KEAHLIAN
(Undang-Undang Institut Arkitek Landskap Malaysia atau
Institute of Landscape Architects Malaysia atau ILAM)
KATEGORI AHLI
Ahli Korporat
Ahli Graduan
Ahli Bersekutu
Ahli Siswa
Ahli Luar Negara
Ahli Kehormat
Ahli Kanan
CARA MENJADI AHLI
BAYARAN MASUK, YURAN TAHUNAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN
KEBERHENTIAN DAN KELUCUTAN
ILAM mempunyai Tujuh kategori keahlian seperti ditetapkan:
- Ahli Korporat
- Ahli Graduan
- Ahli Bersekutu
- Ahli Siswa
- Ahli Luar Negara
- Ahli Kehormat
- Ahli Kanan
(Fasal III – Undang-Undang ILAM)
Ahli Korporat adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai
syarat-syarat berikut:-
- Rakyat Malaysia yang mempunyai pendidikan dan kelulusan iktisas dalam
bidang Senibina Landskap yang diiktirafkan oleh Institut;
- Mempunyai pengalaman profesional sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam
bidang Senibina Landskap yang perlu dinyatakan dengan curiculum vitae dan
potfolio; dan
- Telah menjadi Ahli Graduan sekurang-kurangnya dua tahun.
Ahli Korporat sahaja yang berhak menggunakan singkatan I.L.A.
Malaysia selepas namanya. Ahli Korporat juga mempunyai kuasa untuk mengundi dan
memegang jawatan dalam Institut.
Ahli Graduan adalah terbuka kepada mereka yang memenuhi
syarat-syarat berikut:-
- Rakyat Malaysia dan pemastautin tetap yang mempunyai pendidikan dan
kelulusan iktisas dalam bidang Senibina Landskap yang diiktiraf oleh Institut,
tetapi belum memenuhi syarat-syarat untuk menjadi Ahli Korporat; atau
- Rakyat Malaysia yang tidak/belum layak menjadi Ahli Korporat.
Ahli Graduan tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atau memegang
jawatan dalam Institut. Ahli Graduan akan digelar Ahli Korporat setelah memenuhi
syarat III(1)(b) dan diluluskan oleh Majlis.
Ahli Bersekutu adalah terbuka kepada mereka yang memenuhi
syarat-syarat berikut:
- Seseorang yang tidak layak menjadi Ahli Korporat;
- Seseorang yang mempunyai kelulusan atau ijazah dalam bidang berkaitan
dengan profesion Landscape Architecture, seperti Senibina, Perancangan,
Kulturakebunan, Sains Persekitaran dan kejuruteraan atau lain-lain yang
diiktiraf oleh Majlis.
Ahli Bersekutu tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atau
memegang jawatan dalam Institut.
Ahli Siswa adalah terbuka kepada pelajar dan mahasiswa yang
sedang menuntut di dalam pengajian yang tersebut di dalam Fasal III (3)(b)
dengan syarat seseorang pelajar atau mahasiswa itu dibenarkan menjadi ahli
Institut oleh institut pengajian berkenaan.
Ahli Siswa adalah tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atau
memegang jawatan dalam Institut.
Ahli Luar Negara adalah terbuka kepada seorang arkitek landskap
bertauliah yang juga warganegara asing yang diyakini oleh Majlis boleh
menyumbang untuk perkembangan dan kemajuan profesion ini.
Ahli Luar Negara tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atau
memegang jawatan dalam Institut. Satu Sijil Ahli Luar Negara akan disediakan
untuk penama dan ditandatangani oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari.
Ahli Kehormat adalah terbuka kepada mereka yang memenuhi
syarat-syarat berikut:
- Seseorang yang berumur tidak kurang dari 40 tahun;
- Seseorang ternama yang diyakini oleh Majlis boleh menyumbang untuk
perkembangan dan kemajuan serta mencapai hasrat dan cita-cita Institut.
Ahli Kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atau memgang
jawatan di dalam Institut. Satu Sijil Ahli Kehormat akan disediakan oleh penama
dan ditandatangani oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari.
