Intro
Kandungan
Feedback

 

LINUX : Panduan untuk pengguna baru (bahagian 2)

iv. Menggunakan Redhat Linux

Sejarah
Pada tahun 1984 projek ANTHENA MIT cuba membangunkan sistem komputeryang mampu menyambungkan beribu-ribu komputer kepada rangkaian dalaman. Projek ini pada asalnya dimulakan oleh Brian Reid dan Paul Ascente daripada Universiti Stanford dan dinamakan projek W. Projek ini kemudannya diteruskan oleh Bob Scheifler (MIT) dan Jim Gettys (Digital Eqp. Corp.) tetapi kemudiannya dikenali sebagai X. Sistem ini kemudiannya dinamakan sistem X Window iaitu antaramuka grafik bagi sistem pengoperasian LINUX serta kebanyakan sistem lain.

Pihak GNU kemudiannya memperkenalkan GNOME iaitu GNU Network Model Environment. GNOME adalah persekitaran grafik yang bukan sahaja mudah digunakan malah boleh diubah mengikut selera pengguna.

Sistem X window
Sistem X window boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu
a>pelayan grafik b>perpustakaan grafik c>set klien yang biasa menggunakan perpustakaan grafik

Pelayan grafik merupakan program yang beriteraksi dengan kda video, papan kekunci dan tetikus pada sistem. Ia menerima arahan daripada set perpustakaan grafik yang berinteraksi dengan program.

Kadang kala program dilaksanakan pda sistem yang sama dan pada masa yang lain ia boleh melaksanakan arahan daripada sistem yang lain. Program pelayan yang dipanggil x server bukanlah sebahagian daripada sistem pengoperasian tetapi merupakan program tahap pengguna yang sungguh istimewa dan kompleks. Terdapat 3 jenis program utama yang menggunakan X iaitu

-pengurus tetingkap

-terminal

-aplikasi am

GNOME

Rajah 2.3 1 – antaramuka terbaru GNOME

GNOME merupakan salah satu pengurus antaramuka bagi LINUX. GNOME terdiri daripada beberapa elemen iaitu aplikasi standard, panel, dan desktop. Desktop merupakan ruang dimana kita melakukan kerja. Aplikasi standard adalah termasuk pengurus fail GNOME, pelayar pertolongan dan sebagainya. Panel pula adalah bar menu yang terletak dibawah skrin.

Desktop talah diletakkan dengan beberapa ikon tertentu yang menyambungkan ketempat tertentu seperti pengurus fail GNOME(sekarang menggunakan Nautils), laman web, bakul sampah dan sebagainya.

Pelayar pertolongan GNOME membekalkan tutorial yang komprehensif dansenang diikuti dengan memberikan penerangan menyeluruh tentang GNOME. Pelayar pertolongan merupakan sumber rujukan yang baik bagi pengguna baru.

Panel GNOME yang terletak pada bahagian bawah membekalkan sambungan(link) kepada tempat yang biasa dicapai oleh pengguna. Disinilah terdapat menu utama iaitu bahagian kiri sekali digunakan untuk mencapai aplikasi standard GNOME

KDE

Rajah 2.4 1 – antaramuka terbaru KDE KDE juga merupakan pengurus antaramuka yang popular bagi LINUX. Ciri-ciri yang terdapat pada KDE lebih kurang sama dengan GNOME. Kebanyakan fungsi-fungsi standard juga menyerupai GNOME seperti pengurus fail(konqueror-boleh juga digunakan sebagai browser web), panel dan sebagainya.

Desktop maya

Rajah 2.5 1 – deskop maya

Desktop maya merupakan dsalah satu ciri standard yang terdapat pada semua sistem LINUX dimana ia membenarkan banyak tetingkap dibuka pada skrin monitor. Ciri ini menjadikan seolah-olah skrin monitor cukup besar untuk meletakkan semua tetingkap yang sedang dibuka. GNOME dan KDE mampu memberikan persekitaran maya dan desktop maya. Desktop maya membenarkan banyak tetingkap boleh dibuka manakala skrin maya membenarkan desktop lebih besar daripada skrin monitor.

Sistem bunyi
Linux menyokong kebanyakan kad bunyi asalkan bukan berjenis Plug and Play. Kad berjenis Plug and Play bergantung sepenuhnya pada driver yang dibekalkan oleh pengeluar. Walaupun begitu driver ALSA boleh digunakan untuk kad bunyi yang berjenis PNP.

Perisian Linux
Perisian Linux boleh dibahagikan kepada beberapa kategori sama seperti Windows iaitu permainan, aplikasi rumah dan pejabat, Internet dan rangkaian, Multimedia dan rekabentuk, pengaturcaraan, serta utiliti dan pengurusan komputer.

Permainan

Doom,Freeciv,Pingus,PySol,Rasteroids,Space Racer,XshipWars...

Aplikasi rumah dan pejabat

Applixware Office Suite, StarOffice, OpenOffice,Kalendar,Moneydance,Word Perfect...

Internet dan rangkaian

Adobe acrobat reader,Apache,GFTP,GnomeICU,LICQ,Netscape,NICQ,XISP...

Multimedia dan rekabentuk

Blender,FreeAmp,GIMP,Gnapster,LeeLou,XMMS...

Pengaturcaraan

Blackdown JDK,CoffeCup HTML editor,GNU ANSI C Compiler,Moonshine,TopPage...

Utiliti dan pengurusan komputer

Apsfilter,Bzip2,Enlightenment,EstoreSetup,Linzip,PKZip,Powertweak...

