Isi Artikel

Ciri Orang Yang Bertaqwa dan Orang Yang Derhaka.

Rezeki, ilmu dan terlepas daripada kesempitan semuanya bertitik tolak daripada taqwa. Jahil, kesempitan hidup, rasa tertekan adalah punca daripada derhaka. Taqwa dan derhaka adalah dua kelompok yang sentiasa bertentangan dan masing-masing mempunyai syiarnya yang tersendiri. Taqwa syiarnya adalah Syiar Allah manakala derhaka, syiarnya adalah Syiar Syaitan.  Syaitan derhaka kepada Allah. Allah mengutuk syaitan. Kutukan Allah terhadap syaitan sangat keras dan tentangan syaitan terhadap Allah menyeluruh. Syaitan tarik manusia ke neraka. Allah menarik manusia ke syurga. Manusia berada ditengah dua tarikan itu.

Firman Allah : "Lalu diilhamkan kepadanya mana yang baik dan mana yang buruk." ( As Syams : 8 )  Allah dengan syiarnya pasti benar. Syaitan dengan syiarnya pasti batil dan kalak. Kepastian itu tidak dapat diragui lagi. Jesteru itu kita mesti memakai pakaian taqwa kepada tubuh kita dan umat Islam. Apakah yang anda faham dari Taqwa ?. Taqwa itu ialah takut akan Allah. Orang yang takut akan patuh. Orang yang degil, keras kepala dan tidak patuh. Mambantah kata-kata dan menentang arahan. Orang yang Taqwa ialah orang yang patuh akan perintah kepatuhan tentera kepada orang atasannya. Kalau anda hendak mengenal orang yang bertaqwa senang sahaja iaitu mereka yang sangat patuh kepada Allah, Rasul dan pemimpin yang bertaqwa diantara mereka. Kepatuhan kepada Allah telah jelas kedudukannya iaitu melaksanakan seluruh perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Kepatuhan kepada Rasul juga telah jelas iaitu melaksanakan segala yang diperintahkan Rasul dan meninggalkan segala apa yang telah dilarang Rasul. Segala sunnah-sunnahnya diikuti semampu mungkin. Bagi kepatuhan kepada kepimpinan, maka pemimpin yang membawa ke arah taqwa itu yang akan ditaati. Inilah ciri pertama orang yang beriman. Firman Allah : "Taatlah kepada Allah, Taatlah kepada Rasul dan Taatlah kepada ulil amri ( pemimpin dikalangan kamu)."  Ciri yang kedua ialah berlumba-lumba membuat kebaikan. Firman Allah : "Berlumba-lumbalah membuat kebaikan." Orang yang bertaqwa akan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk membuat kebajikan. Mereka tidak kira apa yang akan diperkatakan. Ciri yang ketiga bagi orang yang bertaqwa ialah orang yang bertaqwa sentiasa memperbaiki dirinya dan memperbaiki amalannya supaya bertambah dari hari ke hari. Dia akan menjadi semakin meningkat bukan semakin merosot. Proses memperbaiki diri ini dilakukan terus menerus di dalam semua bidang dan ruang. 

Kesimpulannya untuk mengenal orang yang bertaqwa itu : 

a) Taat dan patuh kepada Allah dan Rasul 

b) Berlumba-lumba melakukan kebaikan dan membuat amal kebajikan 

c) Memperbaiki diri dan meningkatkan amalan setiap hari

Untuk mengenali orang yang derhaka itu sebaliknya pula. Iaitu : 

a) Degil 

b) Berlumba-lumba membuat kejahatan dan kemaksiatan 

c) Tidak berusaha memperbaiki diri dan semakin merosot amalannya. 

