|
SEJARAH |
Sejarah Institut Landskap Arkitek Malaysia bermula dengan penubuhan satu pertubuhan profesional arkitek landskap di negara ini pada 24 September 1981. Nama asalnya dikenali sebagai Angkatan Landskap Arkitek Malaysia atau ALAM. Ia telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengikut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 3057 (Selangor).
Di awal penubuhannya, Angkatan Arkitek Malaysia (ALAM) diterajui oleh En. Darwin Chaniago sebagai Presiden pertamanya dan diangotai oleh seramai 9 orang ahli perintis yang terdiri dari gabungan para profesional, semi-profesional serta pelajar dan individu yang berminat. Ianya bertambah menjadi seramai 13 orang pada tahun 1982 dan terus meningkat ke angka 26 orang pada akhir tahun 1985.
Bermula dari detik ini dan dengan perlantikan Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohamed Ishak bin Haji Mohamed Ariff, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semananjung Malaysia sebagai Presiden ALAM baru, usaha kearah menambahkan lagi bilangan ahli ALAM terlah dipergiatkan. Bilangan keahlian yang berdaftar secara rasmi dengan ALAM pada akhir Julai 1986 meningkat menjadikan jumlahnya seramai 34 orang.
Semenjak daripada itu, lulusan bidang Senibina Landskap makin bertambah. Memandangkan keahlian ALAM pada ketika itu tidak mengambarkan satu pertubuhan profesional dan nama ALAM juga mempunyai persamaan dengan beberapa pertubuhan lain maka satu perubahan nama dan peraturan dibuat pada tahun 1987. Pada 14 Disember 1987 nama ALAM telah ditukar secara rasminya kepada ILAM atau Institut Landskap Arkitek Malaysia. Penukaran nama ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Selangor) dibawah Peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 (Pertubuhan 67). Pada tahun 1992, nama Institut Landskap Arkitek Malaysia atau ILAM telah dibuat pindaan kecil kepada Institut Landskap Arkitek Malaysia atau I.L.A. Malaysia dan telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 19 Mei 1992 {Rujukan P.P.M. 263/8(93)}.
Penukaran nama pada tahun 1987 disusuli pula dengan pindaan Undang-Undang Angkatan Landskap Arkitek Malaysia yang mana pada 18 Disember 1987 diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (Selangor) dibawah Akta Pertubuhan 1066. Kelulusan Undang-Undang baru dibawah Seksyen 11 telah meluluskan Undang-Undang baru Institut Landskap Arkitek Malaysia. Pindaan Undang-Undang ini perlu dibuat sebagai langkah mempertingkatkan kredibiti Institut. Melalui pindaan-pindaan yang melibatkan syarat-syarat baru keahlian yang lebih ketat, tahap profesionalisme ILA Malaysia dapat dipertingkatkan. Pindaan-pindaan juga telah diperbuatkan keatas Undang-Undang tersebut didalam Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk memantapkan operasi Institut disamping memperkenalkan lebih banyak kategori keahlian. Pindaan undang-undang tersebut telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 19 Mei 1992. Pada Mesyuarat Agung Sesi 1998/99, sekali lagi pindaan kecil pada nama Institut Landskap Arkitek Malaysia kepada Institut Arkitek Landskap Malaysia atau ILAM. Pindaan ini dibuat berdasarkan tata bahasa Melayu.
Usaha ke arah menambah bilangan keahlian terus dipertingkatkan dengan lahirnya I.L.A. Malaysia. Dari bilangan seramai 34 orang pada akhir 1986, bilangan meningkat lagi kepada 43 orang pada Mesyuarat Agung ILA Malaysia pada Sesi 1988/89. Begitulah seterusnya dari tahun ke tahun dengan dorongan kuat Y, Bhg. Dato’ Presiden yang terus mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden ILA Malaysia bagi penggal ketujuh berturut-turut sejak tahun 1985, bilangan ahli kini melebihi 100 orang kesemuanya. Pada tahun 1999, bilangan ahli Institut yang berdaftar tercatat seramai 136 orang. Sesuatu yang membanggakan ialah kini kesemua ahli-ahli ILA Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang bertaraf profesional.
