Intro
Kandungan
Feedback

 

LINUX : Panduan untuk pengguna baru (bahagian 1)

i. Apakah LINUX

Sejarah LINUX
Pada tahun 1991 Linus Torvalds seorang pelajar University Of Helsinki di Findland membeli sebuah pc IBM386. Oleh kerana beliau tidak berpuas hati dengan sistem pengoperasian yang dibekalkan dengan komputernya dia merasakan adalah perlu baginya untuk memasang UNIX pada komputernya. Malangnya ketika itu kos untuk memiliki UNIX adalah tinggi . Beliau mula merancang dan mengumpulkan satu kumpulan pengaturcara untuk membangunkan satu sistem yang sama seperti UNIX . Mereka telah mencipta satu Cengkerang sistem pengoperasian ataupun Kernel dinamakan LINUX sempena nama Linus.

Pembangunan Kernel Linux yang bermula pada tahun 1991 merupakan bahagian yang paling asas dalam pembangunan OS tersebut . Pada awal musim bunga 1994 versi pertama LINUX telah diperkenalkan (versi 1.0 ) dan boleh didapati untuk kegunaan awam . LINUX menjadi Sistem Pengoperasian yang paling ekonomi dan antara yang terbaik serta mampu beroperasi pada prestasi yang efisyen walaupun mempunyai memori yang rendah serendah 2MB . Sistem percuma ini menawarkan pelbagai kemudahan yang biasanya berharga beribu –ribu ringgit.

Antara ciri – ciri yang terdapat pada LINUX :-

  • Multitasking – ( multitugas – melaksanakan lebih dari satu kerja dalam satu masa )
  • Kemampuan untuk ramai pengguna menggunakan sistem pada masa yang sama
  • Menggunakan ‘Demand Virtual Memory’ di mana membenarkan program yang memerlukan RAM lebih besar dari RAM sebenar komputer tersebut

Terdapat lebih kurang 125 ribu pengguna aktif LINUX pada tahun 1994 ( oleh kerana tiada lesen diperlukan untuk pasang LINUX jumlah sebenar pengguna LINUX tidak dapat diketahui ) Pada tahun 1997 iaitu selepas 3 tahun jumlah pengguna LINUX telah menjangkau 3 juta orang dan semakin meningkat. Menjelang musim panas 1999 pengguna LINUX telah menjangkau lebih 10 juta orang berbanding pengguna Windows seramai 200 juta orang.

Walaupun LINUX boleh didapati secara percuma tetapi pakej LINUX telah menguasai pasaran Sistem Pengoperasian sebanyak 15% pada setengah tahun pertama 1999. Laman web untuk memindah terima LINUX secara percuma terdapat di LINUX online http://www.linux.org. Bagi mendapatkan pakej tertentu LINUX dan aplikasi serta sokongan teknikal bolehlah melawat http://www.caldera.com, http://www.macmillansoftware.com, http://www.suse.com, http://www.redhat.com, http://www.slackware.com, http://www.mandrake.com.

LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang stabil, percuma dan sentiasa berubah mengikut kehendak pengguna sama ada untuk menjadi Sistem Pengoperasian yang ringkas atau canggih . Kebanyakan pembangun LINUX datang dari seluruh dunia untuk membangunkan Sistem Pengoperasian ini secara sukarela dan mengubahsuainya secara percuma serta menyedakan sokongan pelbagai sokongan teknikal dalam pelbagai laman web.

LINUX boleh diubahsuai untuk menjadi seperti WINDOWS dengan menggunakan antaramuka grafik seperti X Windows http://www.x.org , GNOME http://www.gnome.org , KDE http://www.kde.org dan Enlightenment http://www.enlightenment.org .

Antara ciri menarik yang terdapat pada LINUX adalah keupayaan membawakan UNIX sebagai pesaing WINDOWS . LINUX didapati lebih stabil dan cekap bernbanding windows yang selalu bermasalah terutamanya bagi aplikasi pelayan (server) . Kini telah ramai pengguna WINDOWS telah beralih kepada LINUX sebagai salah satu alternatif yang murah . Di samping itu juga banyak program LINUX telah di bangunkan untuk menampung pengguna LINUX yang semakin meningkat.

