Kursus : Juru Kecantikan dan Juruestetik
Kod Kursus : 0040
Tenaga Pengajar
Ketua
Jurusan : Pn. Hjh Rubiah bt Hj Kassim
Pengajar : Cik Shireenazura
bt Abdullah
1. Pengenalan
Kursus Juru Kecantikan/Juruestetik merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Perkhidmatan Personal. Modul kursus berasaskan “National Occupational Skill Standard”(NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan sistem ketrampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan.
2. Objektif
2.1
Memberi latihan dalam melahirkan
para beliawanis yang berkemahiran, berpengetahuan dalam jurusan;
2.2
Memberi bimbingan dan latihan
untuk mencapai kelayakan (tahap) yang maksimum; dan
2.3
Menanam semangat berdikari agar menjadi usahawan yang berjaya dan bersaing
maju.
>
3. Ringkasan Kursus
3.1 Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara penggunaan perkakas dan alatan solekan.
3.2 Pendedahan kepada analisis, penjagaan dan perawatan muka, teknik mekap, pengurusan salon dan khidmat pelanggan.
>
Latihan dijalankan berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK.
>
4.1
Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas
4.2
Penjagaan kesihatan diri dan salon
4.3
Penjagaan kebersihan bakteriologi dan pensterilan
4.4
Analisis, penjagaan dan perawatan
kulit muka
4.5
Perawatan kaedah manual
4.6
Perawatan menggunakan mesin
4.7
Perawatan kuku
4.8
Teknik mekap - asas dan
professional
4.9
Perawatan bulu mata
4.10
Pengendalian pelanggan dan khidmat
kaunter
4.11
Pengurusan salon
4.12
Etika dan penampilan diri
4.13
Perhubungan awam
5.1 Teori
Berpandukan kertas-kertas penerangan
dalam ‘learning guide’ mengikut
tajuk-tajuk sukatan Tahap 1 dan Tahap
2 diedarkan kepada pelatih sebagai panduan dalam pembelajaran
di bengkel. Merujuk kepada buku-buku rujukan, rajah-rajah, chart dan risalah penerangan serta tayangan video.
5.2 Amali
>
Sistem
kerja asas menggunakan simulasi (head block)
pada peringkat awalan sehingga kecekapan dapat diperolehi. “Live
Model’ di kalangan rakan sekerja dipraktikkan
setelah kemahiran dan kecekapan diuji. Ujian prestasi kemahiran dinilai melalui proses kerja mengikut
langkah-langkah dalam senarai semak. Ketrampilan diperolehi sehingga semua proses kerja
dalam senarai semak dilakukan dengan betul.
>
5.3 Latihan Niaga
>
Pelajar-pelajar diberi peluang trampil kebolehan dan kecekapan dengan
menerima ‘clients’ di kalangan kakitangan dan pelajar-pelajar wanita di Institut,
juga pelawat-pelawat dari luar untuk
mendapatkan perkhidmatan perawatan dan penjagaan
kulit muka khususnya.
>
Penceramah dari perunding kecantikan agensi swasta diundang dalam penerangan mengenai produk dan kosmetik, menunjuk cara penggunaan bahan yang betul, demontrasi teknik mekap terkini dan sebagainya.
Pelajar
akan mendapat latihan selama 8 bulan di Institut
ini dan mereka
dihantar mengikut latihan logi selama
2 bulan. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di seluruh negara
terutamanya sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Pahang, Johor dan
Ipoh.
7. Persijilan dan Tempoh Kursus
Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu:
Bil Tahap Peringkat Tempoh
7.1 Tahap 1 Peringkat Asas 6 bulan
(Juru Kecantikan)
7.2 Tahap 2 Peringkat Pertengahan 6 bulan
(Juruestetik)
8.1
Bekerja sebagai Juru Kecantikan
di agensi-agensi awam/swasta dan make-up artist.
8.2
Usahawanita dalam bidang kecantikan