SEJARAH PRODUK LINANG KUNING
Linang Best Industry Sdn Bhd

Herba berasaskan Linang Kuning sudah sekian lama berada di pasaran dan terbukti berkemampuan untuk membantu manusia yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan penyakit kulit. Pada suatu masa dahulu produk Linang Kuning Keluaran Bintang Family Industries adalah satu-satunya produk yang terbaik dan terunggul di Malaysia dan berjaya menembusi pasaran luar negara sehingga penjualannya  mencecah angka jutaan ringgit setiap bulan.

Malangnya Produk ini telah ditiru dan disabotajkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang memaksa pihak pengeluar terpaksa akur dengan musibah yang menimpa dengan menghentikan pengeluaran demi untuk keselamatan pengguna dan nama baik syarikat. Produk tiruan tersebut boleh memudaratkan kesihatan pengguna dan tidak berkualiti sama sekali.

Atas permintaan ramai pihak pengeluar kini mengeluarkan kembali Herba berasaskan Linang Kuning yang lebih berkualiti, berkesan dan selamat digunakan serta label produk yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Herba Linang Kuning baru ini diedarkan oleh Evolusi Embun Sdn Bhd. melalui mandat yang diberikan oleh pengeluar sebagai Pengedar Utama. Kami yakin dengan adanya produk baru ini akan mengegarkan kembali dunia herba tradisional Linang Kuning yang sekian lama tidak berada di pasaran.