|  |  |  | |
|  |  | ||
|  |  Ini 
      adalah laman web peribadi yang entah keberapa. Penglibatan saya dalam bidang 
      komputer saya rasakan masih baru saja walaupun sudah lama mengenali komputer. 
      Mula aktif dengan komputer/internet semasa memasuki matrikulasi di setapak(sri 
      rampai-tahun 1998). Kenangan semasa mula-mula bermain irc memang indah. 
      Pada masa itu cuma ada satu sahaja kafe siber yang mana mengecaj rm5 sejam(kalau 
      tak silap). Berkongsi dengan kawan baik bermain irc dan membuat email pertama 
      inertz@hotmail.com. Kami dicaj sebanyak rm16 selepas bermain selama lebih 
      3jam. |  | |
|  Saya 
      bukannya jahil sangat dengan komputer sebabnya semasa di sekolah menengah 
      lagi saya memang amat berminat dengan teknologi komputer. Orang kata apa 
      yang kita minat akan menjadi lebih mudah kepada kita. Saya dapati saya merupakan 
      seorang yang quick learner. Saya lebih mudah belajar dari pengalaman daripada 
      belajar melalui guru/pensyarah. Saya juga mendapati belajar sendiri lebih 
      mudah bagi saya. | |||
| Laman ini telah disiapkan selama sehari inertz© | |||
|  Seingat 
      saya laman web pertama yang saya bina adalah dihoskan oleh goplay.com. Sekarang 
      server goplay sudah tiada. Selepas itu saya berpindah kepada server geocities 
      kerana saya memerlukan server yang lebih baik. | |||
|  Nasihat 
      saya kepada sesiapa sahaja yang hendak memahirkan diri dengan komputer perlu 
      menghabiskan lebih banyak masa dihadapan komputer. | |||