OBJEKTIF BAHAGIAN KEMAHIRAN  

“UNTUK MEMASTIKAN KELANCARAN DAN KEBERKESANAN LATIHAN KEMAHIRAN SUPAYA SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DIANUGERAHKAN KEPADA MEREKA YANG LAYAK DENGAN SEMAKSIMUM MUNGKIN”

 

 
 

FUNGSI BAHAGIAN KEMAHIRAN

 

  1. Melaksana, menyelaras dan mengawasi aktiviti latihan kemahiran.  
  1. Menyedia, menyelaras, mengawas dan merancang keperluan peralatan dan kemudahan fizikal latihan kemahiran.  
  1. Mengkaji keberkesanan latihan kemahiran.  
  1. Menyelaras aktiviti ko-kurikulum.  
  1. Membantu dalam melahirkan belia yang berketerampilan dalam bidang kemahiran yang diceburi.  
  1. Menyumbang tenaga dalam merealisasikan IKBN Bachok sebagai Pusat Kecemerlangan dalam bidang Kejuruteraan Awam.
 
     
 

Pembelajaran/ Jurusan Mengikut Sekolah

Bahagian Kemahiran IKBN Bachok merupakan bahagian yang mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan program/ latihan kemahiran di institut ini yang dilaksanakan melalui tiga (3) sekolah.

 

i)        Sekolah Binaan

-         Pelukis Pelan Senibina

-         Jurubina Bangunan

-         Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu

-         Juruperancah (Prefabricated)/ Juruperancah (Tubular)

-         Penyelia Pembuatan Perabot

-         Lanskap Nurseri

-         Operator Kren Menara

 

ii)      Sekolah Automotif

-         Mekanik Kenderaan Motor

-         Pengetuk Panel Kenderaan Rendah/ Pengetuk Panel Kenderaan

-         Penyembur Cat Automotif/ Penyembur Cat Kanan Automotif

-         Mekanik Kenderaan Perdagangan

-         Mekanik Kelengkapan Tolak Tanah

 

iii)    Sekolah Hospitaliti

-         Pramusaji/ Kapten Makanan dan Minuman

-         Pembantu Penyedia Makanan/ Penyedia Makanan

-         Pembantu Penyedia Pastri/ Penyedia Pastri

 

Sepanjang tahun 2003, terdapat dua (2) sesi pengambilan iaitu sesi pengambilan 1/ 2003 (Januari) dan sesi pengambilan 2/ 2003 (Julai) yang mana di akhir latihan pelajar-pelajar yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (untuk bidang-bidang yang mempunyai Standard Kemahiran Kebangsaan) dan Sijil Institut (untuk bidang-bidang yang belum mempunyai Standard Kemahiran Kebangsaan seperti Lanskap Nurseri).

 

Bidang Kemahiran yang ditawarkan bagi sesi pengambilan 1/ 2003 adalah seperti berikut:

 

1)     Jurubina Bangunan

2)     Pelukis Pelan Senibina

3)     Lanskap Nurseri

4)     Mekanik Kenderaan Motor

5)     Pengetuk Panel Kenderaan Rendah

6)     Penyembur Cat Automotif

7)     Mekanik Kenderaan Perdagangan

8)     Mekanik Kelengkapan Tolak Tanah

 

Dalam sesi pengambilan 2/ 2003, sebanyak sebelas (11) bidang kemahiran telah ditawarkan seperti berikut:

 

1)     Jurubina Bangunan

2)     Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu

3)     Pelukis Pelan Senibina

4)     Lanskap Nurseri

5)     Juruperancah

6)     Mekanik Kenderaan Motor

7)     Mekanik Kenderaan Perdagangan

8)     Mekanik Kelengkapan Tolak Tanah

9)     Pramusaji

10) Pembantu Penyedia Makanan

11) Pembantu Penyedia Pastri

 

Sehingga hujung tahun 2003, pelajar-pelajar sesi pengambilan 1/ 2003 telah dapat mengikuti perancangan program pembelajaran dengan melengkapkan tahap 1 dalam tempoh yang ditetapkan dan bermula dengan pembelajaran tahap 2. Bagi jurusan Lanskap Nurseri yang bertempoh 12 bulan untuk 2 tahap, kesemua pelajar telah melengkapkan kursus dan menghadiri latihan dalam loji (OJT) dengan jayanya.

 

Bagi pelajar-pelajar sesi pengambilan 2/ 2003, kesemuanya masih dalam proses pembelajaran dan latihan kemahiran tahap 1, melainkan jurusan Lanskap Nurseri ke arah melengkapkan pembelajaran tahap 1 dan memasuki pembelajaran tahap 2.

 


Muka Utama