Temuramah Si palui dengan Si gup Danhil, PTI dan Aku

Part 1

Prelude:

Batah sudah ku  nda menulis  di dalam KOL. Bukan kerana pasal inda lagi ingin bersama sama KOL tapi kesibukan tugas kala kala payah kan mbahagi masa menyumbang artikel.

Tapi kakal jua ku malihat KOL ni bilang minggu. Bangga jua la, Kol berkembang dengan pesat. Tapi palihatanku dua tiga minggu ani makin batah baahao tia Kol ba update. Haatinya sumbangan atu kuang la baa tu. Sebagai sebahagian sari tenaga pengasas KOL, ani inda dapat di biaa kan. Jadi biaa pun aku sibuk, ani tah kku ngantat artikel pasal temuramah ku jan tiga “oang”. Temuramah ani kubuat pasal alum batah ani ada banyak operasi penguatkuasa termasuklah membentras rokok seludup.

 

Sipalui: Apa habaa mu gup. Cuba caitakan dikit apa kian siapa yang banaanya kau ani

Si gup:  Damaku yang bananya Daanhil, tapi uja dangan sigup nganya.

Haaga ku mulih pokok di kilang 80 sen nganya, tapi taukeh kompani  kami ngambii untung RM1.40. Lapas tu paintah nganmbii cukai RM2.20 jadi tia haaga kami sabungkus RM4.60

Sipalui: Ehh, apa haatinya kian ni Gup?

Si gup: Payah banaa batutuan jan kao anni. Haatinya jalama yang mbali sigup tu bukan mbaai haaga sigup nganya. tapi mbaii untung kompani  kami sama kaajaan. Cuba kao lihat sigup bilai tu pulang , muah nyanya sababat. Sababat sababat pulang kana buat akan sumpal. Tapi cuba kao lihat, mana ada dangan ba sumpal kan Danhil.

Sipalui: Kia kiaa kau ani popular jua lah…

Si gup: Popular tu inda jua Lui, tapi cuba kau kia, di Malaysia ani ada kuang labih 6 juta yang basigup. Yang besigup Danhil saja kuang labih 2.4 juta oang.

Jadi  usin basia di Malaysia kana pakai kan mbali kami ialah

Sahaii RM11.04 juta,

Sabulan RM331.2 juta,

Satahun RM3.974 bilion.

Atu bahau aku tu , Danhil. Alum lagi paadianku Maaboro, binsin. Wait Hos….

Sipalui:Baapa untung kompani mu tu ahhh?

Si gup:Inda kau mbawa kalkulator kah?

Cuba kia dahulu…..aku congaak saja pun pandai. Satahun kami untung RM1.2 billion

Sipalui:Kaajaan baapa yang basia dapat kian?

Si gup:Dai Danhil saja basiaboleh dapat cukai RM1.9 bilion

Sipalui:Mun samuha kompani baapa tah juakannay tu ahhh….

Sigup: Kita kia tia purata RM 3 sabungkus sigup kali 6 juta baapa satahun tu ahh?

Sipalui: 6.4 billion….ehhh kau ani akukah yang namuramah atau kao

Sigup:Baik tah paintah mbuat kementerian bahau… kementerian sigup.

 

Banyak kakal yang kan ku tanyaakan aah Si gup ,tapi menyamal tia pulang. Jadi isu akan datang aku kan ngaluaa akan pulang caita pasal tamuramah jaan PTI.

KOL

END

[HOME

Jawapan Sdr Arimi kepada Sdr Aaron

Sdr Aaron, Terimakasih. 

Saya ingin merujuk kepada emel suadara pada Isu KOL sebelum ini. Memang tiada fakta yang tertentu ketika saya membuat andaian yang Alak Batatar adalah dari bangsa Dayak Kendayan. Tetapi sama juga dengan cerita Alak Batatar itu sendiri. Cerita bahawa Ag Alak Betatar seorang Bisaya cuma wujud sebagai oral tradition- cerita lisan yang berkisar mengenai lagenda beliau. Selain itu, budaya orang borneo pada masa lalu, lebih membanggakan tempat asalnya, bukan bangsa. Jadi secara rasmi asal usul beliau tidak dapat dibuktikan. Tetapi dua analogi yang utama kenapa saya mengemukakan teori sebegitu.

  1. Nama Ag Alak Batatar itu sendiri.

Hasil penelitian saya, Betatar ini besar kemungkinan dating dari istilah Kedayan baa tataa, yang membawa maksud mempunyai tattoo / ba kiong. Di Borneo, budaya ini unik kepada orang Dayak dan bukan untuk orang Bisaya. Jadi diwaktu dakwat masih lagi sukar ditemui dan budaya ini pula bukan budaya bangsanya, apa hal pula Ag Alak ni melukis badannya?

2. Kedayan Dari Majapahit. Memang berlaku beberapa penghijrahan utama utama dari Jawa ke pulau Borneo sama sebelum,semasa dan selepas  era Majapahit. Selain dari itu, Kawasan di sekitar Sungai Makaham hingga Banjarmasin di Borneo sebenarnya lebih dahulu membangun berbanding dengan Jawa dan Melaka. Persoalannya, Apakah kaitannya antara orang Kutai dengan orang Kedayan? Siapa yang sebenarnya berhijrah? Kita kah atau mereka. Di setengah kawasan bahasa mereka terlalu sama dengan orang kedayan sedangkan empayar Kerajaan Brunei tidak pernah menjangkau sejauh itu (betulkan saya mengenai hal ini)

KOL

END

[HOME

Maraba kampung Kedayan yang makmur

22 Mei, Beaufort - Kg Maraba, Kira Kira 12 KM dari Bandar Beaufort merupakan salah satu kampung Kedayan yang makmur kerana rncangan pembangunan kampung yang sesuai dan bertepatan dengan masanya.

Pada tahun 70an dahulu, kampung ini tidak berbeza dengan kampung Kedayan yang lain. Mundur, tiada bekalan elektrik, bekalan air dan dihubungkan dengan sebatang jalan tidak berturap ke Beaufort. Pada ketika itu kebanyakan penduduknya menoreh getah disamping mengusahakan tanaman padi.

Taraf hidup penduduk di sini mula berubah apabila mereka terlibat dengan kegiatan tanaman nanas pada awal tahun 80an. Kita akui bahawa program penanaman nanas berjaya dilaksanakan berbanding dengan penanaman Kopi, Koko dan kayu pulpa di Sipitang.

 Ketika itu, Maraba adalah satu satunya kawasan di Pantai Barat Sabah yang mengusahakan tanaman ini secara berkesan. Selain dari mempunyai kawasaan yang luas dan sesuai untuk ditanami dengan nanas, penduduknya juga bersatu dan menubuhkan koperasi / persatuan mereka sendiri untuk menjaga turun naik harga nanas di pasaran, demikian dimaklumkan oleh Sdr Jaidin Tamin, anak jati Maraba yang juga Setiausaha Agung KEDAYAN PUSAT.

KOL mengucapkan syabas kepada mereka kerana usaha yang gigih dan bersungguh sungguh ini. Tetapi, apa yang paling penting sekarang pekebun nanas Maraba patut menjaga kuaaliti nanas mereka selain daripada peka terhadap perubahan citarasa pengguna yang sentiasa berubah ubah. Baka nanas harus sentiasa dipertingkatkan supaya mutu nanas Maraba sentiasa menjadi perhatian pengguna. Apatah lagi KOL difahamkan Maraba baakal menghadapi persaingan dari kawasan Lumaat di dalam pengeluaran nanas.

KOL

END

[HOME

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.