
MENU |
|
Rahsia
Bulan Kelahiran
|
Rahsia di sebalik bulan lahir, ianya berdasarkan
kajian selama 25 tahun oleh Dato' Fadzilah Kamsah berkaitan sikap manusia.
Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui. Semoga anda semua
terhibur membaca rahsia bulan lahir anda dan insan di sekeliling anda. |
Rahsia
Tarikh Kelahiran |
Birthday
Color |
JANUARI
|
Bercita-cita tinggi
dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan
orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka
smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai
mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya
tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat
tetapi mudah diserang selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai
mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada
segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat tinggi.
FEBRUARI
|
Berfikiran abstrak, sukakan benda
yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan genius, personaliti yang
mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri,
jujur
dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka
dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak,
emosinya
mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang
remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka
memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada harapan untuk
merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda
yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran,
berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi
terlalu boros, perlu belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
|
Personaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi,
sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah
simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan
dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain,
sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan
sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang
sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka
berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat
tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga,
punya
bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik,
jangan terlalu moody.
APRIL
|
Sangat
aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat
menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi
perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan
masalah orang lain, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih,
penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi,
kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan,
kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri
sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada,
sangat
cemburu dan terlalu cemburu.
MEI
|
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi
tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati
orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi
mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah
dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri),
suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa
diberitahu, bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang
tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem
pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di
rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat
tinggi, agak boros.
JUN
|
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana
sikap baik, berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan
moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya aktif (sentiasa
berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka
menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah
dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau,
otaknya
cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat
tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka
berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan
perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama,
mudah
menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji adalah
musuh, sesiapa yang menegur adalah kawan
JULAI
|
Sangat seronok didampingi,
banyak
berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali
dirangsang, ada harga dan maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi
tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga
hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka
hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar
melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental,
sangat
peka, caring, pengasih serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang,
tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui
pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa
atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tetapi
tidak cari kawan, tidak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan
perut, mudah gemuk kalau tidak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi
lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.
OGOS
|
Suka berlawak, mudah tertawan
kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu
takut, orangnya agak tegas dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu
pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian,
semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah
apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti,
cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka
berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak
mudah merajuk, cepat ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut,
romantik,
pengasih, penyayang, suka mencari kawan.
SEPTEMBER
|
Sangat bersopan santun dan
bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain
dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan
mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang
dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak
berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari
maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri,
mudah
memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan,
hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama
disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik
OKTOBER
|
Suka sembang, suka orang yang
sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun,
kecantikan
luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik,
pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak
lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta,
suka
melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain,
emosi
yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut,
daya
firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera
dan seni, pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah
terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar,
orang
yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.
NOVEMBER
|
Banyak idea, sukar untuk
dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan
bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat
yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti,
personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia,
banyak berfikir,
kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran,
terlalu
degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya,
tidak
suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah
diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong
diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat
tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan
emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang,
suka
duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan
pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi,
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
|
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif
dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita
tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi,
suka
bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, sangat jujur,
amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang
berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan
suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik


|