Penglibatan saya dalam bidang LINUX baru 2 tahun. Saya mula berjinak-jinak dengan distro Redhat. Saya menggunakan buku Redhat Linux for Dummies sebagai buku rujukan linux pertama saya. Buku tersebut memang bermakna kepada saya kerana ia merupakan langkah pertama saya untuk mengenali apakah itu open souce. Ternyata LINUX memang memenuhi keerluan hidup saya walaupun Windows merupakan OS yang amat popular sebelum ini. Bagi saya Windows terlalu mudah untuk dipelajari manakala LINUX pula sesuatu yang mencabar bagi saya. Selari dengan itu saya juga belajar sendiri memasang komputer setelah membeli komputer pertama.

Saya mula memahirkan diri dengan aplikasi popular seperti Photoshop, Fireworks, Dreamweaver setelah mendapati wajib bagi saya untuk mengetahui kaedah - kaedah pembuatan laman web profesional.

Kunci yang paling penting untuk berjaya adalah membaca dan banyak bertanya. Seingat saya itu sajalah cara untuk berjaya.

link:

laman artikel saya

artikel ittutor.net

Sekarang ini saya lebih suka melibatkan diri kedalam forum -forum di internet. Saya selalu melawat laman ittutor.net , bincang.net , sifoo.com serta laman web yang memfokuskan kepada LINUX. Saya juga lebih berminat untuk menghasilkan artikel dan dokumentasi LINUX kerana minat untuk membantu disamping mempromosikan LINUX sebagai OS alternatif.