Kegunaan LINUX

a) Stesyen Kerja

LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang mempunyai banyak kegunaan dan fleksibel . LINUX digunakan oleh pelajar sains komputer , ahli perniagaan, individu, dan kerajaan untuk menjimatkan kos, meningkatkan prestasi serta menyelesaikan masalah yang rumit.

Kita boleh menggunakan LINUX dengan pelbagai cara sama ada sebagai stesyen kerja, sistem pelayan (server) , gateway internet-menggunakan rangkaian untuk menyambungkan ke internet, firewall-untuk keselamatan organisasi ataupun sebagai superkomputer.

b) Pengaturcaraan

Oleh kerana LINUX sangat berkuasa LINUX boleh menjalankan banyak program dalam satu masa, boleh mengendalikan ramai pengguna dalam satu masa dan menggunakan kualiti grafik yang sangat tinggi. LINUX dapat mengendalikan jumlah data dan program yang besar tanpa masalah . Sebagai contoh apabila LINUX dipasang ada pemproses Digital Alpha 64bit LINUX ia dapat mengendalikan data sebanyak 1 terabait (1000 juta bait ) . LINUX menggunakan sistem tetingkap yang canggih dipanggil X Window System (juga dikenali sebagai X-Window, X11 atau X) serta mampu berkongsi fail dengan kebanyakan sistem UNIX, WINDOWS,OS/2, dan sistem pengoperasian yang lain.

Biasanya pakej standard LINUX akan di datangkan dengan beberapa program berikut

  1. Compiler- C,C++,PERL,C SHELL,TCSH,ASH,ZSH,PDKSK,TCL/TK,PYTHON,JAVA
  2. Editor pengkalan data
  3. Program percuma – email,editor emej(gimp), gambarajah litar, format teks dsb
  4. Editor html
  5. Program persembahan(presentation)
  6. Lembaran kerja
  7. TCP/IP
  8. Pelayar web
  9. Pemproses perkataan

c) Berkongsi fail dan pencetak

Oleh kerana kemampuan untuk menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa, mempunyai memori maya serta mempunayi sistem fail yang berkuasa LINUX baik untuk dijadikan pelayan bagi perkongsian fail dan pencetak serta mudah berintegrasi dengan WINDOWS. Perisian yang dipanggil SAMBA membenarkan sistem WINDOWS berkomunikasi dengan LINUX untuk berkongsi fail ataupun pencetak. Appletalk pula membenarkan komputer MAC menggunakan LINUX sebagai pelayan fail dan pencetak. LINUX juga boleh berkongsi fail dengan sistem UNIX kerana mempunyai banyak persamaan.

Dengan menggunakan LINUX sebagai pelayan kita boleh menjimatkan kos Sistem Pengoperasian dan program yang digunakan dalah sistem ini adalah percuma dan mudah didapati.

d) Menggunakan Internet/Intranet

Kemampuan LINUX tidak terhad tetapi mampu untuk menyokong aplikasi rangkaian dan Internet. Server Web Apache misalnya merupakan sistem pelayan yang berasaskan LINUX yang paling berkuasa dan popular didunia kerana menawarkan ciri – ciri keselamatan yang terbaik malahan pula ianya adalah percuma. Kebanyakan aplikasi Internet dan Intranet yang disokong oleh Sistem Pengoperasian ini adalah :-

  • firewall – untuk tujuan keselamatan bagi mengelakkan orang yang tidak diingini memasuki sistem
  • ftp – protokol pemindahan fail yang membenarkan pertukaran fail dan perisian
  • elnet – membenarkan penggunaa login kedalam sistem secara remote
  • webserver – Apache dijadikan pelayan web
  • Samba dan NFS – berkongsi fail dalam rangkaian komputer

Kebanyakan ISP yang menggunakan LINUX dalam kebanyakan aplikasi mereka bukan hanya kerana ianya percuma tetapi kerana kod sumber pengaturcaraan dapat diperolehi sepenuhnya. Apabila timbul masalah ISP dapat membetulkan masalah dengan sendiri daripada menunggu vendor perisian komersil membetulkan masalah untuk mereka.

