[ PENGENALAN INTERNET ]
[RENUNGAN ]
[ LAMAN - LAMAN MENARIK ]
[BIODATA WEB DESIGNER ]
Definisi
Multimedia ialah integrasi elemen - elemen teks, audio, grafik, animasi, video, dengan mengunakan komputer
sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikasi dan menghidup suasana maklumat. ia membolehkan penguna mengemudi, mereka cipta dan bertindak balas.
Hiperteks dan Hipermedia
Apabila menyebutkan tentang multimedia, perkataan interaktiviti adalah merupakan jantung kepada program
multimedia. Dengan adanya interaktiviti, pengguna boleh mengawal turutan adegan dalam satu - satu aplikasi program tersebut.
Pengguna boleh menggunakan pelbagai alat input untuk berinteraksi dengan komputer
Hiperteks
Hiperteks ialah sistem pangkalan data yang digelar sebagai nod yang merupakan alat navigasi yang digunakan untuk menghubungkan perkataan atau frasa kepada skrin yang lain Pengguna boleh mengakses maklumat lanjut melaluli perkaitan di antara nod dengan nod yang lain bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna dalam bentuk tanpa linear. tetingkap pada satu skrin boleh mengandungi beberapa ikon perhubungan iaitu dalam butang atau sasaran. dengan mengklik ikon butang tersebut ia akan menyebabkan sisten akan membuka tetingkap baru baru bagi mempamerkan nod yang dipilih.
Hipermedia
Hipermedia hampir serupa dengan hiperteks tetapi ia menghubungkan dengan elemen media yang lain. Ia direka oleh Syarikat Komputer Apple dalam tahun 1987. Ia nya sangat berguna dalam mereka cipta perisian multimedia walaubagaimanapun terdapat beberapa kebaikkan dan keburukkan hipermedia.
[ PENGENALAN INTERNET ]
[RENUNGAN ]
[ LAMAN - LAMAN MENARIK ]
[BIODATA WEB DESIGNER ]