Isi Artikel


Riwayat

Hadis Riwayat Ibnu Umar r.a, ia berkata:
Nabi s.a.w pernah ditanya mengenai
binatang biawak (dhab). Baginda menjawab, "aku tidak ingin memakannya,
namun aku juga tidak mengharamkannya."
Hadis Riwayat Saad, beliau berkata:
Bahawa Rasulullah s.a.w pernah
bersabda: "Barang siapa memakan 7 buah kurma di antara 2 tanah yang tidak
berpasir di Madinah pada waktu pagi, maka racun tidak membahayakannya sampai
petang."
Hadis Abdullah bin Amru r.a: Seseorang
telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat paling baik dalam Islam?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam sama ada
kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.
Hadis Ibnu Abas r.a: Sesungguhnya
Nabi s.a.w pernah minum susu kemudian minta air untuk berkumur lalu bersabda:
Sesungguhnya susu itu mengandungi lemak.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila
seorang isteri membelanjakan dari makanan yang terdapat di rumahnya tanpa
melakukan kerosakan, maka dia akan mendapat ganjaran dari apa yang telah
dibelanjakannya dan suaminya juga beroleh pahala dari apa yang telah diusahakan.
Begitu juga Bendahari yang amanah, mendapat pahala samalah seperti mereka tanpa
mengurangi sedikitpun pahala dari suami isteri tersebut.
Hadis Anas bin Malik r.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda
bersabda: Apabila makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendak didirikan,
maka hendaklah kamu makan terlebih dahulu
Hadis Anas bin Malik r.a:
Bahawa neneknya yang bernama
Mulaikah telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menikmati suatu makanan yang
telah disediakan untuk baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memakannya. Kemudian
baginda bersabda: Berdirilah kamu aku akan bersembahyang bersama kamu. Anas bin
Malik berkata: Dihamparkan kepada kami sebidang tikar yang telah hitam kerana
telah lama digunakan, lantas aku merenjiskan air ke atasnya kemudian Rasulullah
bangun, manakala aku berdiri dalam satu saf bersama anak yatim di belakang Nabi
s.a.w sementara orang tua berdiri di belakang kami. Kami sembahyang bersama
Rasulullah s.a.w dua rakaat kemudian baginda beredar.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya:
Kami biasanya mengeluarkan zakat
fitrah sebanyak satu gantang makanan, satu gantang gandum, satu gantang kurma,
satu gantang keju atau satu gantang zabib iaitu anggur kering.
Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya:
Aku pernah bersama Nabi s.a.w
dalam suatu perjalanan sehinggalah lewat malam. Setelah hampir waktu Subuh, kami
berhenti lalu tertidur sehingga matahari terbit. Imran berkata lagi: Orang yang
mula-mula terjaga dari kalangan kami ialah Abu Bakar, kami tidak mahu
membangkitkan Rasulullah s.a.w dari tidurnya kecuali baginda sendiri yang
bangkit. Kemudian Umar bangkit lalu berdiri di sisi Rasulullah s.a.w seraya
bertakbir dengan suara yang lantang menyebabkan Rasulullah s.a.w tersedar.
Ketika baginda bangkit, matahari telah terbit lantas baginda berkata:
Berangkatlah! Lalu kami pun meneruskan perjalanan sehingga matahari tinggi,
Rasulullah s.a.w turun dari tunggangan dan sembahyang Subuh bersama kami kecuali
seorang lelaki yang memencilkan diri. Setelah selesai dari sembahyang Rasulullah
s.a.w bertanya kepada lelaki tersebut: Wahai Si Polan! Apakah yang menegah
engkau dari sembahyang bersama kami. Beliau menjawab: Wahai Nabi Allah! Saya
dalam keadaan berjunub. Maka Rasulullah memerintahkannya supaya bertayamum, lalu
lelaki tersebut bertayamum dengan tanah dan bersembahyang. Kemudian Rasulullah
s.a.w memerintahkan aku bersama beberapa orang agar berjalan dengan cepat
mendahului rombongan untuk mencari air kerana kami telah kehausan. Ketika kami
berjalan kami telah berjumpa dengan seorang perempuan di atas unta dengan
menjuntaikan kakinya dan duduk di antara dua buah qirbah iaitu bekas yang dibuat
dari kulit untuk mengisi air. Lalu kami bertanya kepadanya: Di mana kami boleh
mendapatkan air¿ Perempuan tersebut menjawab: Air susah dicari, air susah
dicari, tidak ada air untuk kamu. Kami bertanya: Berapa jauhkah perkampungan
kamu dengan tempat air¿ Perempuan itu menjawab: Perjalanan sehari semalam. Kami
berkata: Pergilah engkau menemui Rasulullah s.a.w. Perempuan itu berkata: Apa
itu Rasulullah¿ Oleh kerana susah untuk menjelaskan kepadanya maka kami
berjalan bersama-samanya mengadap Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah bertanya
kepadanya dan dia menjawab sebagaimana jawapan yang telah diberikan kepada kami
tadi, perempuan tersebut menerangkan bahawa dia adalah ibu kepada dua orang anak
yatim. Rasulullah memerintahkan supaya unta perempuan tersebut diperdudukkan
kemudian Rasulullah s.a.w meludah ke dalam kedua-dua qirbah tersebut. Selepas
itu baginda membangunkan unta perempuan tersebut dan kami semua meminumnya.