Orang yang degil ialah orang yang hatinya mati dan tidak kenal Allah. Apa tanda hati telah mati ? 

a)      Payah hendak ingat Allah pada waktu susah atau senang.

b)      Payah mendapat kesan dari peringatan yang datang dari ayat-ayat Allah.

c)      Terlalu cinta dunia dan mementingkan diri sendiri.

d)      Cenderung kepada yang haram dan yang syubahat.

e)      Berbangga dengan dunia dan pendapat yang batil.

f)        Cenderung melakukan kezaliman dan penindasan.

g)      Tidak sensitif dengan dosa, malah berbangga melakukannya

Bagaimana mengubati hati yang mati. 

a)      Selalu mencari kebenaran dan berusaha berada di dalam kebenaran.

b)      Membuang kecintaan terhadap dunia.

c)      Berusaha mencari guru yang Mursyid yang dapat memimpin supaya kita kenal diri dan kenal Allah.

d)      Berusaha menjauhi makanan yang haram dan syubhat.

e)      Bersahabat dengan orang yang terpimpin hatinya.

Erti sebenar Hari Raya

Hari Raya menjelang tiba. Debarannya semakin terasa. Seluruh umat Islam sedang bersiap sedia menyambutnya dengan berbagai ragam. Walaubagaimana pun kita mesti berhati-hati, jangan sampai persiapan yang kita buat itu sampai ke tahap membazir dan haram. Sekarang orang telah mula membeli dan menghantar kad-kad Selamat Hari Haya, ada kad untuk sahabat, saudara mara, ibu bapa dan sebagainya. Inilah perkara yang pertama yang memeriahkan Hari Raya. Berbagai-bagai kata-kata dan gambar yang ada pada kad-kad tersebut, yang menggambarkan perasaan pengirim. Namun manusia tetap manusia, terdapat juga kad-kad Hari Raya yang mempunyai kata-kata yang kurang elok dan gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Sepatutnya kad-kad tersebut mempunyai kata-kata doa yang mengeratkan hubungan pengirim dengan orang yang dikirimnya. Perkara seumpama ini akan mengeruhkan suasana Hari Raya yang sepatutnya dipenuhi rasa kesyukuran kepada Allah, kasih sayang sesama manusia dan ketenangan hati mengingati Allah.  Entah kenapa masih ada terdapat umat Islam yang masih belum faham bagaimana seharusnya Hari Raya disambut menurut Islam. Mungkin kerana jahil atau mungkin kerana belum ada lagi masyarakat Islam yang mampu menjadi contoh, maka kita dapati berbagai perbuatan mungkar ketika menyambut Hari Raya. Kesempatan ini digunakan dengan seluas-luasnya oleh individu atau golongan yang memang anti Islam. Akibat kejahilan, umat Islam bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian harta benda tetapi yang paling menyedihkan terpaksa menanggung dosa. Mari kita lihat perkara ini dari dekat. Sebelum Hari Raya, pengusaha-pebgusaha telah merancang dan menyediakan filem-filem yang memang dijadualkan untuk ditayangkan pada Hari Raya. Pengimport-pengimport filem dari luar pula akan memilih filem-filem yang menarik yang akan ditayangkan pada Hari Raya. Maka keluarlah istilah Tayangan Perdana Sempena Aidil Fitri. Ini adalah penipuan yang bukan sahaja merugikan umat Islam tetapi menjerumuskan umat Islam ke dalam kemurkaan Allah.  Pengusaha asing mengaut keuntungan, tauke-tauke panggung wayang tersenyum lebar, dan pembuat filem mengurut perut kekenyangan, tetapi umat Islam terpaksa menanggung dosa. Siapa yang hendak kita salahkan ?. Musuh-musuh Islam itu ? Itu memang kerja mereka dan Allah pun telah memberitahu, mereka memang hendak menghancurkan umat Islam. Yang kita menyerahkan kepala untuk disembelih kenapa ?. Bukankah Islam telah menetapkan Hari Raya mesti dipenuhi dengan perkara-perkara yang bukan sahaja mendatangkan kegembiraan yang hakiki, tetapi juga memberi menafaat dunia dan akhirat.  Pada Hari Raya, bangkitlah awal pagi untuk bersembahyang Subuh dengan mandi sunat Hari Raya. Badan segar, jiwa tenang dan pakailah pakaian yang bersih lagi indah, walaupun tidak mahal. Berdoalah kepada Allah dan ucapkan rasa syukur di dalam hati, betapa pemurahnya Allah yang menghidupkan dan memberi rezeki sehingga kita diizinkan menyambut Hari Raya pada tahun ini. Kemudian jamahlah hidangan sekadarnya sebelum menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Hal ini adalah sunat hukumnya. Kemudian berangkatlah menuju masjid beramai-ramai dengan tenang dan tawadhuk.  