Intro |
http://opensource.weblogsinc.com/rss.xml EDITORIAL Ini merupakan cubaan pertama saya untuk menerbitkan satu jurnal yang kelihatannya lebih mirip kepada koleksi artikel. Kenapa saya anggap ia sebagai jurnal? Sebab koleksi artikel ini adalah daripada pengalaman saya sendiri dan sebahagiannya juga ada saya rujuk daripada buku dan majalah. Kandungan jurnal ini adalah amat sesuai pagi sesiapa saja yang baru dengan LINUX. Ini adalah kerana bahasa yang digunakan adalah mudah dan tidak terlalu teknikal. Objektif utama penerbitan jurnal ini adalah untuk mempromosikan LINUX sebagai sistem pengoperasian yang utama. Mungkin ini adalah jurnal yang pertama diterbitkan semacam ini. Jurnal ini tidak mungkin dapat diperolehi dari mana ??mana kedai buku tetapi faedahnya terhadap meraka yang amat memerlukan begitu besar. Saya amat mengalu-alukan komen dan cadangan daripada sesiapa sahaja untuk kemajuan jurnal ini. Saya juga berharap jurnal ini akan dapat bertahan. Akhir kata diharap anda mendapat manfaat dari jurnal ini.
Salam mesra;
Inertz
|