dan padu terhadap keenam -enam Rukun Iman tanpa ada sedikit
pun keraguan. Keyakinan adalah perkara yang terpokok di dalam Islam. Oleh itu
kita perlu belajar dan berusaha untuk menyuburkan keyakinan itu. Andainya datang
keraguan di dalam hati, berdoalah agar kita terselamat dengan rahmat Nya.
Belajar dan hayatilah roh Tauhid agar dengan itu kita dapat menolak segala
hasutan syaitan yang tidak pernah putus asa menggugat keyakinan kita. 2) Ikhlas Ikhlas ialah perasaan di
dalam hati, iaitu berbuat sesuatu kerana Allah dan meninggalkan sesuatu kerana
Allah. Amalan yang tidak dibuat semata-mata kerana Allah akan tetolak. Contohnya
seandainya kita beribadah hanya untuk dilihat orang, yang kita ini warak atau
pun ingin dipuji, maka amalan yang sebegini adalah sia-sia. Begitu juga di dalam
meninggalkan maksiat dan larangan Allah. Andainya kita meninggalkannya
semata-mata kerana takut atau malu kepada orang, maka perbuatan meninggalkan
maksiat itu tidak ikhlas. Ikhlas itu adalah rahsia Allah. Hanya Allah sahaja
yang tahu samada kita Ikhlas atau tidak. Walau bagaimanapun di antara
sifat-sifat orang yang ikhlas itu ada disebutkan di dalam kitab Di antaranya: * Andainya kita dipuji
kita tidak akan terasa bangga dan andainya kita dikeji kita tidak terasa apa-apa.
* Tidak merasa jemu di dalam melaksanakan ibadah. * Sentiasa berusaha di dalam
memperhalusi lagi sifat kehambaan di dalam menuju Makrifatullah (Menenal Allah
s.w.t.). 3) Mengerjakan amalan sunat. Amalan
sunat tidak diberatkan tetapi ianya dapat mengawal iman kerana fungsinya yang
boleh menyempurnakan amalan wajib dan meninggikan pangkat dan darjat di syurga.
Jadi di dalam menyempurnakan iman, eloklah ditambah amalan-amalan sunat.
Andainya amalan fardhu kita ada kecacatan yang kita tidak sedari, maka amalan
sunat itu menyempurnakan lagi amalan fardhu. Di dalam kita memperbanyakkan
amalan-amalan sunat kita perlu: * Memastikan segala amalan yang fardhu
terlaksana. Contohnya di dalam mengejar fadhilat
sembahyang Tahajud, kerana terlalu ikutkan perasaan sembahyang hingga letih dan
akhirnya tertidur hingga terlepas sembahyang subuh. Andainya ini berlaku,
perlulah kita berhati-hati kerana tipuan di dalam mengerjakan ibadah ini terlalu
halus. * Mengamalkan banyak jenis amalan sunat.
Biar sedikit amalan sunat yang dibuat tetapi banyak jenis. Ini akan mengelakkan
kita daripada jemu di dalam beramal dan tidak dapat beristiqamah (berterusan) di
dalam mengerjakannya. Di samping itu kita tidak tahu amalan mana yang mendapat
nilaian daripada Allah, maka dengan melaksanakan banyak jenis amalan sunat, kita
berharap agar Allah maafkan kita jika ada kecacatan dan kepincangan di dalam
kita melaksanakan ibadah dan menerima amalan-amalan sunat yang kita lakukan. 4) Istiqamah beramal. Istiqamah
bermaksud mengerjakan sesuatu secara berterusan dan tanpa jemu.Seseorang yang
beristiqamah di dalam amalannya bererti dia telah mendirikan benteng iman.
Amalan yang istiqamah akan menetapkan iman dan akhlak di dalam hati. Sabda
Rasululah s.a.w. : " Sebaik-baik amalan itu ialah amalan yang kekal (berterusan)
walaupun sedikit " 5) Beradab dan bertatasusila. Adab dan
tatasusila itu perlu di dalam mencantikkan lagi ibadah yang akan kita
persembahkan kepada Allah. Tanpa adab dan tatasusila, iman tidak akan terjamin
dan kita mudah terjebak di dalam dosa dan kemurkaan Allah. Adab itu terbahagi
kepada dua: * Adab lahir. * Adab batin. Adab
lahir Contohnya di dalam kita sembahyang
kita perlu kemaskan segala rukun-rukun sembahyang kita agar sembahyang kita itu
nampak elok dan tidak terbatal. Kita perlu jaga bacaan fatihah, rukuk, sujud dan
lain-lain agar sembahyang kita menepati segala syarat dan rukun sembahyang.