Berbondong-bondonglah umat Islam menyahut seruan takbir. Akan kelihatan mereka datang dengan berbagai rupa dan gaya. Ada yang datang berkereta besar, ada dengan motosikal, ada yang berbasikal. Dan tidak kurang juga yang berjalan kaki. Beginilah tamsilan umat Islam berjalan di padang Mahsyar apabila tiupan sangkakala yang kedua ditiupkan. Ada yang menunggang kenderaan, ada yang berlari dan ada yang datang merangkak. Di pagi Hari Raya, rupa dan gaya mereka berbeza kerana harta dan kedudukan, tetapi di Padang Makhsyar, rupa dan gaya seseorang itu ditentukan dengan kadar amal masing-masing. Hari Raya adalah hari untuk kita membesarkan Allah, membesarkan Rasulullah dan sunnahnya. Dengan lain perkataan untuk membesarkan Iman dan syiar Islam. Tetapi jika kita memaparkan pergaulan bebas, lagu cinta yang mengkhayal dan menaikkan nafsu, mendedahkan aurat dan lain-lain bentuk kemungkaran, perbuatan itu bukan sahaja menyalahi maksud membesarkan Hari Raya, bahkan mempermain dan mempersendakan Allah dengan perbuatan kita itu. Jangan kita ulangi perbuatan kita yang sama seperti Hari Raya pada tahun-tahun sebelumnya.  Selain dari itu, selepas Hari Raya, ada yang merungut kerana banyak hutang di kedai, barang bertimbun, begitu juga di kedai kain dan perabot. Kuih Hari Raya berabuk dan berkulat di dalam bekas-bekas kerana tidak habis di makan, maklumlah selain dibuat, banyak juga kuih yang dibeli, kononnya untuk dimakan pada Hari Raya. Disamping kain langsir baru, perabot baru dan sebagainya. Semua itu sudah tidak nampak lagi, yang berkecamuk di dalam hati ialah hutang. Di dalam kepala ligat untuk cari wang bayar hutang. Masa mukmin yang lain menyambung ibadah dengan berpuasa enam pada bulan Syawal, dia bergelut dengan susah dan gelisah. Tetapi yang peliknya tahun hadapan dikekalkan juga sifat yeng sedemikian. Itulah manusia. Biar papa asalkan bergaya. Selain daripada itu pengaruh lagu-lagu di bawah program Sampaikan Salam Aidilfitri di radio tidak kurang juga hebatnya. Kadang-kadang puasa belum habis lagi, ucapan berserta lagu-lagu yang berbagai-bagai rentak. Ada lagu asli, lagu kekasih hingga ke lagu yang berentak rock yang tidak mempunyai makna dan roh Aidil Fitri yang sebenarnya. Lagu-lagu ini ada yang menceritakan suasana juadah di pagi Syawal, budak-budak bermain mercun dan ada juga kata-kata yang memuji tuhan kononnya, tetapi, segala matlamat yang hendak di paparkan ialah hiburan yang melalaikan dari tanggungjawab ibadah pada bulan Ramadhan serta berharap ianya cepat berlalu dan Syawal dapat disambut dengan berbagai keseronokan yang membesarkan nafsu. Inilah pengaruh yang sangat berbahaya yang kita tidak sedar.  Seolah-olah kita mendabik dada dengan Allah, Allah datangkan bulan Ramadhan untuk menghapuskan dosa-dosa kita, memberi rahmat kepada kita, tetapi kita dengan muka tak malu mahu cepat-cepat lari dari rahmat dan kasih sayang Allah di dalam bulan Ramadhan itu seolah-olah kita tidak berdosa sedikit pun, atau kita rasa berdosa tetapi hanya di mulut untuk sedapkan hati orang sahaja bukan rasa berdosa dengan Allah sungguh-sungguh di hati.  Ini amat bertentangan dengan sikap orang mukmin di masa lampau yang sangat cinta dan tidak mahu berpisah dengan berpisah di bulan Ramadhan. Ada diantara mereka yang menangis apabila bulan Ramadhan semakin berakhir. Bulan Ramadhan adalah bulan Ramadhan rahmat dan keampuanan, pintu syurga dibuka dan ditutup pintu neraka. Syaitan laknatullah dibelenggu dan disediakan di dalam bulan Ramadhan itu pahala yang berlipat kali ganda serta yang paling berharga, di dalam bulan Ramadhan itu terdapat Lailatul Qadar yang pahalanya melebihi seribu bulan. Peluang inilah yang sepatutnya direbut dengan sepenuh jiwa dan raga dengan ibadah dan istigfar kepada Allah.  Sambutlah Hari Raya pada tahun ini dengan penuh kesyukuran dengan menegakkan hukum Allah. Meriahnya Hari Raya bukanlah pada kuih muih, ketupat rendang, baju raya baru dan sebagainya. Tetapi terletak kepada sejauh mana kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allah dalam tindak tanduk kita. Jika ini dapat dilakukan, bukan sahaja kita dapat bergembira di dunia, malah kita akan gembira juga di akhirat.Itulah Hari Raya yang sebenarnya bagi seorang mukmin.