Padahal kami semuanya berjumlah empat puluh orang yang semuanya dalam kehausan
sehinggalah kami merasa segar. Kami mengisi segala bekas yang ada bersama kami,
bahkan ada di kalangan kami yang mandi, cuma kami tidak memberi unta minum.
Namun begitu kedua-dua qirbah itu masih penuh, bahkan airnya makin bertambah.
Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kumpulkan segala sisa-sisa bekalan kami
seperti roti dan kurma. Lalu kami mengumpulkan semua itu ke dalam bekas, diikat
dan diserahkan kepada perempuan tersebut seraya baginda bersabda: Pulanglah dan
bawakan makanan ini kepada anak-anak kamu. Ketahuilah bahawa aku tidak
mengurangi sedikit pun dari air kamu. Ketika perempuan itu pulang ke rumahnya
dia telah menceritakan peristiwa tersebut kepada keluarganya: Aku telah menemui
seorang ahli sihir yang mahir atau seorang Nabi sebagaimana yang didakwa olehnya.
Akhirnya Allah berkenan memberi petunjuk kepada beberapa keluarga dengan berkat
jasa bakti perempuan tersebut. Mereka dan juga perempuan itu sama-sama memeluk
agama Islam.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya:
Kami biasanya mengeluarkan
zakat fitrah sebanyak satu gantang makanan, satu gantang gandum, satu gantang
kurma, satu gantang keju atau satu gantang zabib iaitu anggur kering.
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w telah
bersabda: Orang yang miskin itu bukanlah orang yang berjalan ke sana sini
meminta-minta kepada manusia, kemudian diberikan dengan sesuap dua makanan dan
sebiji dua buah kurma. Para Sahabat bertanya: Kalau begitu siapakah orang miskin
yang sebenarnya wahai Rasulullah¿ Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang tidak
mendapati kesenangan yang mencukupi buatnya tetapi mereka tidak tahu kerana
kesabaran dia menyembunyikan keadaannya dan tidak meminta-minta kepada orang
lain, dia akan diberikan sedekah tanpa dia meminta daripada orang lain.
Hadis Abu Hurairah r.a:
Apabila
Nabi s.a.w diberi makanan, baginda akan bertanya terlebih duhulu mengenainya.
Jika dikatakan hadiah, baginda akan memakannya dan jika dikatakan sedekah
baginda tidak akan memakannya.
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:
Seorang
lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Celakalah aku. Rasulullah
s.a.w bertanya dengan sabdanya: Kenapa? Lelaki tadi menjawab: Aku telah
bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w
berkata: Bersedekahlah, bersedekahlah. Lelaki tadi berkata: Aku tidak memiliki
apa-apa. Rasulullah s.a.w lalu menyuruhnya duduk. Kemudian baginda memberikan
kepadanya dua bekas yang berisi makanan lalu memerintahkan agar menyedekahkannya.
Diriwayatkan daripada Ar-Rubaiyyi' binti Muawwiz bin Afra' r.a
katanya:
Pada hari Asyura, Rasulullah s.a.w
telah mengirimkan surat ke perkampungan-perkampungan Ansar di sekitar Madinah
yang berbunyi: Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah menyempurnakan
puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia
juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pada baki harinya. Selepas itu kami pun
berpuasa serta menyuruh anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut
berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami
buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat dari bulu biri-biri.
