‘High Way’ Beaufort –Sipitang Sudah Siap?-Mandau
01 Jan, Sipitang-Mungkin masih kita ingat, hampir tiga tahun yang lalu Presiden KEDAYAN menulis artikel mengenai masyarakat Sipitang yang terabai tanpa jalan raya yang bertar, sedangkan kita sudah merdeka selama lebih 30 tahun. Artikel yang
serius itu ditulis dipenghujung tahun 1997, dengan menyenaraikan nama
pempimpin-pemimpin Sipitang maupun wakil-wakil rakyat Kedayan
di Harian Express dalam bahasa Inggeris bertajuk “Sipitang Tragedy”. Tulisan beliau
turut disokong oleh pelbagai lapisan mesyarakat Sipitang mau pun penduduk
tempatan Sabah terutamaya, termasuk RTM yang mengetengahkan pendapat beliau. Perbahasan tentang
tulisan beliau di surat khabar tersebut dimuatkan
setiap minggu selama lebih kurang tiga bulan yang memaksa menteri
Perhubungan Negeri Datuk Yahya Hussain dan Menteri Perhubungan
Jalanraya Persekutuan Dato
Sammy Vello turun ke Sipitang beberapa kali. Sebenarnya beliau banyak kali diundang dalam perbahasan-perbahasan yang melibat yang melibatkan ‘common good’ seperti ini.
Mandau-Sudah siapnya Jalanraya ini, maka banyak tia hayam bakukuak, bapadah basia yang mbuat, lapas tu mun inda ada basia, inda tia ada jalan batar ka sipitang ani. MANDAU END [HOME]
Belia Kg Lingkungan sedia bekerjasama untuk memajukan KEDAYAN30 Dis, Lingkungan- Sdr Baharudin Hj Lamit, Pengerusi JKKK Kg Lingkungan Laut menyatakan bahawa beliau bersama sama belia Kampung ini bersedia untuk bekerjasama dengan KEDAYAN demi memajukan bangsa. Perkara ini dinyatakan kepada Presiden KEDAYAN Sdr Amde sempena Majlis Malam Mesra Aidil Fitri 2000/2001 Anjuran Belia JKKK Kg Lingkungan yang diadakan pada hari ini.
Antara tetamu kehormat yang berkunjung pada malam itu termasuklah ADUN N.23 Lumadan, YB Pn Surinam Hj Sadikum, Sdr Amde Sidek dan Sdr Ahmad Hj Mumin. KOL END [HOME] Majlis Malam Mesra KEDAYAN KG Bangsal Mengalami gangguan Elektrik29 Dis, Sipitang- Majlis meriah yang diadakan di Kg Bangsal, kira kira 19 KM dari sini tergendala kira kira 35 minit kerana gangguan elektrik yang bermula kira kira pukul 9.55 malam. En Husin Sahat, Kakitangan SESB yang turut berada di majlis berkenaan menerangkan bahawa perkara ini agak diluar kawalan SESB kerana loji bekalan tenaga elektrik datang dari SFI Industries Sdn Bhd dan bukan dari SESB sendiri. Kejadian berkenaan menimbulkan rungutan dari ramai hadirin yang menyatakan ianya sering terjadi di kawasan kampung, terutama di musim perayaan seperti ini. Di dalam perkembangan lain pula, Sdr Amde , Presiden KEDAYAN yang menjadi tetamu kehormat malam berkenaan menyatakan kepada KOL bahawa beliau merasa bangga kepada Cawangan KEDAYAN Kg Bangsal kerana komitmen mereka untuk bergiat aktif di dalam persatuan demi memajukan bangsa. Beliau berharap agar lebih ramai lagi anak Kedayan yang akan tampil untuk menabur bakti dan mengaktifkan persatuan. KOL END [HOME]
MalamMesra KEDAYAN Kg Luagan digamatkan oleh Pertandingan Pakaian Beragam30 Dis, Sipitang- Majlis anjuran gabungan KEDAYAN dan JKKK Kg Luagan, kira kira 21 KM dari sini menjadi gamat dengan Pertandingan pakaian beragam. Para pemimpin kampung turut menujukkan semangat kesukanan apabila menyertai pertandingan berkenaan. Menurut Sdr Kasa Saidi AJK KEDAYAN PUSAT yang menjadi pengerusi penganjur malam berkenaan, majlis ini diadakan oleh gabungan tenaga KEDAYAN dan JKKK untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya pada Tahun ini. Presiden KEDAYAN, Sdr Amde Sidik dan rombongan turut dialu alukan dimajlis berkenaan yang juga diselang selikan dengan Pertandingan Nyanyian, Ratu fesyen Kanak Kanak dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan Sukaneka. Di dalam majlis yang sama beberapa orang hadirin yang ditemui menyatakan rasa terharu mereka kerana kesanggupan Sdr Amde datang dari Kota Kinabalu bagi menyertai majlis berkenaan. KOL END [HOME] |
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site. |