Buang xconsole semasa memulakan sesi X anda Distro: SuSE Linux sejak versi 7.0 Masalah: Semasa memulakan sesi anda, anda dapati xconsole akan keluar dan merasakan ia mengganggu anda. Prosedur Untuk membuangnya anda perlu edit fail /usr/lib/X11/xdm/Xsetup dalam sistem anda. Komenkan 4 baris terakhir dalam fail tersebut dengan editor kegemaran anda seperti dibawah ini #( # exec setsid $xconsole -notify -nostdin -verbose -exitOnFail #) & echo $! > /var/run/xconsole.pid # #exit |