Sepertimana kebanyakan
institusi-institusi pengajian
lain, IKBN Peretak mempunyai
sejarah awal yang mewarnai akan
peranan dan tanggungjawab dalam mendidik dan mengasuh
anak bangsa
Bermula dari Balai Muda Mudi
Kebangsaan di Morib, Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1954 yang berorentasikan kebudayaan, kesenian dan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai kurikulum utamanya. Ia
dinaungi oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat pada ketika itu
dan kemudian berpindah dari Morib ke Peretak,
Kuala Kubu Bharu pada tahun 1964. Dari saat
dan ketika itu bermulalah era latihan secara formal. IKBN Peretak mengukir nama
yang dahulunya dikenali sebagai kawasan hitam yang letak lokasinya di kaki Bukit. Institut ini telah berpindah
ke lokasi yang baru di Mukim
Buluh Telor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu pada
1hb. Julai 2002 berikutan
kawasan Institut terlibat dengan Projek Pembangunan Empangan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), tetapi masih mengekalkan
kesinambungan nama
Peretak, kerana ia begitu sinonim
dengan IKBN ini. Institut telah diresmikan
oleh Perdana Menteri
Pada 29 Mei 1967 Pusat ini telah diletakkan
di bawah naungan Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan bersesuaian
dengan peranannya ketika itu. Pusat ini telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan latihan kepimpinan bagi pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara
di samping mewujudkan beberapa jenis latihan kemahiran
yang bersesuaian untuk melahirkan generasi belia yang lebih dinamik dan berdayasaing
dalam membentuk sebuah negara yang lebih progresif dan harmoni untuk
cabaran alaf mendatang.
IKBN
Peretak terletak kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Kubu Bharu melalui Jalan
Hamzah ke Pekan Rasa dan 65 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ia
didirikan di atas kawasan seluas
75 ekar dan berhampiran dengan beberapa institutsi pengajian seperti Darul Quran, Maktab
Rendah Sains Mara dan Kem Bina
Semangat.
Pemimpin-pemimpin yang menerajui Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan silih berganti. Setelah wujudnya Pusat
ini, maka beberapa kegiatan serta aktiviti telah dipindahkan. Latihan berbentuk kebudayaan
dipindahkan ke Komplek Budaya Negara dan sukan pula dipindahkan ke Pusat Sukan Kampong Pandan. Di bawah pimpinan YB Dato Haji Annuar
b. Musa, Pusat ini ditukar nama
ke Institut Kemahiran Belia Negara Peretak pada tahun 1991 dan pada 1 Februari
1994 semua urusan berkaitan dengan latihan kepimpinan dipindahkan ke Institut Kepimpinan Belia Negara Pasir Panjang, Port Dickson yang dahulunya dikenali sebagai Kem Belia Waja, Port Dickson. Dengan itu tumpuan Institut
ini adalah terhadap bidang latihan kemahiran sepenuh masa.
Fokus utama
Institut ini adalah untuk melahirkan
sumber tenaga belia yang memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran dan kesempurnaan dalam sahsiah. Institut ini ditadbir oleh
seorang Pengarah, dibantu oleh ketua
Bahagian Pembangunan Insan, Ketua Bahagian
Kemahiran dan Ketua Bahagian Pengurusan. Jumlah keseluruhan pegawai
dan kakitangan Institut ini ialah
67 orang. Kapasiti semasa
pelajar adalah seramai 400 orang.
1954 - Balai Latihan Pemuda Pemudi Kebangsaan Morib
1967 - Pusat Latihan Belia Negara Peretak
1991 - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
1954 - Di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat
1967 - Diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
1987 - Kementerian Belia dan
Sukan
Nama-nama Pengarah
Institut
Bil. Nama Tahun
1. En. Mustafa b. Omar 1964 - 1965 Bersara
2. En. Abdullah b. Malim Baginda 1965 - 1966 Bertukar
3. En. Mohamad b. Mohd
Nor 1966 - 1967 Bersara
4. En. Mohd Ali b. Abu Bakar 1967 - 1969 Bertukar
5. En. Abd. Ghadas b.
Md. Ariff 1969 - 1971 Meninggal dunia
6. En. Zainal Abidin
b. Hj. Mahmud 1971 - 1972 Bersara
7. En. Mohd Ali b. Abu Bakar 1972 - 1974 Bertukar
8. En. Mohamad Omar b. Ali 1974 - 1977 Bertukar
9. En. Abd. Manaf b. Ibrahim 1977 - 1980 Bertukar
10. En. Shaari b. Lebai
Awang 1980 - 1983 Bertukar
11. En. Abd. Halim b.
Abu Bakar 1983 - 1985 Bertukar
12. Tn. Hj. Kamaruddin b. Hj. Ibrahim 1985 - 1988 Bersara
13. En. Mohd Zahari b. Hj. Mokhtar, AMN, PJK 1988
- 1990 Bertukar
14. En. Mohd
Shah Hime b. Dato Nazir, PJK 1990 - 1992 Bertukar
15. En. Abd.
Aziz b. Osman 1992 - 1994 Bersara
16. Pn. Khairani bt Ismail
Suki 1994 - 1997 Bertukar
17. Pn. Azizah bt Ab.
Lah 1997 -
2001 Bertukar
18. En. Ab.
Rashid b. Hj Deraman 2001 hingga sekarang