IMBASAN PENUBUHAN
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BACHOK ( IKBN BACHOK)

Penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara adalah peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-7. Pembinaan IKBN ini adalah bagi mencapai matlamat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menubuhkan sebuah IKBN disetiap negeri bagi melahirkan golongan belia yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.

Institut Kemahiran Belia Negara Bachok mula dibina pada 1 November 1999 dengan memulakan kerja-kerja pembinaan tapak. Pembinaan ini dijalankan di atas keluasan tanah 48 ekar di Kampung Tangok, Bachok. Binaan kompleks IKBN terdiri dari bangunan pentadbiran, dewan serbaguna, bangunan sekolah (Automotif, Hospitaliti dan Binaan) yang mempunyai bengkel-bengkel latihan kemahiran, kantin, asrama lelaki dan perempuan, surau, rumah kakitangan, padang permainan, gelanggang sukan dan padang kawad. Perbelanjaan untuk penubuhan IKBN ini menelan belanja sebanyak RM 60 juta. Kedudukan atau lokasi IKBN Bachok ini pada 35 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Pada 1 Ogos 2002, IKBN Bachok telah memulakan operasinya. Manakala pada Januari 2003 pengambilan pelajar pertama dilaksanakan. Kursus awal yang dijalankan di IKBN pada pengambilan pertama ialah kursus Penyelenggaraan Jentera Berat, Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, Penyelenggaraan Kenderaan Bermotor, Ketuk Mengetuk dan Semburan Cat, Lukisan Senibina, Lanskap Nurseri dan Binaan Bangunan. IKBN Bachok juga menjalankan konsep latihan bersepadu yang terdiri daripada komponen latihan kawad dan disiplin, latihan kemahiran teori dan praktikal, keagamaan dan kerohanian, kepimpinan dan ketatanegaraan, sukan , rekreasi dan kecergasan serta pendidikan dan keusahawanan.

Penubuhan IKBN Bachok ini di jadikan sebagai pusat “Kecemerlangan Kejuruteraan Awam


KRONOLOGI PENUBUHAN IKBN BACHOK

14 Disember 1990 Cadangan Penubuhan telah dikemukakan dalam Mesyuarat Khas Pengarah – Pengarah Negeri dengan nama Institut Kemahiran dan Keusahawanan Negeri Kelantan.

10 Februari 1991 Cadangan Tapak di Kampong Bukit Marak dikemukakan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.

16 Mac 1995 Mesyuarat Khas Penubuhan IKBN Negeri-Negeri di bawah Peruntukan Rancangan Malaysia Ke-7.

19 Mac 1995 Kertas Cadangan Penubuhan IKBN Kelantan di Dabong, Gua Musang dihantar ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.

29 Februari 1996 Cadangan Penubuhan IKBN di Dabong, Gua Musang ditolak oleh UPEN Kelantan

17 April 1996 Cadangan Tapak baru di Tangok, Bachok dikemukakan kepada Y.B Menteri Belia dan Sukan.

20 April 1996 Y.B Menteri Belia dan Sukan bersetuju dengan cadangan tapak dan mengarahkan supaya permohonan dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk mendapatkan tapak.

24 April 1996 Permohonan rasmi dibuat untuk mendapatkan tanah bekas tapak Cadangan Akademi Islam Universiti Malaya di Tangok, Bachok dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

11 Mac 1997 Permohonan menukar kegunaan sebahagian tanah Milik Persekutuan Lot PT 383 H5 (d) B/6/85 seluas 48 Ekar ditolak oleh Kementerian Pendidikan.

17 Disember 1999 Jemaah Menteri telah meluluskan permohonan tapak untuk IKBN Bachok di Lot PT 383.

9 Oktober 1999 Surat Niat untuk membina IKBN Bachok dengan kos pembinaan sebanyak RM52.3 juta telah dikeluarkan oleh JKR.

1 November 1999 Kerja-Kerja Tapak untuk pembinaan IKBN bermula

1 Ogos 2002 IKBN Bachok Mula beroperasi

Januari 2003 Pengambilan Pertama Pelajar

 

Muka Utama