Perbezaan ketara antara windows dengan linux adalah cara memasang programnya. Bagi windows untuk memasang sesuatu program hanyalah menggunakan installer yang biasanya berformat *.exe (binary) manakala pemasangan program dalam linux boleh menggunkan bentuk binary ataupun daripada kod sumber(source code). Pemasangan daripada kod sumber juga banyak bergantung kepada library yang terbina daripada sistem linux yang dipanggil dependency dimana kegagalan untuk memenuhi dependency akan mengakibatkan program gagal dipasang ataupun program gagal berfungsi. Contoh biasa pemasangan daripada kod sumber. 1. Fail adalah test-0.5.0.tar.gz 2. Unpack kod sumber tersebut: tar xvzf test-0.5.0.tar.gz 3 Pergi ke direktori tersebut dan kompil kod sumber cd test-0.5.0 sh configure atau ./configure make make install Sesetengah kod sumber memerlukan flag tertentu untuk memasangnya bergantung pada program yang hendak dikompil. Sila baca README atau INSTALL didalam direktori dimana anda extract. Ini adalah perlu kerana sesetengah program memerlukan library tertentu dimana ia tidak dapat mencarinya secara automatik ataupun library yang diperlukan tidak dipasang pada komputer. contoh: sh configure --with-qt-dir=/usr/lib/qt3.1 sh configure --enable-gui Sekiranya program perlu dipasang sebagai root kaedah yang diperlukan adalah seperti berikut: sh configure atau ./configure make su -c "make install" Password akan diminta dan anda perlu memberikan root password. Kompil dari CVS Memasang program dari versi CVS adalah tidak sesukar mana. Kaedahnya adalah seperti berikut: Perhatikan fail Makefile.cvs Untuk kompil taip arahan berikut: make -f Makefile.cvs kemudian beberapa fail akan dicipta secara automatik; *** Creating acinclude.m4 *** Creating list of subdirectories *** Creating configure.in *** Creating aclocal.m4 *** Creating configure *** Creating config.h template autoheader: config.h.in is unchanged *** Creating Makefile templates *** Postprocessing Makefile templates *** Creating date/time stamp *** Finished Don't forget to run ./configure If you haven't done so in a while, run ./configure --help Apakah
fail ini??? app-1.0.1.i386.rpm - ini merupakan fail binari berformat rpm dicipta untuk sistem x86 app-1.0.1.i386.deb - sama juga tapi untuk pakej debian app-1.0.1.tar.gz - ini biasanya kod sumber app-1.0.1.tgz - sama juga iaitu merupakan kod sumber app-1.0.1.tar.bz2 - sama juga tetapi menggunakan mampatan bzip2 app-1.0.1.src.rpm - ini merupakan kod sumber tetapi berformat rpm app-1.0.1.i386.RH7.rpm - binary yang dicipta untuk REDHAT sahaja khas untuk sistem intel x86 app-1.0.1.ppc.Suse7.rpm - pakej binary yang dicipta untuk SuSE7 PPC Linux app-devel-1.0.1.rpm - versi development |