Gunakan Nikmat Allah Untuk Beribadah

Sebagai individu muslim dan mukmin, kita perlu merasai bahawa banyak nikmat Allah yang telah Allah anugerahkan kepada kita seperti nikmat tubuh badan, nikmat akal, nikmat Islam, nikmat iman dan sebagainya. Kalau andaikata kita cacat sekalipun, tetapi Allah tetap menganugerahkan jalan untuk kita bersyukur kepada nya melaui berbagai-bagai cara seperti pendengaran dan sentuhan untuk kita tetap mensyukuri nikmat-nikmatnya. Firman Allah : " Jika kamu hendak mengira nikmat-nikmat Allah, pasti kamu tidak akan dapat mengiranya." ( An Nahl : 18 )

Setiap nikmat itu adalah modal, untuk melakukan amal ibadah kepada Allah, di samping melakukan kebaikan sesama manusia. Oleh itu nikmat Tuhan jangan dipersia-siakan, terbuang begitu sahaja supaya kita tidak menyesal dengan tidak berkesudahan. Menghindar diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia adalah menjadi faktor terpenting untuk kejayaan seseorang mukmin sesuai dengan firman Allah : "Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman , yang khusyuk di dalam solatnya, yang menjauhkan diri daripada perbuatan yang sia-sia." ( Al Mukminun : 1 - 3 )

Berdasarkan riwayat tersebut, kita perlu melaksanakan empat perkara di dalam kehidupan kita sehari-hari iaitu :

a) Beribadah kepada Allah menerusi solat, wirid, doa dan sebagainya

b) Menilai kerja-kerja yang telah kita lakukan samada ianya baik atau buruk dan mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan atau tidak, sejauh mana kejayaannya. Jika berjaya perlulah disyukuri dan jika gagal atau buruk hasilnya, perlulah diperbaiki dan diinsafi.

c) Berilah peruntukan waktu untuk melihat dan merenung kebesaran Allah, bumi terbentang luas dan langit yang membiru. Hujan dan panas serta angin yang bertiup yang setiap sesuatu itu mempunyai hikmah yang tertentu, Maka hasil daripada tafakkur itu, akan terlahirlah tauhid dan pengenalan yang mendalam terhadap Allah s.a.w pencipta dan Tuhan sekalian alam.

d) Kemudian yang akhir sekali berikanlah peruntukan waktu untuk menguruskan keperluan hidup kita seharian. Sebagai manusia biasa kita perlu makan, minum, berehat dan tidur menurut waktu yang sepatutnya untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang. Kemudian bangun untuk menyambung kerja-kerja seharian dan mengulangkaji pelajaran dengan lebih tekun dengan tekad dan azam yang baru iaitu semoga kita beroleh kejayaan yang lebih baik dari semalam.

