![]() |
Pembinaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok, menyediakan peluang latihan ketrampilan dalam pelbagai bidang kemahiran khususnya sektor binaan di kalangan belia luar Bandar. Bersesuaian dengan matlamat penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir maka Kementerian Belia dan Sukan telah memilih IKBN Bachok sebagai Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Awam dan membolehkan IKBN Bachok mengadakan kursus sehingga ke peringkat diploma dalam bidang binaan. |
|
Menurut Pengarah, IKBN Bachok, Nik Ismail Che Muda, pemilihan institut ini sebagai Pusat Kecemerlangan dibuat berikutan terlalu ramai belia luar Bandar khususnya di Kelantan yang berkerja dalam sektor berkenaan di Singapura suatu ketika dahulu. Beliau berkata, pemilihan ini juga didorong oleh keujudkan bagitu ramai kontraktor kelas F di Kelantan di mana kebanyakan terlibat dalam sektor pembinaan. Walaubagaimana pun, bagi menyesuaikan dengan keperluan tenaga kerja semasa Institut juga menawarkan juga kursus-kursus di bawah Sekolah Kejuruteraan Awam, Sekolah Automotif dan Sekolah Hospitaliti dalam pelbagai bidang kemahiran. |
![]() |
|
![]() |
Menurut Nik Ismail, dengan keluasan 23.2 hektar dan kos pembinaan sebanyak RM60 juta turut dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih bagi kursus binaan dan pelbagai kursus lain juga dengan kos yang sama menjadikan IKBN Bachok sebagai institut belia terbesar dan tercanggih setakat ini. Institut yang memulakan operasi pada 1 Ogos 2002 mempunyai empat blok asrama iaitu masing-masing dua blok untuk pelajar lelaki dan dua blok wanita dengan kapasiti 1000 orang pelatih dan dengan 105 orang tenaga kerja. Pengambilan pertama pelajar telah dibuat pada Januari yang lalu melibatkan 200 orang dalam bidang binaan dan automotif dimana 33 orang daripadanya adalah wanita. Pengambilan pertama 120 orang pelajar Sekolah Kejuruteraan Awam melibatkan beberapa bidang iatu Lanskap Nursery, Binaan Bangunan Berasakan Kayu, Juru Peranca, Lukisan Seni Bina dan Penyeliaan Pembuat Perabot. |
|
Turut ditawarkan juga, kursus bagi operator kren menara selama enam bulan dan pelajar yang berjaya akan dianugerahkan sijil oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP). Nik Ismail berkata, objektif utama penubuhan IKBN Bachok anatara lain untuk memberi latihan kemahiran dan teknikal kepada belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan mereka mendapat pekerjan dalam sektor perindustrian, swasta dan kerajaan atau pun berkerja sendiri. Maka itulah sebabnya sasaran pengambilan adalah dikalangan lepasan SPM yang gagal mendapat tempat di mana-mana IPT dan terdiri dari keluarga susah atau miskin serta tidak mampu membiayai pengajian anak-anak. |
![]() |
|
Keadaaan ini menyaksikan pengambilan pelajar ke IKBN Bachok majoritinya adalah di kalangan anak Kelantan iaitu sebanyak 60 peratus dan selebihnya dari negeri-negeri lain. Lebih istimewa lagi, bagi menanam minat menuntut ilmu dan kemahiran yang tinggi dikalangan anak tempatan, keutamaan pengambilan sulung pelajar ini diberikan kepada anak-anak kelahiran Bachok dan Kelantan amnya. Beliau berkata, setiap kursus yang ditawarkan di Institut ini, adalah dijamin mendapat perkerjaan kerana bidang yang ditawarkan disyorkan oleh pihak industri dibawah kelolaan Badan Penasihat Kemahiran. “ Jika tidak mendapat pekerjaan sekali pun, pelajar yang tamat latihan akan mampu untuk berdikari kerana mereka juga didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan sijil kemahiran yang diperolehi mengiktiraf mereka sebagai tenaga kerja separuh mahir oleh Majlis Latihan Vokasional Kebagsaan (MLVK) atau Diploma Teknologi yang diiktiraf oleh Kerajaan. |
||
![]() |
Menyentuh tentang pengajaran di Institut berkenaan, Nik Ismail berkata, sepanjang mengikuti latihan pelajar akan melalui proses pembelajaran secara teori sebanyak 30 % dan 70% lagi melibatkan latihan praktikal atau amali termasuk latihan Loji dalam sektor berkaitan selama 3 bulan. Bagi melengkapkan pelajar sebagai seorang insan yang sempurna, pelajar juga dimestikan mengikuti kuliah Agama, Ketatanegaraan, Keusahawanan dan Latihan Kawad bagi membentuk Displin dan sahsiah pelajar. |