Sejarah perkembangan ILA Malaysia juga menampilkan pencapaian-pencapaian yang begitu menggalakkan sejak dari akhir 1984 lagi ILA Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan diterima sebagai ahli IFLA atau International Federation of Landscape Architects yang beribu pejabat di Versaille, Peranchis. Didalam negara pula, ILA Malaysia telahpun diterima menjadi Ahli Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) pada 22 April 1982 dan sebagai badan terulung Arkitek Landskap di Malaysia, juga telah mendapat perhatian berbagai pihak dan dijemput sama menganggotai beberapa jawatankuasa pertandingan landskap di seluruh negara. Kerjasama dari badan-badan profesional lain juga berjalan dengan baik dimana ILA Malaysia telah bergabung tenaga dengan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) menganjurkan seminar dan persidangan yang bertaraf nasional dan antarabangsa. Ini termasuklah menjadi penganjur bersama seminar Hari Perancangan Bandar Sedunia yang diadakan pada bulan November setiap tahun mulai dari tahun 1986. ILA Malaysia juga berjaya menganjurkan beberapa seminar penting seperti "An Urban Landscape Architecture" pada 1989, serta menyertai dalam seminar antarabangsa dan pameran-pameran yang berkaitan. Pada 1997, ILA Malaysia sekali lagi berjaya menganjurkan seminar bertaraf nasional "Towards the Garden Nation 2005’ bertempat di Hotel Radisson, Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara dan Universiti Putra Malaysia.
Penglibatan ILA Malaysia walaubagaimanapun tidak tertumpu kepada Institut sahaja malahan melalui pimpinan dan galakkan Y. Bhg. Dato’ Presidennya menjadi semakin berpengaruh dan jawatan Arkitek Landskap diiktirafkan oleh pihak kerajaan sebagai profesion Skim Perkidmatan Arkitek Landskap telah juga diwujudkan di Jabatan-Jabatan Kerajaan terutamanya di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, di Pihak Berkuasa Tempatan dan Institut Pengajian Tinggi. Malahan Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad atas nasihat dan cadangan Y. Bhg. Dato’ Presiden telah mengarah ditubuhkan satu bahagian Khas diberi nama Bahagian Penyelidikan dan Pengawasan Taman-Taman Awam, di Ibu Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1990. Dengan usaha giat ahli-ahli dalam memperjuang dan memertabatkan profesion Arkitek Landskap dan industri landskap, maka pada tahun 1996, tertubuhlah Jabatan Landskap Negara dibawah Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Y. Bhg. Dato’ Haji Ismail bin Ngah sebagai Ketua Pengarahnya.
Pengiktirafan tersebut akan membuka lebih banyak lagi peluang kerjaya yang luas kepada Arkitek Landskap dan ianya jelas menunjukkan ILAM mempunyai komitmen aspirasi dan visi yang jauh untuk menjaga kepentingan ahli-ahli, profesion arkitek landskap dan masyarakat umum dalam mewujudkan alam persekitaran sejagat yang selamat, mesra pengguna (user friendly) lagi indah untuk negara Malaysia tercinta.
OBJEKTIF
Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) mempunyai objektif berikut:
Mengembangkan Pembangunan Senibina Landskap di Malaysia didalam segala aspek perancangan, rekaan, perlaksanaan dan pengurusannya.
Mengumpulkan tenaga profesional Arkitek-Arkitek Landskap tempatan untuk kepentingan pembangunan masyarakatnya.
Menjaga kepentingan Ahli-Ahli serta melindungi hak-hak kewajipan Ahli-Ahli.
Mengembangkan pengajian Senibina Landskap dan membantu Institusi-Institusi pendidikan tinggi dan agensi-agensi Kerajaan Malaysia dalam keperluan perkhidmatan dan tenaga Arkitek Landskap yang bertauliah.
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil-hasil kerja Senibina Landskap yang bermutu tinggi untuk kepentigan masyarakat umum terutamanya dalam usaha-usaha membangunkan Taman-Taman Bandar (Town Parks), Taman Kanak-Kanak (Playground), Kawasan Lapang, projek-projek alam sekitar (environmental design), kawasan-kawasan awam (Public spaces) umumnya.
Menimbulkan dan memberi kefahaman masyarakat umum tentang aspek-aspek "Fungsi" dan aspek-aspek "Aesthetics" Senibina Landskap (Functional and aesthetic aspects of Landscape Architecture) dan perlunya rancangan-rancangan meninggikan mutu kehidupan manusia terutamanya di bandar-bandar besar yang sesak dan sibuk dengan kegiatan harian bagi membolehkan masyarakat menikmati serta mengecapi keselesaan, keselamatan dan keindahan alam sekitar yang bermutu tinggi.
Menjaga, mengaju, mengenengah da