Harga Sebuah Ketenangan

Fitrah manusia sememangnya inginkan ketenangan. Ketenangan dicari dan diburu oleh jutaan manusia di dunia pada hari ini. Terjadinya krisis di dunia pada hari ini kerana tiada ketenangan dan kasih sayang. Ketenangan adalah anak kunci pembuka gedung perasaan dan fikiran. Dengan ketenangan yang dimiliki, kita boleh membuka tabir-tabir perasaan manusia. Juga boleh membuka lembaran fikiran manusia dan mengambil ilmu daripadanya.  Sebenarnya ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik, mereka tidak dapat menguasai peribadi muslim yang tenang. Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan diluar jangkauan akal didalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, admistrasi dan kerja-kerja lain. Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat diwaktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan di reject oleh piawaian. Kalau dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah -buah fikiran dari mereka yang resah gelisah.  Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Tokyo, juga tidak diniagakan di Wall Street. Tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia diseluruh dunia dan sepanjang zaman. Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi.  Sememangnya mata benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenangan yang palsu. Firman Allah :  "Dijadikan indah pada ( pandangan ) manusia berbagai keinginan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binantang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan sesungguhnya kepada Allahlah tempat kembali yang baik ( Syurga ). Katakanlah : Inginkah aku khabarkan apa yang lebih baik dari yang demikian itu ? Untuk orang-orang yang bertaqwa ( kepada Allah ) pada sisi Tuhan mereka ada Syuga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan ( ada pula ) isteri-isteri yang disucikan serta keredhoaan Allah dan Allah Maha melihat akan hamba-hambanya. Iaitu orang-orang yang berdoa : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunkanlah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka." ( Ali Imran 17-23 )  Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatkannya adalah sangat sukar.  Firman Allah : " Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang." ( Ar Raad : 28 ) Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa ?. Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia. Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna. Kerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kerana apa ? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparan mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturrahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan.  Kerana itu barangsiapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya.  Bagaimana caranya ?   

1)      Dengan nasihat

2)      Dengan mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang  

3)      Dengan menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil  

4) Dengan tunjuk muka tenang kepada orang yang gelisah  Itulah tuntutan yang perlu kita sempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Nikmat jikalau kita syukuri dan jagai dengan adab dan tertib akan ditambah oleh Allah s.w.t. Perbanyakkanlah berdoa dan beribadah kepada Allah semoga Allah memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi. Amin ya Rabbal Alamin.

Hati Mukmin  

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia. Kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif kepada apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasa. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia sama ada positif atau negatif. Memang hakikat penciptaan hati oleh Allah s.w.t adalah sesuatu yang Maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruangan gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia itu mati. Roh berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke alam akhirat. Bagi orang mukmin yang suci murni hatinya, dia akan dapat melihat Allah di akhirat kelak. Itulah hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmani. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan dari Allah, ianya disebut Ruhul Amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ianya disebut Ruhul Hayah. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu, maka jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati."  Hati boleh baik dan boleh jahat. Rasa senang apabila ia dipuji. Rasa menderita apabila dikeji. Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan atau kejayaan. Rasa ujub (hairan diri) apabila mempunyai kemampuan. Rasa terhina apabila mempunyai kelemahan. Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekuatan. Rasa marah apabila dikata dan dihina. Rasa dengki apabila melihat orang lain lebih. Rasa dendam apabila orang lain menganiayanya. Rasa keluh kesah apabila mendapat susah. Rasa terhutang budi dan terima kasih apabila orang menolong kita. Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan. Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda yang kotor.  Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Ada rasa yang jahat dan ada rasa yang baik. Perasaan itu kemudiannya akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa itu jahat, maka jahatlah tindakan manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertahta di dalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruknya manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyatnya yang taat pada arahannya. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting di dalam persoalan ini, kerana baik jahatnya kita, bergantung pada hati serta pengurusan kita di dalam hal ini. Sesiapa mengabaikan urusan ini, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat.  Hati boleh dididik. Lihat apa kata Allah tentang hati : "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah sesiapa yang mengotorinya." (As Syams 9) "Pada hari itu, tidak berguna harta dan anak pinak. Kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat." ( As Syuara : 88-89 ) Allah memerintahkan kita mendidik hati yang selamat. Yakni hati yang bersih daripada sifat-sifat yang jahat (mazmumah). Cara-cara pendidikan hati terdapat di dalam ilmu Tasawwuf. Hati yang masih kotor perlu dibersihkan agar Nur ilmu dan hikmah dapat masuk ke dalam hati. Dengan itu, hati akan sentiasa merasa kehebatan dan kebesaran Allah dan seolah-olah melihat Allah. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w apabila ditanya oleh Jibril a.s mengenai Ihsan, "Engkau menyembah Allah, seolah-olah engkau melihatnya.". Hati yang sebegini dinamakan Hati Mukmin.  Selain daripada itu, antara sifat hati mukmin ialah :