Stesyen kerja
Linux merupakan OS yang mempunyai perisian aplikasi yang agak banyak. Aplikasi produktiviti seperti Applixware dan StarOffice serta yang terbaru OpenOffice telah digunak dengan meluas dibawah platform Linux.Aplikasi windows juga dapat dilarikan pada sistem Linux dengan mengggunakan emulator seperti Dosemu ataupun yang terbaru menggunakan WINE. Pakej perisian seperti ini bukan sahaja berkuasa malah tidak mahal dan ada pula boleh didapati secara percuma.

a-Applixware

Perisian ini adalah sama sahaja seperti MS. Office. Antara perisian yang termasuk dalam pakej ini adalah.

>applix word – perisian pemproses perkataan yang menjadi satu kemestian

>applix spreedsheets – perisian lembaran kerja

>applix presents – perisian persembahan ini mampu import dan eksport format Powerpoint

>applix graphics – biasa digunakan untuk melukis gambar

>applix data – digunakan untuk membuka pengkalan data SQL

>applix mail – perisian e-mail

>html editor – membuat laman web

b-StarOffice

StarOffice merupakan salah satu program yang dilancarkan oleh Sun Microsystem bagi memenuhi keperluan pengguna. Perisian ini boleh didapati secara percuma daripada laman web Sun. Ia mempunya ciri yang biasa dimiliki oleh perisian seumpamanya seperti pemproses perkataan, lembaran kerja dan sebagainya. Kini terdapat perisian OpenOffice setelah Sun membenarkan kod sumber StarOffice digunakan untuk dibagunkan oleh sukarelawan.

c-Corel Wordperfect

Wordperfect tidak kurang hebatnya walaupun Cuma sebagai pemproses perkataan sahaja. Wordperfect pernah menguasai pasaran pemproses perkataan pada satu masa dahulu.

v. Linux dan internet

1. ISP

Apakah erti sebuah komputer sekiranya tidak dilengkapkan dengan Internet. Pada masa kini hampir setiap komputer yang berfungsi akan disambungkan dengan Internet. Jika tidak komputer tersebut hanya akan menjadi bahan hiasan ataupun paling kurang akan menjadi tempat untuk bermain games.

Bagi pengguna akhir Windows, untuk menyambungkan sistem mereka kepada Internet tidak sukar, jika timbul masalahpun mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada ISP(Pembekal Perkhidmatan Internet). Berbeza pula bagi pengguna Linux, pengguna Linux perlu memahami konsep serta perlu pula memahami aspek teknikal tentang modem. Juga perlu pula banyak membaca dokumentasi berkenaan perkara ini. Tapi ini Cuma cerita lama apabila distro baru Linux seperti SuSE dal RedHat telah mengeluarkan versi terbaru mereka dan didapati lebih mudah daripada dahulu. Distro baru juga sesuai untuk pengguna akhir dimana pengguna tidak perlu memahami sepenuhnya aspek teknikal.

Pemilihan ISP juga penting sekiranya kita ingin menyambungkan komputer Linux dengan Internet. Pastikan ISP yang dipilih menawarkan keselamatan yang maksima. Di Malaysia ISP yang biasa dilanggan adalah TMNET,Jaring,Time dan Maxis. Pada masa inikebanyakan ISP sudah menawarkan perkhidmatan Broadband walaupun ISP seperti CANET telah memperkenalkan perkhidmatan yang lebih pantas iaitu menggunakan parabola.

Sekiranya kurang pasti tentang ISP tanyalah pada rakan anda yang sudah biasa ataupun mereka yang berpengalaman.ISP biasanya akan membekalkan perkara berikut semasa mendaftar dengan mereka:

  • nombor akses
  • username
  • password
  • alamat e-mail
  • primary DNS
  • secondary DNS
  • SMTP(mail) server
  • NNTP(news) server

2. Modem

Modem juga penting. Cuba elakkan modem dalaman sebaliknya cari modem luaran ataupun yang berjenis USB kerana lebim mudah dipasang.

Modem dalaman lebih dikenali sebagai ‘Winmodem’ dimana bergantung pada perisian utnuk berfungsi walaupun terdapat beberapa modem dalaman yang didapati berfungsi dengan Linux tetapi ia tidak banyak.

Modem boleh dipecahkan kepada 3 kategori utama:

  • modem serial
  • ISDN
  • broadband(Ethernet,FDDI,cable modem,DSL,ADSL,ATM)

Fungsi modem adalah menukarkan isyarat digital daripada komputer kepada isyarat analog kemudian dihantar melalui kabel(telefon dsb.), apabila tiba pada destinasi modem akan menukarkan semulaisyarat analog kepada isyarat digital.

3. Setting Network

Untuk menyambungkan Linux beberapa program yangbiasa digunakan untuk menyambungkan kepada Internet. Antara program yang biasa adalah KPPP,Kinternet,wvdial dsb.

Secara ringkasnya adalah seperti rajah dibawah ini:

Laksanakan program PPP>Dail modem ke ISP>Sambung talian>Login ke ISP masukkan username dan password>Mulakan servis PPP

4. Browser

Browser ataupun pelayar web adalah penting untuk melayari laman web. Antara pelayar yang popular adalah Opera, Mozilla, Netscape, Konqueror dan banyak lagi.

5. Email

Dengan Linux juga pengguna boleh menyemak e-mail. Secara default Linux sudah dipasang dengan server e-mail sendiri iaitu sendmail di mana pengguna boleh menghantar e-mail melalui rangkaian dalaman. Server ini juga boleh dijadikan server utama bagi organisasi yang besar kerana ia amat mudah sehinggakan boleh dicapai melalui terminal sahaja.