Jika ada di antara mereka yang menangis meminta makanan, kami akan berikan
mainan tersebut sehingga tiba waktu berbuka
Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim r.a:
Rasulullah s.a.w pernah
bersabda: Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota
Mekah dan mendoakan keberkatan terhadap penduduknya. Maka sesungguhnya aku pun
memuliakan iaitu mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah
memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah. Dan sesungguhnya aku juga telah
mendoakan keberkatan makanan di Kota Madinah, sebagaimana yang pernah didoakan
oleh Nabi Ibrahim a.s kepada penduduk Mekah
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
Ketika kami tiba di Kota Madinah,
Kota tersebut dilanda wabak penyakit yang amat serius, sehingga Abu Bakar r.a
dan Bilal r.a mengadukan hal itu. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w menerima
pengaduan dari para Sahabat, baginda berdoa: Ya Allah, jadikanlah kami semua
agar tetap menyintai Kota Madinah, sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan
cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu. Limpahkanlah kemakmuran pada
Kota ini dan berkatilah kepada kami makanan yang terdapat di dalamnya, sama ada
yang disukat dengan sukatan gantang ataupun cupak. Jauhilah penyakit dari Kota
Madinah ke daerah Juhfah.
Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Makanan yang buruk ialah makanan di majlis kenduri yang mana jemputannya ialah
orang-orang kaya sahaja dan orang-orang miskin tidak dijemput. Orang yang tidak
memenuhi jemputan sesungguhnya dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan
RasulNya
Firman Allah:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa
yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;
kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."
(Al-Baqarah: 2:168)
Firman Allah Taala:
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang
baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika
benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah."
(Al-Baqarah 2: 172)
Firman Allah S.W.T
"Sesungguhnya Allah
mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika
disembelih) disebut nama (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan
terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya, dan tidak pula melampaui
batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Al-Baqarah: 173)
Firman Allah S.W.T
"Mereka bertanya kepadamu
tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar
dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah:
"Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir." (Al-Baqarah: 219)
Firman Allah S.W.T
"Hai orang-orang yang
beriman, penuhilah akad-akad itu. Dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali
yang akan dibacakan kepadamu. (Yang demikian itu) dengan tidak menghalalkan
berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya Allah menetapkan
hukum-hukum menurut yang dikehendakiNya"(Al-Maidah:1)
Firman Allah S.W.T
"Hai orang-orang yang
beriman, penuhilah akad-akad itu. Dihalalkan bagimu binatang ternak, kecuali
yang akan dibacakan kepadamu. (Yang demikian itu) dengan tidak menghalalkan
berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya Allah menetapkan
hukum-hukum menurut yang dikehendakiNya" (Al-Maidah: 1)
Firman Allah S.W.T
"Diharamkan bagimu memakan
(bangkai), darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain
Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam
binatang buas, kecuali yang sempat yang kamu menyembelihnya, dan (diharamkan
bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib
dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada
hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab
itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini
telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu,
dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana
kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang." (Al-Maidah: 3)
Firman Allah S.W.T
"Mereka menanyakan
kepadamu: : "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan
bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya
untuk berburu; kamu mengajarnya
menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.
Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah
nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepasnya).
Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat cepat hisabNya." (al-Maidah, 5:4)


Sunat-sunat
pada hari Jumaat
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w telah bersabda: "Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang
terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada
hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan
Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia
wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu
meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia
tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang
pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada
hari Jumaat, ( tetapi ) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih
pada hari Jumaat."
Pada hari jumaat terdapat banyak
perkara sunat yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredhoaan dari
Allah s.w.t. Diantara perkara-perkara tersebut ialah :
·
Bangun awal di pagi hari dan niat untuk
mandi Jumaat
·
Membersihkan badah daripada bau yang
tidak menyenangkan
·
Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak,
memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.
·
Bersiwak
·
Memakai bau-bau yang wangi
·
Memakai pakaian serba putih
·
Menyegerakan pergi ke masjid
·
Duduk diam di dalam masjid dengan niat
iktikaf dan mendengar khutbah
·
Apabila masuk masjid hendaklah
sembahyang Tahiyatul masjid.