Bagaimana keadaan kritikal boleh berlaku?.....Pada tahun 1997 satu masalah yang berkaitan dengan TCP/IP ( disebabkan salahguna program yang dipanggil ping ) berjangkit pada hampir semua komputer yang menggunakan sistem UNIX di seluruh dunia. Masalah ini boleh menyebabkan orang yang tidak diingini memanipulasi atau menutup mana – mana komputer yang dipasang dengan sistem UNIX diseluruh dunia. Dunia perlukan pembetulan dan secara cepatnya pembetulan untuk LINUX telah dapat diperolehi di Internet dalam masa 4 jam selepas masalah tersebut dikenalpasti dan pengguna dengan mudah dapat memperbaiki sistem mereka. Vendor UNIX terpaksa mengambil masa seminggu untuk memperbaiki masalah yang sama pada sistem pelanggan mereka.

a) Firewall

LINUX memberikan perlindunngan daripada Hackers (penggodam) dengan firewall. Firewall adalah satu sistem dimana mengawal aliran pengguna didalam rangkaian daripada rangkaian luar (Internet ) dan juga mengawal rangkaian ke rangkaian luar. LINUX adalah fleksibel kerana terdapat banyak pakej yang dapat dipilih oleh kita.

· Pakej LINUX ( LINUX Distrobution )

Pakej LINUX yang pertama sekali adalah Yggdrasil pada tahun 1993. Selepas pemasangan yang mudah Yggdrasil memulakan sistem X Window dengan pembukaan video MPEG dan suara ‘hello’ daripada sistem. Hari nini Yggdrasil http://www.yggdrasil.com menghasilkan pelbagai produk LINUX dan memberikan pelbagai khidmat sokongan dan teknikal kepada pengguna.

Pakej Slackware juga merupakan pakej yang terawal dihasilkan oleh Patrick Volkerding boleh didapati daripada Internet ataupun CDROM. Pakej Debian http://www.debian.org dikumpulkan oleh sukarelawan dari seluruh dunia dan boleh didapati dengan mudah melalui Internet.

Pakej yang paling popular dan juga merupakan pakej yang terawal adalah REDHAT http://www.redhat.com . Pakej ini merupakan pakej yang mempunyai pengguna paling ramai kerana amat fleksibel dan baik.

Pakej SUSE http://www.suse.com adalah pakej yang berasal dari Jerman. Pakej ini juga merupakan pakej yang terbaik dari segi kestabilannya disamping menggunakan bahasa Inggeris dan Jerman. Manakala pakej Caldera http://www.caldera.com memasukkan perisian komersil dalam pakej mereka dan mensasarkan golongan pengguna mereka adalah dari sektor korporat dan persekitaran Intranet. Caldera menambahkan perisian berlesen seperti perisian grafik, menyediakan sokongan perkongsian fail dan printer dengan NOVELL serta Netscape Navigator untuk perisian pelayar Internet. Caldera turut menjual WABI iaitu perisian yang membenarkan kebanyakan aplikasi WINDOWS 3.1 (16-bit) beroperasi pada sistem LINUX.

Pakej lain adalah Corel http://www.corel.com merupakan pakej yang berasaskan pakej Debian dan dipanggil Corel LINUX. Ianya amat mudah dipasang dan tidak mendatangkan banyak masalah. Pakej ini turut hadir dengan perisian pemproses perkataan yang popular iaitu Word Perfect Office.Hari ini pakej LINUX telah bercambah tidak terkira banyaknya.

Terdapat juga sokongan teknikal daripada organisasi –organisasi tertentu seperti infomagic http://www.infomagic.com yang memberikan sokongan teknikal dan dokumentasi tentang produk LINUX. Organisasi ini juga turut memberikan perkhidmatan dalam bentuk pelayan kumpulan kerja. Organisasi ini juga menawarkan perkhidmatan sebagai pelayan web,pelayan ftp dan sebagainya.

ii. Memasang LINUX
Perkara yang perlu diketahui sebelum memasang LINUX
LINUX boleh dipasang pada kebanyakan komputer dengan pemproses AMD, INTEL sama ada 386 hinggalah kepada Pentium 4, pelbagai platform Digital Alpha, Sun SPARC, Motorolla, MIPS, Power PC, dan platform HP.

