Intro
Kandungan
Feedback

 

Masalah kernel terlalu besar

Masalah:
Setelah anda konfigurasi kernel anda dengan arahan make zimage; kemudian setelah selesai anda mendapat ralat seperti ini:-

Boot sector 512 bytes
Setup is 1252 bytes
System is 531kB
System is too big
Mesej juga keluar apabila anda cuba untuk menginstall lilo melalui /sbin/lilo

Kernel too big
Sebab:
Terlalu banyak driver telah dikompil secara terus kepada kernel (‘y’ selain ‘m’)

Penyelesaian:
Terdapat 2 kaedah yang biasa digunakan. Kaedah pertama adalah yang terbaik walaubagaimanapun kaedah kedua juga biasa digunakan.

Sila fikirkan dengan tepat sebelum memilih pilihan yang tepat apa yang diperlukan oleh anda sebenarnya. “Banyak adalah terbaik” bukanlah pilihan yang tepat bagi kernel. Kernel yang kecil dan sesuai dengan sistem adalah lebih baik sekiranya anda mengkompil kernel baru.
Banyak driver yang boleh dikompil sebagai module. Ini lebih digalakkan kerana module hanya akan dimasukkan secara automatik sekiranya diperlukan sahaja. Oleh itu ia hanya menggunakan memori sekiranya module dimasukkan sahaja..
Perkara di bawah ini tidak sepatutnya dipilih sebagai module:

Sokongan untuk format ELF binary
Sokongan untuk failsistem EXT2
Sokongan untuk SCSI dan EIDE.
Untuk kernel yang lebih besar dan driver yang banyak gunakan arahan make bzImage.Untuk lebih maklumat sila baca Lilo User Guide pada direktori /usr/doc/packages/lilo-$VERSION/.