Bahasa KOL kasar?25 Jun , Kota Kinabalu- Sekadar mengimbas kembali bukannya kan ngungkit. Kami di KOL kakal ingat pasal aii mula mula kami nyiar akan beberapa artikel biani. Banyak yang muji, inda kuang jua yang inda puas hati. Ujaa basia KOL bahasanya kuang matang, inda sasuai jan oang melayu/ kedayan yang berbudi bahasa, diperalatkan yang paling teruk KOL dilacurkan….ingat tu… DILACURKAN!. Andangnya KOL bukan diberi konsep bersopan santun. Konsep kami atu tah yang diinginkan, untuk menjadi medan yang adil bagi semua pihak. Jadi sabab atu tah kami minta aah yang ngomplen tu ngantat baita. Mun inda ba emel ba suat, mun inda pandai ba suat batelefon. SAMPAI KAANGANI ALUM TIA ADA…apa yang kan disiar akan? Tapi yang banaanya bukan ani yang ku kan nyaita akan. Sekali ani Cuba kamu lihat baita ani… apa gaya bahasanya, siapa yang
dikutuknya, manis kah inda: Artikel 1 Memo Untuk Ibrahim Ali:
Rampas Kelantan Kembali Baru Cakap Besar Oleh:RHG Nampaknya
Ibrahim Ali begitu bersemangat membahaskan usul menyokong ucapan dasar Presiden
hari ini. Beliau begitu lantang bersuara dan paling ketara ialah apabila dia
menyuruh Pemuda lebih bersemangat mempertahankan survival UMNO bagi menghadapi
pilihanraya 2004. Memang apa yang nak dikatakannya
itu boleh diterima dengan baik oleh Pemuda tetapi bukan dengan menghina dan
melecehkan Hishamuddin. Apakah motif sebenar Ibrahim Ali
yang digelar 'KATAK' oleh pas bila menganggap Mahfuz lebih ' power ' dari
Ketua Pemuda UMNO dan menyuruh Hishamuddin menjadi lebih baik dari Mahfuz dan
Mat Sabu? Apakah pada pandangan beliau
Mahfuz dan Mat Sabu adalah contoh pemimpin yang baik atau Adakah Ketua Pemuda
kita tak baik? Dan yang paling syoknya apabila
dia mencabar Hishammuddin meyerahkan jawatan kepadanya sekiranya Hishammuddin
tak mampu. Sepatutnya sebagai orang lama
yang keluar dari parti lepas itu lompat balik, Ibrahim Ali tidak sepatutnya
menghina Ketua Pemuda sebegitu, sebaliknya beri idea bagaimana untuk menguatkan
lagi Pemuda bukannya dengan menghentam. Lebih mengecewakan dalam
bahasnya dia jugak merayu agar Tengku Razaleigh diberi jawatan dalam kerajaan. Itu biarlah PM yang putuskan.