LINUX menyokong Symmetric Multiprocessing (SMP) bermaksud LINUX menyokong lebih daripada 1 CPU pada satu komputer. Sekiranya sistem mempunyai lebih daripada 1 CPU, LINUX mampu mengawal CPU tersebut sama ada membenarkan sistem menggunakan CPU tertentu untuk mengawal aplikasi tertentu. LINUX mampu mengagih – agihkan tugas kepada CPU – CPU tersebut dan menjadikan sistem lebih cekap dan berkesan kerana sistem mampu melakukan lebih daripada satu tugas dalam satu masa. Ini amat berbeza dengan sistem WINDOWS yang biasanya mengalami masalah apabila mengendalikan banyak tugas.

Spesifikasi yang diperlukan untuk memasang LINUX adalah:-

  • tanpa grafik LINUX boleh dipasang dengan hanya 4MB ram. Amat sesuai untuk terminal ataupun aplikasi yang tidak berorientasikan grafik
  • dengan grafik LINUX memerlukan sekurang – kurangnya 8MB ram, dengan 16MB aplikasi grafik akan menjadi lebih cepat
  • dengan 32MB ram LINUX mampu melakukan proses grafik dengan lebih pantas dan kebanyakan aplikasi berorientasikan grafik akan meningkat dengan lebih mendadak
  • sesetengah pembangun perisian mempunyai ram 128MB atau lebih pada sistem mereka kerana mereka memerlukan jumlah memori yang tinggi untuk menjalankan pelbagai aplikasi dalam satu masa

LINUX mengambil ruang sebanyak 40MB untuk dipasang pada cakera keras dan sekiranya untuk memasang bahagian grafik ruang sekurang – kurangnya 150 MB diperlukan. Ianya juga bergantung kepada pakej LINUX yang dipasang pada sistem. Paling ideal jumlah yang diperlukan untuk memasang LINUX adalah 4GB. Sebaik – baiknya sediakan ruang yang mencukupi untuk LINUX dan jumlah ram yang sesuai bagi memudahkan pemasangan. Perlu diingat pemasangan pada standalone workstation berbeza daripada pemasangan server kerana bagi memasang server ruang yang lebih banyak diperlukan.

LINUX juga boleh dipasang pada notebook dengan menggunakan pemacu CDROM yang terdapat padanya ataupun SCSI CDROM yang bersambung dengan PCMCIA.

Perkara lain yang perlu diketahui adalah perkakasan yang disokong oleh Sistem Pengoperasian ini dan perkakasan yang diperlukan untuk memasang LINUX dengan lengkap. Pada masa ini semua itu tidaklah menjadi masalah keranya sudah terdapat banyak driver dan sokongan yang boleh diperolehi dengan mudah melalui Internet. LINUX menyokong banyak kad grafik. LINUX menyokong format grafik seperti VGA,SVGA,XGA dan lebih tinggi. LINUX juga menyokong banyak kad bunyi sama ada yang baru atau yang lama.

Membuat partisi dalam LINUX

a) membina ruang untuk LINUX

Sebelum LINUX boleh dipasang pada komputer perkara yang perlu dipertimbangkan adalah ruang untuk memasang LINUX. Sesetengah orang akan membuang terus WINDOWS daripada komputer mereka sekiranya ruang tidak mencukupi. Sesetengahnya pula lebih selesa dengan tidak membuat perubahan drastik seperti itu tetapi hanya bercadang supaya LINUX dapat dipasang bersama - sama dengan Sistem Pengoperasian lain. Cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini adalah membeli cakera keras yang lain memandangkan harganya yang tidaklah semahal mana. Sekiranya Sistem Pengoperasian lama masih diperlukan ataupun tidak mampu untuk membeli cakera keras yang baru apa yang perlu dilakukan adalah defrag(penyusunan- satu proses dimana data akan disusun bermula pada blok yang pertama) menjadikan ruang untuk Sistem Pengoperasian lama kecil sedikit dan membenarkan LINUX dipasang pada ruang yang tinggal.

b) partisi cakera keras

Membuat partisi pada caqkera keras adalah langkah yang penting dan perlu diketahui walaupun sesetengah pakej LINUX misalnya REDHAT membenarkan kita memasangnya pada partisi WINDOWS. Perlu diketahui juga setiap bahagian partisi mewakili bahagian LINUX yang berbeza. LINUX biasanya menggunakan utiliti Disk Druid untuk membuat partisi. Disk Druid juga adalah utiliti yang biasa didapati pada kebanyakan pakej LINUX. Bila sesuatu partisi diformatkan kita akan memadam semua data yang terdapat pada partisi tersebut. Semua partisi baru adalah kosong dan perlu diformat. Sekiranya terdapat data yang amat diperlukan langkah yang boleh dilakukan adalah dengan cara backup data tersebut sebelum diformat.

