Unit Kawad dan Disiplin
Pegawai : En.
Norazley bin Mohamad
1. Pengenalan
Unit ini berfungsi di Bahagian Pembangunan Insan sejajar dengan peranan serta fungsi untuk memberi penekanan berkaitan mutu disiplin pelajar. Dalam merangka dan melaksanakan modul pembelajaran unit ini, beberapa faktor telah diambilkira agar semua kurikulum yang disediakan dapat mencapai matlamat Bahagian, IKBN dan Kementerian Belia dan Sukan keseluruhannya.
Latihan Kawad adalah bertujuan
untuk mendisiplin dan melahirkan keyakinan diri kepada pelajar serta mewujudkan
sikap kerjasama dikalangan pelajar dan patuh terhadap segala arahan yang
diberikan disamping memberikan ketahanan mental dan fizikal.
3.1
Mewujudkan
disiplin diri dikalangan pelajar;
3.2
Meningkatkan
semangat kerjasama berpasukan diantara pelajar;
3.3
Meningkatkan
kepekaan terhadap hukuman dan arahan;
3.4
Melahirkan
sikap patuh dan hurmat kepada orang yang lebih kanan;
3.5
Untuk
meningkatkan daya kecergasan dan kekemasan pergerakan didalam kumpulan; dan
3.6
Menanamkan
amalan bersih dan kemas didalam hidup seharian
Pendekatan yang dipraktikkan adalah meliputi latihan
kawad kaki. Pelajar-pelajar adalah
dimestikan berbaris sebilang masa dalam pergerakan berkumpulan semasa menghadiri
perhimpunan pagi, menghadiri kelas pada waktu belajar dan pulang ke asrama
setelah tamat waktu kelas.
Latihan kawad disesuaikan mengikut kesesuaian dengan
pelajaran seperti kelas kemahiran, keusahawanan, ketatanegaraan dan agama. Kebiasaan latihan kawad
dijalankan pada sesi pagi.
5.1
Bab 1 : Asas
Kawad
5.2
Bab II : Berjalan
5.3
Bab III : Hormat
5.4
Bab IV : Berjalan dalam barisan dan menukar arah
5.5
Bab V : Perlahan-lahan
6. Program
dan Aktiviti
6.1 Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan
6.2 Perbarisan Keputeraan Sultan Selangor
6.3 Pertandingan Kawad Kaki