·
Mengambil iktibar daripada khutbah yang
dibacakan oleh khatib
·
Menunaikan solat-solat sunat Jumaat
pada sebelum dan sesudah solat Jumaat
·
Memperbanyakkan tasbih dan zikir
·
Memperbanyakkan sedekah
·
Memperbanyakkan doa dan membaca Al
Quran


Susahnya Mengamalkan
Hakikat
Untuk mengamalkan syariat adalah susah.
Buktinya lihat sahaja umat Islam hari ini, bukan sedikit yang tidak sembahyang,
tidak puasa, tidak membayar zakat, tidak tahu membaca Al Quran, tidak belajar
agama, tidak menutup aurat, melakukan pergaulan bebas, ambil riba, zina, minum
arak, menipu, rasuah, fitnah memfitnah dan macam-macam lagi yang semuanya
bersalahan dengan syariat. Umat Islam yang beriya-iya benar mengaku keIslamannya
hari ini sebenarnya adalah umat Islam yang lemah dan gagal menegakkan syiar di
dalam kehidupan rumahtangga dan masyarakat mereka. Bukan kerana tidak tahu atau
jahil tetapi kerana tidak mampu melawan nafsu yang sentiasa mengajak kepada
kejahatan. Begitulah susahnya untuk mengamalkan syariat. Dan itulah masalah yang
terbesar yang dihadapi oleh majoriti umat Islam. Namun begitu, melaksanakan
hakikat lebih susah dan payah. Kerana hakikat itu adalah merupakan ilmu rasa (zauk)
dan bukan ilmu kata. Bukan sebutan dan teori tetapi rasa hati. Bukan sahaja
orang yang lemah syariatnya tidak mempu melaksanakannya tetapi orang yang sudah
sempurna syariat lahirnya pun masih belum dapart merasai dan menghayatinya.
Buktinya, cuba kita lihat diri kita. Walaupun sudah bersembahyang, sudah tutup
aurat, sudah belajar ilmu agama, sudah berpuasa, sudah menunaikan haji atau
umrah, tetapi kita masih lalai dari mengingati Allah dan tidak cinta kepada-Nya.
Tidak ada rasa takut dan gentar serta rasa hina diri ketika berdepan dengan
Allah. Tidak sabar dengan ujian daripada Allah. Tidak rasa berdosa. Masih suka
mengumpat, berhasad dengki, cinta dunia, tidak ada belas kasihan, tidak
berlapang dada berdepan dengan karenah manusia, sombong dan angkuh, pemarah,
pendendam, jahat sangka tamak, degil, keluh kesah, tidak tenang dengan takdir
Allah, tidak bimbang tentang hari Hisab, tidak takut neraka, tidak rindu syurga
dan tidak merasa kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Malah kita rasakan
sifat-sifat itulah yang menjayakan kita. Dan dengan sebab itu pula kita
berhutang, gila pangkat, gila harta, gila kuasa, menganiaya, rasa derita dengan
kemiskinan, memandang manusia yang lain dengan rasa hina, merasa diri lebih
mulia, rasa terhina menerima kebenaran dari oarang lain dan masih berat mengakui
kesalahan walaupun kita sudah sedar kita bersalah. Rasa menderita apabila dikeji,
rasa tenang dan senang apabila dipuji, masih merasa bangga apabila mendapat
nikmat, masih merasa mahu hidup lama, rasa menderita bila miskin papa, rasa hina
dengan kekurangan, tidak pernah puas dengan apa yang ada, tidak rasa dunia ini
kecil dan hina, tidak rasa akhirat itulah alam yang nyata. Tidak menderita
apabila berbuat dosa tetapi merasa menderita bila hilang harta dan lain-lain
lagi. Orang yang kuat syariat lahirnya pun masih belum dapat melaksanakan amalan
hati atau hakikat ini secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Apalagi orang
yang syariatnya lahirnya diabaikan, sembahyang pun kadang-kadang, lagi susahlah
untuk mendapatkannya. Kalau diibareatkan syariat itu pokok, maka amalan hati
atau hakikat itulah buahnya. Orang yang sudah ada pokok pun masih belum tentu
mendapatkan buahnya, apalagi orang yang tidak menanam pokok. Begitulah
bandingannya orang yang tidak bersyariat, Susah sekalilah baginya untuk
merasakan hakikat. Kalau lahirnya pun susah untuk dia tundukkan kepada Allah,
tentu batinnya lagi susah untuk diserahkan pada Allah.
