:: DAKWAH ATAU TABLIGH ::

DIRI DAN HARTA ORANG MUKMIN ALLAH SWT  TELAH MEMBELINYA DENGAN SYURGA

 

Didalam surah Al-Taubah ayat 111 Allah swt berfirman:

'njlAMhl NAb Mhl WmAW MhsfnA NynmWmlA Nm YRtiA HllA NA

"Sesungguhnya Allah swt telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga"

                                                                At-Taubah : 111

Allah swt telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah swt ingin agar diri dan harta kita di gunakan untuk membuat kerja Nabi saw, ibadat, akhlak (membantu mereka yang miskin dan di dalam kesusahan) dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah di gunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Dimana di dunia umat islam di landa dengan mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah swt yang telah di tinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat islam di sana menjadi lebih baik, maka kemurkaan Allah swt akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuanNya. Insya'allah.

Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia maka kita hendaklah bersedia melapangkan masa pada setiap tahun selama 4 bulan, 40 hari atau 3 hari. Baki waktu dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima amalan:

Nilai berkorban di jalan Allah swt

Maksud hadith, dari Abu Harairah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Allah swt menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan untuk berjihad di jalanNya  dan untuk membenarkan kalimahNya, bahawa Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembali oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang di perolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan." Bukhari, muslim.

Maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al rh bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah swt, maka Allah swt mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka." Al-Bukhari, Tirmizi,An Nasai.