Ahli Kanan adalah terbuka kepada Ahli Korporat yang memenuhi
syarat-syarat berikut:
- Rakyat Malaysia yang pada pendapat Majlis sangat berkeliber dan telah
membuat sumbangan besar dalam bidang ini;
- Seseorang yang telah menjadi Ahli Korporat Institut tidak kurang dari
sepuluh (10) tahun;
- Ahli Korporat yang pada pendapat Majlis telah memberi sunbangan yang
cemerlang pada Institut.
Ahli Kanan sahaja yang berhak menggunakan singkatan Ahli Kanan
Arkitek Malasyia (FILA Malaysia) selepas namanya. Ahli Kanan tidak mempunyai
kuasa untuk mengundi dan memegang jawatan dalam Institut.
{Fasal III (8)(a-c) Undang-Undang ILAM}
- Tiap-tiap permohonan menjadi Ahli di bawah Fasal III (1), (2), (3) dan (4)
hendaklah dicadangkan dan disokong oleh 2 orang Ahli Korporat dan dihantar
kepada Setiausaha yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat
mungkin kepada Majlis untuk dipertimbangkan. Majlis boleh mengikut
budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebabnya.
- Tiap-tiap pemohon yang pemohonannya telah diluluskan seperti yang disebut
diatas hendaklah, setelah membayar Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan pertama
seperti yang tertentu, diterima menjadi Ahli Institut dan hendaklah ia
diberitahu dengan bertulis oleh Setiausaha.
- Sijil Keahlian Tahunan yang tertentu akan dikeluarkan selepas semua
bayaran diterima. Sijil ini akan ditandatangani oleh Presiden, Setiausaha dan
Bendahari.
- Ahli Majlis boleh mencadangkan seseorang yang difikirkan berkelayakan
seperti di bawah Fasal III (5) serta dengan asas pencalonan yang lengkap yang
dikemukakan kepada Majlis untuk pertimbangan Majlis boleh mengikut
budibicaranya menolak atau menerima cadangan tanpa memberi sebabnya.
{Fasal IV (1-6) Undang-Undang ILAM}
- Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan yang hendaklah dibayar adalah seperti
berikut:
KEAHLIAN |
BAYARAN MASUK |
BAYARAN TAHUNAN |
Ahli Korporat |
RM 250.00 |
RM 150.00 |
Ahli Graduan |
RM 100.00 |
RM 60.00 |
Ahli Bersekutu |
RM 100.00 |
RM 60.00 |
Ahli Kehormat |
Tiada |
Tiada |
Ahli Kanan |
RM 250.00 |
RM 200.00 |
Ahli Luar Negara |
RM 300.00 |
RM 250.00 |
Ahli Siswa |
RM 10.00 |
RM 30.00 |
Yuran-Yuran Tahunan hendaklah dibayar sepenuhnya kepada Bendahari terlebih
dahulu di dalam empat belas (14) hari dari 1 haribulan Januari.
Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu tahun akan
menerima surat ingatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan
hilanglah hak-hak keistimewaan sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga
(3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Ahli Institut dan Majlis
boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat
mereka berpuashati yang Ahli telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya
terlebih dahulu.
Majlis mempunyai kuasa menetapkan Bayaran Masuk semula bagi sesiapa yang
telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
Yuran-Yuran khas atau kutipan wang daripada Ahli0-ahli untuk perkara yang
tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung Ahli-ahli.
{Fasal V (1) dan (2) Undang-Undang ILAM}
- Seseorang Ahli boleh diberhentikan oleh sebab-sebab:-
- Pilihan sendiri – Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli
Institut hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) bulan terlebih dahulu
kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.
- Meninggal dunia.
- Bertindak secara menyeleweng dari, atau mengabaikan, atau pun melepaskan
tanggungjawabnya sebagai Arkitek Landskap.
- Berbuat kesalahan mahupun merendahkan murtabat Arkitek Landskap atau
membuat perkara-perkara yang merugikan Institut atau menjejaskan nama baik
Institut yang dipeakukan dan disahkan oleh Majlis. seperti di bawah Fasal
VII.
- Sebelum Pemecatan Ahli seseorang ahli oleh Majlis, ahli itu hendaklah
diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan secara bertulis dan juga hendaklah
diberi peluang untuk menerangkan dan mempertahankan diri sendiri. Pemecatan
itu hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin oleh Majlis dan keputusan
itu adalah muktamad.