Kerana itu, hanya orang yang benar-benar mahu mendekatkan diri pada
Allahlah yang akan berjaya di dalam menumpukan perhatian dan minatnya di dalam
membersihkan diri agar benar-benar ternampak olehnya kebesaran dan kehebatan
Allah, rasa cinta dan rindu kepada Allah dan hari akhirat. Meraka ini akan
berusaha tanpa jemu untuk melakukan amalan-amalan hati ini sepanjang masa dengan
cara bermujahadah (memerang nafsu dan syaitan di dalam diri) dan bermusyahadah (hati
sentiasa melihat kebesaran dan kehebatan Allah). Mendapatkan amalan hati atau
hakikat ini memang susah tetapi tidak dapat tidak ianya perlu diusahakan.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Bahawasanya Allah tidak memandang akan
rupa dan harta kamu, tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu." (Riwayat
Muslim) Kalau hati kita jahat,
Allah tidak akan bantu kita. Kalau hati kita busuk lansung Allah tidak pandang
kita. Begitulah keutamaan mengerjakan amalan hati ini. Tiap umat Islam wajib
melaksanakannya. Kalau kita cuai dan lalai, maka setiap hari kita hidup di dalam
dosa iaitu dosa batin yang kita tidak sedari. Marilah kita berusaha membersihkan
dosa-dosa kita yang lahir dan lebih-lebih yang batin.
Firman Allah: "Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami, nescaya
akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah beserta dengan
orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabut : 69)


Syariat dan Hakikat

Syariat ialah apa sahaja amalan-amalan
lahir yang diperintahkan kepada umat Islam samada wajib, sunat, harus, makruh
dan haram. Syariat terbahagi kepada dua bahagian :
a) Hablumminallah b)
Hablumminannas Hablumminallah ialah amalan-amalan yang termasuk persoalan ibadah.
Contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji, baca Quran, doa, zikir, tahlil,
selawat dan sebagainya. Hablumminannas pula ialah amalan-amalan lahir kita yang
termasuk di dalam bidang muamalat (jual beli dan perniagaan), munakahat (nikah
kawin), Jinayat (hukuman dan undang-undang), tarbiah Islamiah, soal siasah dan
politik, fisabilillah, jihad dan persoalan alam sejagat. Hakikat pula ialah apa
jua amalan batin yang diperintahkan atau ditegah oleh Allah kepada setiap umat
Islam. Amalan yang diperintahkan dikenali sebagai sifat Mahmudah (sifat-sifat
yang terpuji) dan yang ditegah ialah sifat-sifat Mahmudah (sifat-sifat yang
terkeji). Hakikat juga terbahagi kepada dua bahagian: a) Akhlak dengan Allah
b) Akhlak dengan manusia Antara bentuk-bentuk akhlak dengan Allah ialah :
Mengenal Allah dengan yakin Merasa
kehebatan Allah Merasa gerun dengan
neraka Allah Merasa sentiasa
diawasi oleh Allah Merasa hina diri
dan malu dengan Allah. Meredhai
setiap takdir dan ketentuan Allah Sabar
di atas sebarang ujian Allah Mensyukuri
segala nikmat pemberian Allah. Menyintai
Allah Merasa takut pada Allah atau
kecuaian dan dosa-dosa kita. Tawakkal
kepada Allah Merasa harap pada
rahmat Allah Rindu pada Allah Sentiasa mengingati Allah
Rindu pada syurga Allah dan pertemuan denganNya
Bentuk-bentuk akhlak sesama manusia ialah:
Mengasihinya sebagaimana kita mengasihi diri kita.
Merasa gembira di atas kegembiraannya dan berdukacita di atas
kedukacitaannya Ø Menginginkan kebahagianan untuknya.
Benci kepada kejahatannya tetapi kasihan kepada dirinya hingga timbul
perasaan untuk menasihatinya. Pemurah
padanya Bertolak ansur Memaafkan kesalahan Berbaik
sangka sesama Islam Tawadhuk dengan
manusia Mengenang jasa orang kepada
kita Lapang dada berdepan dengan
ragam manusia Kedua-dua syariat dan hakikat adalah perkara yang sangat penting
untuk membentuk diri kita agar menjadi orang yang bertaqwa dan terlepas daripada
sifat nifaq. Kita wajib mengamalkan kedua-duanya serentak sebagaimana kata Imam
Malik: "Barangsiapa yang berfeqah (bersyariat) tetapi tidak bertasawwuf (berhakikat),
maka dia adalah fasik. Barangsiapa yang bertasawwuf (berhakikat) tetapi tidak
berfeqah (bersyariat) , maka dia alah zindik (kafir tanpa sedar)."
