KAJIAN MENGENAI KHASIAT IKAN LINANG KUNING
Jenis Anguillia Maurities

Linang Kuning mengandungi Asid Lemak (Arachiodonic Acid) yang tinggi dan berupaya membantu manusia mengeluarkan Hormon Prostaglandin bagi bertindak di antaranya untuk; Menguatkan anggota sulit kaum lelaki, mengelakkan penyakit mati pucuk, menguatkan tenaga manusia, merangsang hubungan kelamin, menambahkan antibodi dan tenaga fizikal, membuang air, angin dan lemak berlebihan dalam badan, mengurangkan gula dalam darah, melancarkan perjalanan darah
serta menjaga kesihatan kulit.

Berikut adalah kajian Prof. Madya Lokman Shamsudin (UPM)
mengenai khasiat Ikan Linang Kuning.

Peratus komposisi asid lemak penting tidak tepu dari jumlah total asid lemak/lipid ikan.


( CLO - Minyak Hati Kod )       ( BLO - Minyak Hati Linang )

 

Jenis Asid Lemak Penting (Tak Tepu)

16:1 Asid Palmitolic
8:1 Asid Oleik
* 18:2w6 Asid Linoleik (LA)
18:3w3 Asid Linoleik
* 20:4w6 Asid Arakidonik (ARA)
** 20:5w3 Asid Eikoapentoik (EPA)
**22:6w3 Asid Dokosaheksanoik (DHA)

Indeks w3 (omega 3)
Indeks w6 (omega 6)
Lemak Tepu
CLO IKAN KOD

8
20.5
1
0.2
0.3
12
3

3
8
20
BLO LINANG


5
20.1
3
2
5
15
14

24
39
15
*   Contoh asid tak tepu jenis omega 6
** Contoh asid tak tepu jenis omega 3

1.  W6 memberi khasiat baik kepada kulit .
2. W6 memberi khasiat baik kepada sistem fisiologi tubuh badan kita, termasuklah sistem pendarahan, saluran darah serta lain-lain organ (hati, paru-paru, buah pinggang, sistem urat saraf dan lain-lain.
3. Secara perbandingan w6 asid lemak tak tepu pada linang lebih baik dari ikan kod dan begitu juga dari segi lemak tak tepu omega 3.
4. Empat jenis asid lemak tepu penting (LA, ARA, EPA dan DHA) didapati terdapat dengan banyak pada linang dibandingkan dengan ikan kod. Jenis EPA dan DHA adalah berkhasiat pada badan manusia manakala LA dan ARA adalah berkhasiat pada keseluruhan fisiologi tubuh manusia.
5. Kajian di USA menunjukkan bahawa ramai orang yang mengidap penyakit kulit (sopak) adalah disebabkan kekurangan zat LA dan ARA. Kesemua asid lemak penting tersebut adalah bahan pemula (precursor) bagi hormon-hormon tertentu dalam badan manusia.



PERAKUAN PENDAFTARAN

Siri Produk Kesihatan Ikan Linang telah didaftarkan dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 Peraturan 8(8) Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan nombor perakuan: MAL19950850T bertarikh 23 May 1996

Ianya mendapat pengiktirafan disamping kelulusan Kementerian Kesihatan, berikutan hasil kajian beberapa pakar termasuk pakar perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dijalankan sejak 1994. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kandungan asid lemak ikan linang kira-kira 10 -15% lebih tinggi berbanding ikan kod.

Asid lemak mempunyai fungsi yang besar dalam kesihatan seperti;
Menambah hormon bagi tujuan pembesaran, perawatan kulit, awet muda, meningkatkan rangsangan seks, memelihara sistem urat saraf, sistem pengaliran darah di organ vital dan sistem fisiologi tubuh.