Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
 

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang sudi melayari laman web Institut Kemahiran Belia Negara Bachok, Kelantan. Penciptaan laman web ini adalah merupakan satu altenatif IKBN Bachok ke arah memberikan maklumat ringkas kepada orang ramai secara IT di alaf baru ini. Semoga ia dapat memberikan maklumat jelas mengenai bidang kursus yang ditawarkan dan kemudahan yang sedia ada.

IKBN Bachok ditubuhkan sebagai satu langkah merelasasikan wawasan negara dan telah dipilih sebagai pusat kecemerlangan kejuruteraan awam bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja separa mahir bagi menjayakan projek-projek pembangunan samaada di sektor awam atau swasta agar perkembangan industri di negara ini bertambah pesat. Semoga pemilihan ini dapat meningkatkan lagi kualiti pelatih dalam bidang pembinaan berasakan kejuruteraan awam. Ini merupakan satu langkah KBS bagi memastikan setiap graduan yang dilahirkan mempunyai daya saing , berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Dasar Pembangunan Negara.

Akhir kata, saya memerlukan pandangan, sokongan dan kerjasama dari orang ramai, pihak kerajaan dan Industri yang prihatin untuk menjayakan setiap program yang dirancang oleh kami. Kami juga memerlukan maklumbalas dari semua pihak mengenai keberkesanan program yang kami laksanakan dan kualiti lulusan yang dihasilkan dari masa ke semasa.

Sekian. Terima Kasih.

 

Hj. Nik Ismail Bin Che Muda
Pengarah

Muka Utama