CADANGAN 1GB PARTISI

Mount Point Minima(MB) Maksima(MB)
/ 30 80
/usr 400 500
/usr/local 100 200
/var 100 100
/home 100 100
/swap 2.5x dari ram 2.5x dari ram

CADANGAN 4GB PARTISI

Mount Point Minima(MB) Maksima(MB)
/ 30 80
/usr 400 1000
/usr/local 200 300
/var 100 200
/home 100 1000
/swap 2.5x dari ram 2.5x dari ram

Partisi juga boleh terdiri daripada mount point / dan swap sahaja

c) sistem LINUX

Fail sistem LINUX adalah seperti pokok terbalik. Akar pokok diwakili sebagai tanda / (slash) dan dinamakan root (akar). Dahan, ranting dan daun terletak dibawah akar. Dahan adalah titik mount (mount point), ranting adalah direktori manakala daun adalah fail.

Biasanya LINUX memerlukan sekurang –kurangnya partisi root dan swap (selalunya bagi sistem yang mempunyai ram yang kurang daipada 16 MB). Secara teorinya swap partisi tidak perlu bagi sistem yang mempunyai ram yang cukup kelebihannya hanyalah boleh menjalankan lebih banyak program berbanding dengan memori sebenar.

d) memilih partisi cakera

LINUX boleh dipasang dengan pelbagai cara. Salah satu caranya ialah dengan memasang semuanya termasuk fail – fail di dalam satu partisi yang besar. Cara ini ada kekurangannya kerana sekiranya kita hendak memasang semula LINUX atau menaiktaraf sistem kita terpaksa backup semua data yang perlu.

Cara yang terbaik adalah menyediakan partisi bagi setiap fail sistem seperti:

  • partisi root yang ditandakn sebagai / ( iaitu direktori akar) dimana kernel utama sistem LINUX terletak dan hanya perlukan 30 – 50 MB sahaja
  • partisi swap dimana membolehkan LINUX memanfaatkan memori maya yang terdapat pada sistem. Misalnya sekiranya jumlah memori dalam sesuatu komputer adalah 16 MB maka memori maya juga 16 MB bagi membolehkan jumlah memori yang terdapat pada sesebuah komputer menjadi 32 MB.
  • Partisi /home – kebanyakan direktori pengguna ditempatkan disini dan ianya depengaruhi oleh berapa ramai pengguna yang hendak menggunakan sistem.
  • Partisi /usr/local – diperlukan untuk menyimpan program yang lain daripada pakej LINUX seperti Star Office. Dengan cara ini kita boleh mengelakkan kehilangan data kerana partisi ini tidak perlu diformatkan jika hendak memasang semula atau menaiktaraf sistem LINUX.
  • Partisi /usr – kebanyakan program yang terdapat pada pakej akan dipasang pada partisi ini

Partisi berikut merupakan pilihan

  • partisi /opt – partisi ini diperlukan sekiranya untuk memasan perisian lain. Sesetengah perisian akan terus dipasang pada partisi ini.
  • Partisi /tmp - partisi yang diperlukan bagi fail sementara untuk sistem yang besar bagi menyokong pengguna yang ramai ataupun untuk kegunaan pelayan rangkaian
  • Partisi /usr/src – menyimpan kod sumber LINUX

· Pemasangan

Pemasangan LINUX tidaklah sesukar mana berbanding dengan WINDOWS. Peringkat pemasangan adalah bermula apabila kernel mula mengesan tetikus, menetepkan zon masa, menetapkan kata laluan utama, menambah pengguna dan sebagainya.

Seterusnya LINUX akan mula memasang program yang terdapat dalam pakej LINUX. Setiap program yang dipasang akan disertakan dengan komen untuk memberitahu pengguna mengenali program yang sedang dipasang.