a)      Terlalu sensitif dengan Tuhan. Hatinya akan gerun dan gentar apabila mengingati Tuhan. Terasa betapa besarnya kekuasaan Allah, yang boleh buat apa sahaja terhadap dirinya. Betapa lemahnya dia kerana tiada upaya menolak sebarang takdir Allah. Lihat Firman Allah di dalam surah Al Mulk ayat 16 dan 17 : "Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit. Bahawa Dia akan menjungkirbalikkan bumi bersama kamu sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?" "Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) dilangit. Bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanKu ?" Begitu juga di dalam surah Al Anfal ayat 2 : "Sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut kepada meraka nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." 

b)      Orang mukmin apabila mendapat nikmat, kejayaan dan kelapangan hidup, hatinya terasa bersyukur dengan Allah, kerana dirasakan semua itu adalah pemberian daripada Allah. Hatinya akan terasa berhutang budi dan malu dengan Allah, kerana Allah hadiahkan nikmat tersebut walaupun dirinya dirasai penuh dengan dosa dan lalai kepada Allah. Bimbang sekali hatinya jikalau nikmat itu tidak digunakan dengan jalan yang sepatutnya. 

c)      Jika terbuat dosa, sekalipun dosa yang kecil, apalagi dosa yang besar, hati mukmin akan gelisah, takut dan hilang ketenangan. Rasa menyesalnya bukan kepalang. Sebab dia rasa bersalah terhadap Tuhannya. Takut-takut Allah akan menghukumnya. Sedaya upaya dia mahu dosanya diampunkan, sebab dia tahu, dosa yang tidak diampunkan di dunia, nerakalah padahnya.   

d)      Hati Mukmin sentiasa terasa diawasi oleh Allah. Allah melihat dan mendengar segala-galanya. Ertinya dia benar-benar berada di dalam kekuasaan Allah. Firman Allah: "Tidaklah (susah) menciptakan dan membangkitkan kamu (dari alam kubur ) melainkan hanya seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat ." (Luqman: 28)

e)      Hati Mukmin sangat Tawadhuk pada Allah. Yakni sangat merendah diri. Kerana dia sedar dia hanya ciptaan Allah. Asalnya dari air mani yang hina. Terlalu lemah dan tiada kuasa apa-apa melainkan dengan kehendak Allah. Setiap detik dia memerlukan bantuan Allah.  Firman Allah: "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat." (Al Insan: 2) 

f)        Kalau diuji oleh Allah, hati mukmin sabar dan reda. Bahkan tenang dengan ujian. Dia bersangka baik dengan Allah bahawa ujian itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosanya atau peningkatan darjatnya di akhirat kelak. Tidaklah orang mukmin itu mengeluh dan mengadu-ngadu serta marah terhadap ujian yang datang samada difitnah, ditohmah, disakiti, ditimpa bencana alam atau apa pun. Ia sedar semuanya itu dari Allah, dan Allah bermaksud baik dengan ujian itu. Maka dia hanya mengadu dengan Allah.  Firman Allah : " Apakah manusia mengira ia akan dibiarkan saja mengatakan kamu telah beriman sedang mereka belum diuji." (Al Ankabut: 2) 

g)   Hati Mukmin sentiasa terkenangkan Allah. Maklumlah setiap detik menerima pemberian nikmat dari Allah. Ilmu, harta, anak, isteri, udara, bumi. Matahari, bulan dan segala-galanya semua dari Allah. Ia lemas dengan nikmat yang tidak dapat dihitung. Cinta dan rindunya tertumpah pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Allah menceritakan tentang hati orang-orang Mukmin ini di dalam firman-Nya : "Iaitu mereka yang sentiasa mengingati Allah sewaktu berdiri, duduk dan berbaring." (Ali Imran: 191)  Itulah di antara ciri-ciri Hati Mukmin. Dan itulah yang mencetuskan akhlak-akhlak yang baik dengan Allah dan sesama manusia. Hati seumpama inilah yang akan membawa keikhlasan, kejujuran, kasih sayang, harmoni dan akan membuahkan keamanan, kedamaian dan kebahagiaan kepada masyarakat. Hati yang sempurna inilah yang harus kita berjuang untuk mendapatkannya. Agar kita selamat di dunia dan akhirat. Moga-moga Allah memberikan hidayah dan taufik kepada kita semua.

