Mesyuarat KEDAYAN Pada 24 Januari 200118 Jan, Kota Kinabalu, AJK KEDAYAN dijadualkan akan mengadakan mengadakan mesyuaratnya yang ketiga pada 24 Januari 2001 ini. JUrucakap KEDAYAN memberitahu KOL bahawa mesyuarat kali ini diadakan di Sipitang setelah mengambilkira kesukaran beberapa orang AJK pusat untuk menghadiri mesyuarat sebelum ini. KOL difahamkan bahawa telah tiga kali mesyuarat AJK puat dibatalkan kerana korum yang tidak mencukupi. Di dalam mesyuarat yang akan diadakan ini, beberapa kertas perancangan akan dibentangkan, termasuklah penubuhan AJK Kecil Biro dan perancangan mereka untuk tahun ini. Sipalui- mana mana yang ulah datang tu datang tah. Mun inda kan datang baik baanti , ngabiskan baas nganya. KOL END [HOME]
Masalah longgokan balak di Kg Lingkungan18 Januari, Beaufort; Penduduk Kampung disini menyatakan keluhan mereka mengenai longgokan kayu balak yang memenuhi dasar sungai Lingkungan, sehingga ke peringkat merosakkan jambatan Di Kampung berkenaan. Adalah dipercayai longgokan yang luarbiasa banyaknya ini berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan hulu sungai yang berleluasa sehingga merosakkan lapisan tutup bumi kawasan berkenaan. Akibatnya, daya serap tanah menjadi kurang dan limpahan air tidak dapat dibendung oleh alam semulajadi. Dengan itu bahagian hilir sungai tentunya akan dilonggoki oleh hanyutan bahan bahan sisa pembalakan seperti yang terjadi di kampung ini. Mengikut Pengerusi JKKK Kg Lingkungan masalah yang ketara dan berkaitan dengan fenomena ini ialah kejadian banjir yang begitu kuat menimpa Kampung mereka pada penghujung tahun lepas. Kejadian seumpama ini dianggap oleh penduduk kampung sebagai yang pertama kali berlaku di dalam masa 40 tahun. Kejadian banjir yang terbaru ialah pada Hari Raya Pertama yang baru lalu. Menurut Sdr Amjah Semun, Setiausaha JKKK, ketika umat Islam lain sedang bergembira menyambut Syawal, ketika itulah penduduk kampun bergoyong royong membuang sisa kayu balak dan kotoran yang terdampar di kawasan Masjid dan rumah kediaman mereka. KOL END [HOME]
Jeti Sipitang perlu dibaiki21 Jan, Sipitang; Mandau bahau tah mulih ni, dai pekan Sipitang. Bukan apa apa, ngambii anak buah ku yang mulih dai Labuan. Cuma ani aku kan batanya la apa bah status jeti ke Labuan tu. Apakah ia tu cuma bangunan haram, atau pun setinggan atau pun ehsan pengusaha bot semata mata? Mun kamu bukan oang Sipitang, ani tah ku kan mbai tahu apa upanya jeti atu. Lokasinya siing jambatan Sipitang yang terkenal atu. Mun Dai KK, tuun ka kanan parking kaita mu aah Medan parking Pejabat Ko Nelayan. Lapas parking, mana jetinya? Kuising kuising taulih kiii kanan, ada sabuting jalan bakumpau. Macam jalan ke kabun duyan., nuut akan bibii bangunan Bangunan Kaajaan. Kuang labih 20 meter ukuran elektrik, ada tu jeti Ka Labuan saanap saanap sana. Sana tah jalan nunggu bot, mun inda baik nasip kana babalik tu ka tanjung Pagaa. Soalnya, inda ada kah cara kan mbaiki lagi kedudukan jeti tu? Sepalui - Baani kao mandau, kaang ada kaang yang kapisan mun kao ngomplin lagi KOL END [HOME]
Muzium merangka kerjasama dengan KEDAYAN10 Jan, Kota Kinabalu; Muzium Labuan telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan KEDAYAN bagi mengusahakan projek pengumpulan bahan bahan kebudayaan Kedayan untuk Muzium Labuan yang bakal ditubuhkan. Kurator Muzium, En Azmi Dullah menyatakan bahawa pihak muzium menyedari bahawa Kaum Kedayan merupakan suku kaum majoriti di Labuan. Oleh itu, bukan sesuatu yang asing jika pihak muzium menggambarkan perkara ini di dalam bahan bahan yang akan dipamirkan nanti. Sehubungan itu juga KEDAYAN di atas arahan Sdr Presiden dijangka akan membuat persediaan termasuklah membentuk Jawatan kuasa Pelaksana untuk mencari bahan bahan / peralatan trasisional, bahan bahan bacaan mengenai Kedayan serta memulakan dokumentasi ke atas koleksi yang bakal dikumpul nanti. Semua proses ini mungkin akan mengambil masa lebih dari enam bulan.HK® Habaa KEDAYAN END [HOME]
|
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site. |