· Pemasangan server X Window

X Window merupakan perisian yang perlu sekiranya kita hendak menjadikan komputer kita kelihatan seperti WINDOWS. Dengan X Window kita boleh berinteraksi dengan LINUX secara lebih mudah. Menyelaraskan pelayan X bermaksud kita menentukan kad grafik serta monitor yang digunakan termasuk jumlah memori grafik yang digunakan, kelajuannya,dan pilihan yang terdapat pada kad grafik. Langkah yang perlu diikuti adalah memilih jenis monitor, menentukan jumlah memori grafik,menentukan jenis pemproses grafik,dan kemudian memilih mod video yang dikehendaki.

· Menetapkan servis untuk LINUX

Langkah ini diperlukan bagi sesetengah pakej iaitu menetapkan servis yang perlu dijalankan ketika proses boot

· Memasang pencetak

Cara untuk memasang pencetak bukanlah sukar dengan hanya menentukan sama ada printer yang akan digunakan adalah local printer ( printer yang dipasang pada sistem) ataupun remote printer ( printer yang dipasang pada rangkaian)

iii. Asas mengenai LINUX
Login sistem

Pengguna yang ingin menggunakan sistem LINUX perlu mempunyai nama login. Kenapa? Kerana LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang menyokong ramai pengguna login kedalam sistem dalam masa yang sama. Oleh itu setiap pengguna akan mempunyai nama login serta akaun tersendiri. Ini bagi mengelakkan pengguna melihat fail rahsia yang dipunyai oleh pengguna lain atau memadah fail yang penting daripada sistem komputer.

Pengguna yang login sebagai ROOT adalah pengguna yang berkuasa kerana mampu melakukan apa sahaja terhadap sistem. Pengguna ini mampu menambah cakera kedalam sistem dan mempunyai kuasa untuk mengubah seluruh fail sistem. Pengguna ini juga boleh merosakkan sistem sekiranya melakukan kesilapan.

· Membuat akaun baru LINUX

Untuk membuat akaun baru di dalam LINUX seseorang itu haruslah login sebagai root dan kemudiannya menaipkan arahan seperti di bawah ini.

[linux:/home/inertz]# useradd

usage: useradd [-u uid [-o]] [-g group] [-G group,...]

[-d home][-s shell][-c comment] [-m[-k template]]

[-f inactive] [-e expire ] [-p passwd] [-r] name

useradd -D [-g group] [-b base] [-s shell]

[-f inactive] [-e expire ]

[linux:/home/inertz]# useradd azman

[linux:/home/inertz]# passwd azman

New UNIX password:

Retype new UNIX password:

passwd: all authentication tokens updated successfully

[linux:/home/inertz]#

Perhatikan bahawa tanda # mewakili pengguna telah login sebagai root. Cara yang paling mudah untuk menambah user dan group adalah dengan menggunakan utiliti dan program yang disediakan didalam LINUX sekiranya menggunakan GUI. Taip redhat-config-users pada terminal.
RAJAH 3.0 – Utiliti untuk menambah pengguna dan kumpulan


RAJAH 3.1 Menambah pengguna

· Sistem fail

a) Menyimpan fail

Sistem fail LINUX adalah sama dengan sistem DOS, WINDOWS, MAC dan juga banyak persamaan dengan UNIX. Fail adalah koleksi maklumat yang dikenali oleh sistem komputer iaitu terdiri daripada nama fail dan tempat menyimpan fail tersebut. LINUX dapat menyimpan banyak fail dalam satu ditrektori selagi fail tersebut mempunyai nama yang berlainan. LINUX dapat menyimpan fail yang mempunyai nama yang sama tetapi dalam direktori yang berbeza.

Nama fail dalam sistem LINUX boleh terdiri daripada 256 karektor, bnoleh terdiri daripada gabungan huruf kecil dan huruf besar,nombor, serta karektor istimewa dan sebagainya.

b) Senarai fail

Terdapat lima kategori fail yangh biasa iaitu fail pengguna, fail sistem, fail direktori, fail istimewa, serta fail yang boleh dilaksanakan.