Hati Perlu Diisi Dengan Iman Dan Ilmu

Di dalam Jihad fi Sabilillah (berjuang pada jalan Allah), Jihadun Nafs (Jihad menentang hawa nafsu) adalah sangat penting. Maksudnya ialah mengawal hati daripada tergelincir dengan perasaan-perasaan yang menjurus kepada kepentingan hawa nafsu seperti kecewa apabila gagal di dalam ujian dan perasaan bangga diri apabila berdepan dengan nikmat dan berjaya di dalam sesuatu hal yang hendak dilakukan. Mengawal hati itu sangat sukar. Ianya lebih sukar daripada mengawal lembu dan kerbau. Hati itu bertukar-tukar dan berbalik-balik seperti balak di tengah laut dipukul ombak. Mana pernah ada hentinya berpusing dan berputar. Sepatutnya setiap pergerakan dan akal fikiran ditumpukan kepada gerakan hati. Hati ini akan hanya dapat dikawal dengan perantaraan ilmu, dengan perantaraan akal fikiran. Ilmu itu penyuluh akal yang akan mengemudikan hati dengan tepat menuju ke matlamatnya iaitu sentiasa di dalam taat kepada Allah. Dan di akhir matlamat tersebut ialah bertemu dengan Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w : "Kamu menyembah Allah s.w.t seolah-olah kamu melihatNya. Jikalau kamu tidak dapat melihatNya, maka Allah melihat kamu." (HR Bukhari dan Muslim) Hati yang sentiasa memandang kebesaran dan kemuliaan Allah, tidak akan memandang kepada yang lain kerana yang lain daripada tuhan itu serba kekurangan dan mempunyai kecacatan. Allah sahaja yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Di dalah hidup ini manusia ingin mencari yang sempurna dan yang indah. Yang sebenarnya manusia tidak akan bertemu dengan semua itu. Manusia akan melihat kepada yang lain dengan serba kekurangan. Manusia hanya akan bertemu dengan kesempurnaan yang Maha Sempurna itu pada Allah yang bersifat Jamal dan Kamal.  Bila sudah bertemu dengan yang paling sempurna dan paling indah, manusia tiada berkehendak kepada yang lain lagi. Sudah cukup dengan itu sahaja. Segala kekurangan dalam hidup ini tidak akan menjadi masalah lagi. Hal ini akan membuahkan sifat zuhud (hati tidak cinta dunia) dan qanaah (cukup dengan apa yang ada) . Inilah sifat diri yang terpuji dan mulia. Barangsiapa yang kenal diri, maka akan kenal Allah. Dan barangsiapa yang kenal Allah, akan kenal tipudaya dunia dan zuhud dengan dunia.  Zuhud ialah sunyi hati daripada terpaut dengan dunia. Hatinya sepi terhadap dunia sebagaimana sepinya malam yang menjelang fajar. Suasana itulah yang sering diidam-idamkan oleh semua orang tetapi yang memperolehinya hanyalah segelintir sahaja manusia, iaitu mereka yang benar-benar zuhud dengan dunia. Hidup mereka tenang di dalam apa jua keadaannya sama ada kaya atau miskin. Semuanya sama bagi mereka. Kelapangan itu terbit dari dalam hati. Kalau hati sudah lapang, tindakan akan tenang. Ketenangan itu adalah kehebatan. Kerana itu wajah orang yang zuhud kebanyakannya hebat. Hebatnya mereka bukan kerana harta dan pangkat. Hebatnya wajah orang yang zuhud itu melambangkan permusuhannya dengan dunia yang keji dan dunia memusuhinya. Dan mereka sentiasa mencari keredhaan Allah dan Allah juga dekat dengannya.  Tanpa menjaga hati, umat akan mati. Banyak umat pada zaman yang silam telah mati hatinya tetapi telah dihidupkan dengan kedatangan para nabi. Sekarang sudah tidak ada nabi tetapi untuk menghidupkan hati yang mati itu, perlu ilmu dari pewaris nabi. Iaitu mereka yang sentiasa mendapat pimpinan dan rahmat dari Ilahi. Ulama Ul Amilin ( ulama yang mengamalkan ilmunya ) dan para ahli sufi. Yang sentiasa mendidik muridnya untuk mengenal diri dengan jalan Mujahadatun Nafsi.  Apa tanda hati telah mati ?