Ibrahim Ali tahu sekiranya Tengku Razaleigh mendapat jawatan senanglah dia. Ibrahim Ali sepatutnya malu
dengan diri sendiri. Dia kalah pilihanraya dan orang kelantan sendiri dah tak
berapa nak sokong dia, ada hati pula nak jadi Ketua Pemuda. Kalau Ibrahim Ali
lebih hebat dari Ketua Pemuda mengapa dia boleh kalah dan kenapa tak gunakan
kehebatannya untuk menjatuhkan pas di Kelantan? Cakap Tak Serupa Bikin Artikel 2 EZAM BACUL DAN KURANG AJAR,TAN CHUA SAMPAH MASYARAKAT
CINA Kata-kata
keramat 'Lawan Tetap Lawan' oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri
Anwar Ibrahim akan menjadi kekuatan untuk memupuk hati rakyat tanpa mengira kaum
bangun untuk mengatakan sokongan padu sehingga mencapai kemenangan besar. Kata mereka, Perdana Menteri
tidak lagi releven untuk mengetuai negara ini kerana terlalu bersikap keras
kepala dan membelakangkan demokrasi. "Ingat slogan 'Lawan Tetap Lawan' akan
terus terpahat dalam sanubari kami. petikan dari harakah daily.com
18 june2001. Slogan 'Lawan tetap Lawan'
sebenarnya hanya bagi mereka yang bacul dan penakut.Sepatutnya sekira mereka
benar benar berani selogan mereka adalah 'Lawan terus Lawan'. Ezam sebenarnya adalah
manusia yang bacul.Ketika
pemimpin beliau ditangkap Ezam serta teman teman bacul mereka yang lain seperti
Saifuddin dan juga Dr Ghaus telah menghilangkan diri, lari kerana takut di
tangkap. Setelah keredaan dan sikap
tolerensi kerajaan baru lah Ezam berani pulang ke tanah air.Namun apabila
menyaksikan sokongan sebahagian rakyat maka Ezam mula menunjukan kejantanan nya
kerana kerajaan banyak mengambil sikap toleransi dengan kerenah nya. Namun perhitungan Ezam kali ini
tersilap.Beliau menjadi keras kepala dan kurang ajar dan menganggap toleransi
kerajaan kerana takut akan sokongan yang ada di belakang beliau.Beliau
menggangap seolah olah negara ini telah tiada undang undang. Namun Ezam lupa jika Bekas
Timbalan Perdana Menteri juga tiada kekebalan ini kan pula Ezam anak hingusan. Dalam masyarakat cina Tan Chua
boleh lah dianggap sebagai sampah masyarakat.Masyarakat cina yang terkenal
dengan sikap kuat berkerja tidak akan mencampuri soal soal yang tidak
mendatangkan faedah ini. Namun kerana Tan Chua seorang
yang malas, gagal untuk memperbaiki tahap ekonomi dan memajukan diri terpaksa
mengambil satu jalan alternatif untuk jadi popular. Tan Chua akan mencari publisiti
publisti murahan bagi dikenali ramai seperti tidur di hadapan kenderaan polis
bagi menghalang tugas polis. Apakah sebenarnya perjuangan Tan
Chua?Apakah kerana DSAI atau apakah sebenarnya Tan Chua mahukan keadilan ?Siapa
kah DSAI kepada Tan Chua sebelum DSAI dijatuhkan hukuman.Mungkin DSAI juga tidak
mengenali Tan Chua. Mengapakah keadilan yang
dituntut oleh Tan Chua yang tidak di tuntut oleh masyarakat cina yang lain? Sebenarnya Tan Chua mencari
peluang untuk mempopularkan diri didalam kemelut yang melanda politik negara
ketika ini.Perjuangan Tan Chua hanya untuk kepentingan diri nya. Sememangnya tepat sudah tempat
kamu disana. " Sekali lagi aku kan batanya… lemakkah. Maniskah bunyinya….? Ani ku dapati dari sebuah laman web rasmi yang dilancarkan pada
01 April yang lalu. dengan amanat rasmi presidennya Namanya “ Laman Web Rasmi Kelab Maya UMNO” dan laman ini boleh dikunjungi di http://www.kmu.net.my Artikel 1 http://www.kmu.net.my/article.php?sid=654&mode=thread&order=0 artikel 2 http://www.kmu.net.my/article.php?sid=628&mode=thread&order=0&thold=0 Dan yang sangat menarik, ianya dimuatkan Di MUKA DEPAN laman web berkenaan. Mungkin ia kelihatan kasar…..dan mengejutkan tetapi ianya bukan satu
kesalahan. Jadi apakah pengajarannya? Konsep berita ini memang disengajakan. Mengapa? Kerana golongan sasaran media alternatif bukan seperti pembaca suratkhabar.
Mungkin KOL agak kasar selama ini, tapi kalau nak dibandingkan,
KOL masih anak anak, amatur berbandingf dengan persembahan mereka………. Engkek- ani manunjukkan pamimpin bulih dikritik, bukannya MAKSUM...Anipun KOL payah sudah kan napis ni. Mun kami kaluaa akan nuut yang kana antat aah kami, mun yang mudah kapisan sudah tia kapisan. KOL END |
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site. |