Allah menjelaskan hal ini di dalam firmannya di dalam surah Al Baqarah
ayat 46: "Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Dan
sesungguhnya yang demikian itu adalah sungguh berat kecuali bagi orang-orang
yang khusyuk iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhan
mereka dan bahawa kepadaNyalah mereka akan kembali."
Allah menyebutkan bahawa untuk menjadi orang yang sabar itu susah dan
menjadi orang yang tetap sembahyang juga susah. Makna kedua-dua amalan lahir dan
batin ini memang susah untuk diamalkan. Tetapi ianya mudah dan senang bila kita
memiliki sesuatu yang lebih penting dari keduanya iaitu rasa khusyuk dengan
Allah (rasa diawasi setiap masa), yakni yakin akan pertemuan dan pengembalian
diri kita ke hadrat Allah s.w.t di akhirat nanti. Dengan itu fahamlah kita
bahawa antara kedua-dua amalan ini iaitu amalan yang lahir dan amalan yang batin,
yang mesti diberatkan kepada diri kita adalah amalan yang batin. Kita usahakan
dahulu rasa khusyuk atau yakin dengan kewujudan Allah serta pertemuan denganNya
dan kembalinya kita kepadaNya kemudian barulah kita ada kekuatan untuk
mengamalkan syariat dan hakikat. Tanpa rasa khusyuk kita tidak akan dapat
mengalahkan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa mengajak kita menderhakai
Allah.


Syiah

Saya ingin mendapat sedikit penjelasan
berkenaan dengan apa yang sekarang ini kita kenali sebagai mazhab Syiah.
Kebanyakan orang mengatakan mazhab ini adalah sesat dan menyimpang dari ajaran
Islam yang sebenar. Persoalan saya ialah apakah perkara2 pokok pegangan mazhab
ini yang menyebabkan ianya sesat dan tidak boleh diikuti.
Sekian, wassalam.
Jawapan
Semoga Allah merahmati saudara yang
bertanya. Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Berikut ini adalah petikan dari buku
muzakkiratul Firaq, Hasan al-Saiyid al-Mutawalli – buku teks yang diguna pakai
di sanawi satu al-Azhar & yg diiktiraf olehnya:
Syiah merupakan satu kelompok Islam
yang paling awal muncul, dan ia berasal dari mereka yang berpendapat bahawa Ali
Bait (keluarga Rasul) lebih layak menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w. Dan, di antara keluarga Rasul yang paling layak pula menjabat jawatan itu
ialah Ali bin Abi Talib r.a.
Mazhab syiah ini mula menzahirkan
dirinya pada zaman Usman bin Affan r.a.. Kemudian ia berkembang dan tersebar
pada zaman Ali r.a. Kesempatan pada zaman Ali ini mereka gunakan untuk
menyebarkan fahaman mereka di kalangan umat Islam.
Namun semasa kerajaan Bani Umaiyah
memerintah, golongan Syiah telah diperlakukan dengan zalim. Dengan kejadian itu,
umat Islam melihat bahawa Ali r.a. dan anak-anaknya telah syahid dari kezaliman
tersebut. Dengan pandangan ini golongan Syiah telah dapat menarik ramai
penyokong dan mazhabnya semakin tersebar.
Asas-asas Mazhab Syiah
1. Imamah (pemerintahan) bukan
sebahagian dari maslahah ‘amah (kepentingan umum) yang perlu kepada
perundingan dari umat. Bahkan ia adalah rukun agama dan asas di dalam Islam.
Oleh itu tidak harus bagi nabi s.a.w. melupakannya. Malahan baginda wajib
melantik/menentukan imam untuk umat Islam. Imam itu adalah maksum, yang
terpelihara dari dosa besar dan kecil.
2. Rasulullah s.a.w. melantik Ali
sebagai khlifah (pengganti nabi) dengan nas yang dinukilkan oleh golongan Syiah,
kemudian ditakwilkannya dengan takwilan yang tidak dikenal oleh ulamak Islam dan
ahli hadis.
