Masalah
mouse USB dengan LINUX
Simptom:
Mouse USB gagal berfungsi dengan LINUX.
Sebab:
Sokongan untuk USB gagal semasa proses boot
Kaedah:
Untuk menggunakan mouse USB dengan LINUX beberapa perkara perlu diperhatikan
dan diteliti,
terutamanya adakah modul yang diperlukan telah dimasukkan. Untuk memeriksanya
buka terminal
dan taip su untuk login sebagai root.
Kemudian taip lsmod untuk menyenaraikan modul yang telah dimasukkan.
Untuk mouse USB anda
memerlukan modul usbcore, input, hid dan mousedev, uji dengan cara manual
dengan
menaip arahan
>modprobe usbcore
>modprobe input
>modprobe hid
>modprobe mousedev
Untuk melihat
samaada konfigurasi berjaya atau tidak sila taip
>tail -f /var/log/messages
Sekarang
pasang mouse USB anda dan lihat kernel mengesan mouse:
Mar 24 23:58:55 inertz kernel: hub.c: USB new device connect on bus1/2,
assigned device number 3
Mar 24 23:58:55 inertz kernel: input0: USB HID v1.00 Mouse [4D Mouse
USB Mouse] on usb1:3.0
Menggunakan
roda mouse (mouse wheel) untuk XFree86 versi 3.3.6
Buka fail
/etc/XF86Config dengan editor kegemaran anda
pico /etc/XF86Config
Anda cuma
mahukan mouse USB anda sahaja. Oleh itu sila edit bahagian "Pointer":
Section
"Pointer"
Device "/dev/input/mice"
Protocol "IMPS/2"
EndSection
(ini adalah dengan sokongan wheel mouse, jika tidak protokol ps/2 hendaklah
digunakan).Kalau anda memerlukan mouse PS/2 dan USB berfungsi diwaktu
yang sama perhatikan pula bahagian "Xinput" pada fail yang
sama,dan edit seperti dibawah ini:
Section
"XInput"
SubSection "Mouse"
DeviceName "USB Mice"
Protocol "IMPS/2"
ZAxisMapping "4 5"
Port "/dev/input/mice"
AlwaysCore
EndSubSection
EndSection
Menggunakan mouse wheel untuk XFree86 versi 4.o.x
Edit fail /etc/X11/XF86Config bahagian "InputDevice"
Section
"InputDevice"
Drinver "mouse"
Identifier "Mouse[1]"
Option "Device" "/dev/input/mice"
Option "Protokol" "imps/2"
Option "ZAxisMapping" "4 5"
EndSection
Starategi tambahan:
Setelah
selesai mulakan xserver sekali lagi. Anda perlu login semula. Selepas
login
anda perlu menaip
imwheel
pada terminal untuk mengaktifkan sokongan mouse wheel. Anda boleh edit
fail /etc/imwheelrc
mengikut kesesuaian anda. Untuk mengaktifkannya secara automatik semasa
boot sila edit fail
.xinitrc pada home directory anda dan tambah bahagian ini:
#
#sokongan wheelmouse
#
imwheel -k
kemudian
restart semula xserver anda