  1. Fail pengguna – fail yang dicipta oleh pengguna sendiri dan boleh juga dipanggil fail tipis. Fail ini biasanya mengandungi data yang mudah termasuk teks dan nombor. Fail yang lebih kompleks seperti grafik dan lembaran kerja mesti diterjemahkan dan digunakan oleh program yang telah dikhaskan. Fail seperti ini tidak boleh di lihat dengan editor teks kerana kandungan fail tidak selalunya teks ASCII. Perubahan pada fail ini hanya akan memjejaskan pengguna yang memiliki fail ini.
  2. Fail sistem – fail yang biasanya digunakan oleh sistem untuk mengesan pengguna di dalam sistem, login, kata laluan dan sebagainya. Sebagai pentadbir sistem kita perlu edit atau lihat fail seperti ini. Sebagai pengguna biasa tidak perlu bimbang dengan fail sistem kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan terhadapntya.
  3. Fail direktori – fail yang menyimpan fail –fail lain atau direktori – direktori lain. Fail dan direktori yang terdapat di dalamnya dipanggil sebagai anak.
  4. Fail istimewa – fail ini biasanya menggambarkan perkakasan seperti pemacu cakera, pemacu pita ataupun papan kekunci.
  5. Fail yang boleh dilaksanakan – fail ini mengandungi arahan (biasnya dipanggil program ataupun script cengkerang) untuk dilaksanakan oleh komputer. Untuk melaksanakan arahan – arahan yang terdapat pada fail nama fail perlu di taip. Kebanyakan fail seperti ini terdapat di direktori /bin, /usr/bin, /sbin, dan /usr/sbin.

c) Skrip cengkerang (shell script)

- Sejarah

Apabila Ken Thompson dan Dennis Ritchie mula – mula menulis UNIX mereka mula mencari idea baru untuk pengguna menggunakan komputer. Salah satu idea yang mereka perolehi adalah untuk membuat antaramuka pengguna komputer boleh berubah dan di tukar untuk keperluan spesifik bagi sesuatu aplikasi.

Antaramuka pengguna ini dipanggil penterjemah arahan kerana ia akan menterjemahkan apa yang ditaip oleh pengguna dan menukarkannya kepada sesuatu yang dapat difahami oleh komputer. Kebanyakan sistem komputer mempunyai penterjemah arahan yang terbina dalam Sistem Pengoperasian tetapi pengguna tidak dapat mengubahnya. Sistem DOS dibina dengan cara ini. Pembangun sistem UNIX cuba untuk memisahkan penterjemah arahan daripada Sistem Pengoperasian. Oleh sebab itu ia dipanggil cengkerang (SHELL).

Penterjemah arahan yang pertama bagi UNIX dipanggil Bourne Shell dan lebih dikenali sebagai SH.Apabila UNIX keluar daripada Bell Labs dan dipindahkan ke Universiti California pembangunnya cuba memperkembangkan cengkerangnya. Mereka mula menambahkan ciri – ciri bahasa pengaturcaraan pada cengkerang dengan menampilkan ciri – ciri bahasa C. Ini telah menghasilkan C Shell.

Kedua – dua cengkerang wujud selama beberapa tahun dan semakin diperbaiki dari semasa kesemasa apabila versi Bourne Shell terdapat pada kedua – dua sistem V dan sistem berasaskan Berkeley manakala C Shell hanya digunakan pada sistem Berkeley.

Selanjutnya GNU telah ditubuhkan dan diselenggarakan oleh Free Software Foundation bertujuan untuk mengumpulkan koleksi percuma perisian UNIX. Projek GNU ditubuhkan dengan bertujuan memiliki Shell yang percuma dan tidak terikat dengan soal royalti. Malangnya pada masa itu C Shell masih lagi dibawah kuasa AT&T oleh pihak GNU telah membina versi Shell mereka sendiri dipanggil GPLed Shell.

- Kegunaan

Shell merupakan elemen yang penting dalam LINUX kerana kebanyakan program LINUX ditulis dalam bentuk shell dipanggil Shell Script. Shell yang paling popular adalah BASH dan merupakan Shell default bagi kebanyakan pakej LINUX.

Beberapa arahan yang biasa digunakan adalah:-

ls = senaraikan fail yang terdapat dalam direktori

ls –la = senarai fail termasuk dengan permission

pwd = memaparkan direktori kerjamkdir = mencipta direktori

rmdir = membuang direktori

Apabila kita sudah biasa dengan arahan – arahan ini kita mendapati adalah mudah sekiranya kita dapat menggabungkan semua arahan didalam satu fail. Dari situlah wujudnya Shell Script. Untuk menghasilkan Shell Script tidaklah sukar dan boleh menggunkan editor yang paling mudah iaitu VI.