Intro
Kandungan
Feedback


XRMAP

Program Xrmap adalah program yang menjanakan imej bumi dengan memanipulasi maklumat vektor bank data dunia CIA(set geodata besar iaitu 45MB). Ciri ciri utama adalah garis pempadan dan pulau, sempadan politik,sungai,glasier,tasik,terusan dsb.

Maklumat adalah hampir tepat dimana imej boleh dizoom sebanyak 100x atau lebih. Lebih 20000 bandar dipetakan.

Kegunaan adalah untuk mengesan lokasi seseorang ataupun untuk mengetahui keadaan sesuatu tempat seperti dibawah ini:-

cara untuk melaksanakan program adalah seperti contoh dibawah ini:-

1)Kompilasi dan pemasangan

Terdapat dua pilihan: kompilasi program dengan ataupun tanpa sokongan libz library.

Ini membolehkan data yang dimampat menggunakan *.gz(9MB) lebih baik daripada data asal iaitu sebanyak 45MB.

Pemasangan pantas:

>xmkmf (atau salin Makefile.noimake kepada Makefile)

>make

>make install (sebagai pengguna root)

>make clean

2)Anda perlukan data vektor CIA

Download CIA_map.rez.gz dari sini(lebih kurang 9MB)

ftp://ftp.ac-grenoble.fr/ge/geosciences/CIA_map.rez.gz

3)Ekstrak dan pasang pada tempat anda memasang program tersebut

fail akan menjadi 45MB

/usr/share/rmap/CIA_map.rez

4)cuba laksanakan xrmap pada terminal. Untuk bantuan taip

>xrmap -h

5)Xrmap boleh mencipta peta vektor dalam format VMF

ftp://ftp.ac-grenoble.fr/ge/geosciences/

6)Xrmap dan data berkaitan adalah dilesen dibawah GPL