Inilah di antara adab-adab lahir yang kita perlu jaga di dalam sembahyang. Maka
kiaskanlah terhadap ibadah-ibadah yang lain. Adab
batin Sewaktu sembahyang, perlu ada roh
beribadah untuk lahirkan rasa khusyuk, rasa hebat, rasa gerun dan takut, rasa
hina dan hamba terhadap Allah. Kita perlu menjaga hati kita agar tidak kurang
ajar dengan Allah. Bandingan orang yang kurang ajar dengan Allah sewaktu
beribadah samalah seperti seorang hamba yang mengadap raja sambil mecekak
pinggang, bukan raja akan bersimpati malah mungkin akan dijatuhkan hukuman berat
disebabkan sikap kurang ajar si hamba bila berdepan bengan tuannya. Untuk
mendapat sifat-sifat tersebut maka kita perlu berusaha bersungguh -sungguh
bermujahadah dan menjaga tatasusila dan adab-adab batin agar iman kita tidak
cacat di sisi Allah s.w.t. Perkara Yang Boleh Membatalkan Iman
Allah cintakan hambanya. Nabi cintakan
umatnya. Pemimpin cintakan pengikutnya. Ibu bapa cintakan anaknya. Suami
cintakan isterinya. Guru cintakan muridnya. Ini jalur cinta dari atas kebawah.
Manakala jalur dari bawah ke atas seperti hamba cintakan Tuhannya. Umat Cintakan
Nabinya. Pengikut cintakan pemimpinnya. Anak cintakan ibu bapanya. Isteri
cintakan suaminya dan Murid cintakan gurunya. Cinta adalah nikmat yang paling
indah yang boleh dicapai antara hamba dengan Tuhannya, antara Nabi dengan
umatnya, antara pemimpin dengan pengikutnya, antara ibu bapa dengan anaknya,
antara suami dengan isterinya, antara murid dengan gurunya.
Cinta adalah mainan hati. Hati hamba dengan Tuhan, hati Nabi dengan
umatnya, hati ibu bapa dengan anaknya, hati murid dengan gurunya. Cinta itu
adalah cetusan rasa yang berlawanan dengan hasad dengki. Cinta adalah cetusan
rasa yang boleh memenuhi sebahagian daripada hati. Bila cinta memenuhi hati, ia
menutup daripada perasaan yang lain. Oleh kerana itu, orang yang sedang bercinta
tidak akan nampak keburukan orang yang dicintainya. Yang ia nampak hanya indah
dan cantik. Keindahan itu telah menawan keseluruhan hatinya dan pusat
perhatiannya hanya kepada kecintaan. Inilah yang dimaksudkan di dalam firman
Allah: "Dan orang-orang yang beriman
itu sangat kuat cintanya kepada Allah ." (Al Baqarah: 165) Hati yang bersih dipenuhi oleh
kecintaan kepada Allah. Dari kecintaan itu akan lahirlah sifat-sifat yang
terpuji dan akhlak mulia seperti kasih mesra, lemah lembut, bertegur sapa lunak
rawan dan sebagainya. Dengan adanya cinta ia akan membuahkan juga perasaan
timbangrasa. Ertinya setiap rasa ditimbang dan dibahagi dua. Sama-sama merasakan.
Susah sama-sama susah, senang sama-sama senang, gembira sama-sama gembira, duka
sama-sama duka. Inilah yang dikatakan sahabat. Inilah nikmat hidup di dunia yang
sementara ini. Firman Allah: "Tunjukilah kami
jalan yang lurus. (Iaitu) jalan bagi orang-orang yang engkau telah berikan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang engkau murkai dan bukan (pula
jalan) mereka yang sesat." (Al Fatehah: 6-7) Inilah di antara nikmat yang di kurniakan oleh Allah kepada Rasul-rasul, Nabi-nabi, para-para Siddiqin, para Syuhada' dan Solihin. Cuba perhatikan, bukankah setiap rasul mencintai rasul yang lain. Setiap nabi mencintai nabi yang lain. Setiap siddikin akan mencintai siddikin yang lain. Setiap syuhada' akan mencintai syuhada' yang lain. Setiap solihin akan mencintai solihin yang lain. Atas dasar cintalah, maka mereka saling rindu merindu di antara satu sama lain walaupun masing-masing hidup di zaman yang lain. Betapa banyak umat hari ini yang mencintai Rasulallah s.a.w dan para sahabat sedangkan mereka dipisahkan oleh jarak zaman yang sangat jauh. Kalau begitu kedudukannya, maka lebih munasabah mengapa kita perlu sayang dan kasih kepada pemimpin, ibu bapa, guru dan sebagainya kerana mereka berada sezaman dan dekat dengan kita.
![]() |
|