a)      Payah hendak ingat Allah pada waktu susah atau senang.

b)      Payah mendapat kesan dari peringatan yang datang dari ayat-ayat Allah.

c)      Terlalu cinta dunia dan mementingkan diri sendiri.

d)      Cenderung kepada yang haran dan yang syubhat.

e)      Berbangga dengan dunia dan pendapat yang batil.

f)        Cenderung melakukan menzaliman dan penindasan

g)      Tidak sensitif dengan dosa, malah berbangga melakukannya.

Bagaimana mengubati hati yang mati?  

a)      Selalu mencari kebenaran dan berusaha berada di dalam kebenaran.  

b)      Membuang kecintaan terhadap dunia.  

c)      Berusaha mencari guru yang Mursyid yang dapat memimpin supaya kita kenal diri dan kenal Allah.  

d)      Berusaha menjauhi makanan yang haram dan syubhat.  

e)      Bersahabat dengan orang yang terpimpin hatinya.  

Apabila seseorang hamba, berusaha mengubati hatinya dengan Iman, maka Allah akan campakkan syurga yang disegerakan di dunia iaitu berupa ketenangan yang tiada bandingannya. Sebenarnya ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik, mereka tidak dapat menguasai peribadi muslim yang tenang. Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan diluar jangkauan akal didalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, admistrasi dan kerja-kerja lain.  Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat diwaktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan di reject oleh piawaian. Kalau dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah-buah fikiran dari mereka yang resah gelisah. Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Tokyo, juga tidak diniagakan di Wall Street. Tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia diseluruh dunia dan sepanjang zaman. Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi.  Sememangnya mata benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenangan yang palsu. Firman Allah : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binantang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan sesungguhnya kepada Allahlah tempat kembali yang baik (Syurga).  Katakanlah : Inginkah aku khabarkan apa yang lebih baik dari yang demikian itu ? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada Syuga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhoaan Allah dan Allah Maha melihat akan hamba-hambanya. Iaitu orang-orang yang berdoa : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunkanlah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka." (Ali Imran 17-23)  Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatkannya adalah sangat sukar. Firman Allah: "Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang." (Ar Raad: 28)  Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa ?. Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia.  Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna. Kerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kerana apa ? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparan mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturrahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan. Kerana apa ? Kerana ibadah yang dilakukan itu bukan hasil dari Iman yang sempurna. Kerana Iman yang sempurna itu akan menguatkan hubungan hati dengan Allah dan hubungan hati dengan manusia. Tanpa mengasihi manusia, kasih sayang Allah tidak akan diperolehi. Barangsiapa yang kasih kepada makhluk di bumi, maka dia akan dikasihi oleh makhluk di langit. Dan Allah akan campakkan kehebatan dan ketenangan kepada hamba-hamba yang dipilihNya.  Kerana itu barangsiapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya. Bagaimana caranya ?  Dengan nasihat  Dengan mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang  Dengan menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil  Dengan tunjuk muka tenang kepada orang yang gelisah  Ingatlah semuanya itu bermula dengan mengisi hati dengan ilmu dan diteruskan dengan bermujahadah, membersihkan diri dari segala dosa dan noda sehingga lahirlah Nur Iman dan ketenangan di dalam diri seseorang insan. Ingatlah di dalam menempuh Makrifat, jangan ditinggalkan Syariat. Hubungan dengan Allah tidak akan sempurna jikalau hubungan sesama manusia itu cacat dan tidak sempurna. "Insan itu adalah Rahsia dan Akulah Rahsianya." - Hadith Qudsi               

Image