Dari sinilah munculnya idea wasiat.
Dan, Ali r.a. digelar sebagai Wasi – Iaitu imam yang dilantik dengan nas bukan
dengan perundingan umat Islam. Manakala Ali pula mewasiatkan hal khilafah (pemerintahan)
ini kepada waris selepasnya…. Begitulah seterusnya, setiap imam menerima
wasiat dari imam sebelumnya.
3. Ali r.a. adalah sebaik-baik makhluk
di dunia ini selepas Nabi Muhamad s.a.w. Oleh itu, barangsiapa yang memusuhinya
atau memeranginya, dia adalah musuh Allah, kecuali apabila taubatnya diterima
Allah sebelum mati
4. Golongan-golongan Syiah ini tidak
dalam satu keadaan sahaja, bahkan ada di antara mereka golongan yang ekstrem dan
ada yang sederhana.
Dari golongan sederhana, mereka hanya
menganggap Ali itu lebih afdhal menjadi khlifah (selepas nabi wafat) berbanding
sahabat yang lain. Mereka ini tidak mengkafirkan atau menfasiqkan sesiapaun.
Mereka mengiktiraf sebagai sah keimaman yang mafdhul (kurang afdhal) dalam
keadaan wujud yang lebih afdhal. Mereka juga menganggap bahawa tiada antara nabi
dan Ali kecuali martabat kenabian sahaja. Yang lain-lain, apa yang dikurniakan
kepada nabi, ia juga dikurniakan kepada Ali r.a.
Manakala Syiah dari golongan yang
ekstrem dan melampau tidak cukup dengan mengatakan Ali itu lebih afdhal sebagai
khalifah dan sebagai orang yang maksum, malahan mereka mengangkatnya sampai ke
taraf nabi. Ada sebahagian dari golongan yang mempertuhankan Ali r.a.
Sebahagiannya lagi menganggap hulul (meresap) tuhan pada diri Ali. Ada lagi yang
beranggapan bahawa roh Ali r.a. itu menempati padanya oleh uluhiyah yang
berpindah kepada diri imam-imam berikutnya.
Apa yang benar, dan apa yang kita lihat
ialah pada awal tersebarnya pemikiran Syiah, ia merupakan tempat berlindung
orang-orang yang mahu menghancurkan Islam keran kebencian aau sikap dengkinya.
Juga menjadi tabir kepada orang-orang yang ingin memasukkan ajaran-ajaran datuk
nenek mereka samada dari kalangan orang-orang Yahudi, Nasrani, Majusi dll. Syiah
juga telah menjadi sebagai lorong kepada orang-orang yang mahu memerdekakan
negeri mereka dan keluar dari pemerintahannya.
Semua orang-orang di atas telah
menjadikan slogan `cinta ali bait’ sebagai tabir pelindung dengan meletakkan
di belakangnya segala kehendak jahat mereka.
****** Intaha al-muzakkirah********
Berdasarkan kepada penjelasan di atas
dan dari beberapa sumber sejarah lain, dapat kita menarik kesimpulan bahawa
Syiah muncul pada asalnya sebagai satu aliran politik, bukan mazhab fikah atau
aqidah. Kemudian ia berkembang yang akhirnya menjadi sebagai satu mazhab fikah
dan aqidah.
Yang menjadi punca asas munculnya syiah
ialah masalah khilafah. Mereka mengatakan Alilah yang semestinya menjadi
khalifah bukan Abu Bakar, Umar, Usman ataupun sahabat-sahabat lainnya. Dari idea
khilafah inilah ia berkembang dan berkembang sehingga berpecah kepada entah
berapa jenis Syiah. Ada yang beraliran eksrim dan ada
yang sederhana.
Dari banyak-banyak aliran Syiah, yang
wujud hingga sekarang dari segi pengaruhnya ialah Syiah imamiah yang dianut oleh
rakyat Iran dan segelintir rakyat di beberapa negara Islam lain. Manakala Syiah
Zaidiyah, yang berkembang di Yaman satu ketika dahulu, saya tidak dapat
mengetahui perkembangannya sekarang ini.
Syiah Imamiah inilah yang telah
menyelinap masuk ke Malaysia dan Indonesia selepas revolusi Islam Iran.


|