Home ]

 

Amde, tokoh Kedayan  paling popular

1 Feb, Kota kinabalu; Sdr Amde Sidik Presiden KEDAYAN telah muncul sebagai tokoh Kedayan yang paling popular di kalangan para pengunjung KOL. Keputusan ini diistiharkan setelah mini undi dijalankan di KOL sejak 20 Oktober 2000 yang lalu.

Statistik yang mengejutkan ini diperolehi setelah topik berkenaan ditamatkan hari ini, iaitu setelah berjalan  kira kira empat bulan. Daripada 81 pengundi, 68 orang iaitu kira kira 84% telah memilih beliau berbanding dengan 3 orang (4%) memilih YB Datuk Hj Sapawi dan 2 orang (2%) memihak kepada YB Datuk Dr Yusof.

 

Siapakah tokoh Kedayan yang paling popular sekarang ini?
  votes perc
 1.)  Datuk Dr .Yusof 2   2%
 2.)  Datuk Sapawi 3   4%
 3.)  Amde 68   84%
 4.)  Oang lain 8   10%
  
  1 2 3 4

Total Votes:  81

Archived on: February 1, 2001

Pengundian yang dijalankan oleh KOL selama empat bulan ini adalah adil dan mempunyai ciri ciri keselamatan yang terjamin. Di antara ciri yang dimaksudkan ialah seorang pengunjung hanya boleh mengundi satu isu pada setiap hari, walaupun isu isu yang diundi ditunjukkan secara rambang di mana isu yang dikeluarkan adalah berlainan setiap kali dikunjungi.

Mengenai jumlah pengundi pula, KOL dalam satu kenyataan berkata jumlah pengunjung aktif (maksudnya turut mengundi bila melawat) KOL amatlah kecil. Mengikut statistik yang dilakukan oleh sebuah badan penyiasat tren pengunjung, pelawat KOL kebanyakkannya hanya berminat untuk membaca berita dan melihat perkembangan baru, tetapi kurang mengambil bahagian di dalam forum, pengumuman, mailing list serta pengundian.

Keputusan Isu isu yang lain turut diutarakan disepanjang tempoh berkenaan ialah seperti berikut:

Bagaimana prestasi Sdr Amde memimpin KEDAYAN setakat ini?
  votes perc
 1.)  Hantap baik 2   3%
 2.)  Baik 48   71%
 3.)  Sadang 5   7%
 4.)  inda baapa 12   18%
 5.)  Tukaa! 1   1%
  
  1 2 3 4 5

Total Votes:  68

Archived on: February 4, 2001
Apakah YB Datuk Sapawi telah menjalankan tugas beliau sebagai ADUN dengan baik?
  votes perc
 1.)  Hantap baik 2   2%
 2.)  Baik 5   5%
 3.)  Inda baapa 0   0%
 4.)  Patut dibaiki 7   8%
 5.)  Tukaa! 79   85%
  
  1 2 3 4 5

Total Votes:  93

Bagaimana prestasi YB Datuk Dr Yusof selama menjadi Ahli Parlimen Sipitang?
  votes perc
 1.)  Hantap baik 0   0%
 2.)  Baik 4   6%
 3.)  Sederhana 2   3%
 4.)  Inda baapa 7   11%
 5.)  tukaa! 51   80%
  
  1 2 3 4 5

Total Votes:  64

Archived on: February 4, 2001
Apa pasaan mu kan Kedayan Online?
  votes perc
 1.)  Baik 50   71%
 2.)  Sadang sadang 11   16%
 3.)  inda baapa 0   0%
 4.)  Baiki lagi 3   4%
 5.)  Suka hatimu 6   9%
  
  1 2 3 4 5

Total Votes:  70

Archived on: February 1, 2001
Wajarkah Engkek dan Sipalui terus menulis di Kedayan Online
  votes perc
 1.)  Ya 41   89%
 2.)  Tidak 4   9%
 3.)  Inda Tahu 1   2%
  
  1 2 3

Total Votes:  46

Archived on: February 1, 2001
Baapa laju kah jalan ka Sipitang dibuat?
  votes perc
 1.)  Hantap 0   0%
 2.)  Laju 0   0%
 3.)  sadang 9   20%
 4.)  lambat 36   80%
  
  1 2 3 4

Total Votes:  45

Archived on: February 1, 2001
Apa paasaan kamu kan Jambatan Sipitang tu?
  votes perc
 1.)  Paling baik 0   0%
 2.)  Baik 0   0%
 3.)  Kuang baik 0   0%
 4.)  Patut dibaiki 0   0%
 5.)  Ganti! 29   100%
  
  1 2 3 4 5

Total Votes:  29

Semua keputusan ini ada disimpan pada ruangan " View archive" di sub-laman pop-up (laman ini keluar bila selepas anda mengundi , di mana ia juga merupakan ruangan statistik pengundian) .

Sebanyak 5 isu baru akan diutarakan bermula hari ini. Oleh itu adalah diharapkan pengelibatan para pengunjung akan bertambah di masa hadapan.

KOL

END.

[HOME]

 

Chatting bersama Kedayan Online!

4 Feb 2000, Kota kinabalu. Pihak KOL sedang merangka untuk mengadakan sesi chatting rasmi di laman KOL ini, (lihat ruangan Chat) pada masa berikut

Tarikh: 28 Februari 2001

Masa: 8.30 malam

Tempat: Bilik Caita Kedayan Online

Semua pengunjung setia KOL sila ambil perhatian. Kita cuba untuk mengadkan sesi ini sebagai permulaan, sebagai kaedah untuk bertukar tukar fikiran di siber. Semua adalah dijemput untuk mengadap komputer pada hari itu. 

KOL

END

[HOME]

 

Perjumpaan Mesra KEDAYAN Meriah

28 Januari, Sipitang; Perjumpaan KEDAYAN yang dianjurkan oleh KEDAYAN cawangan Kg Bangsal berjalan dengan jayanya. Perjumpaan inu telah diadakan bertempat di Bangunan Rumah Rehat Sipitang dan turut dihadiri oleh sebilangan besar AJK KEDAYAN Pusat.

Pengerusi Penganjur Sdr Mursidi Hj Hamzah berkata, sesi ini sengaja diatur supaya AJK Pusat lebih dikenali oleh ahli ahli KEDAYAN, selain daripada menyediakan ruang untuk bertukar tukar fikiran demi kebaikan persatuan.

penggerak1.JPG (30926 bytes) penggerak2.JPG (38932 bytes) penggerak4.JPG (40548 bytes)  penggerak3.JPG (36942 bytes)

Sebanyak tiga ceramah dibentangkan pada majlis berkenaan, Sdr Presiden; Halatuju KEDAYAN pada peringkat awal, Sdr Mahmud Osman; Peranan dan Halatuju KEDAYAN secara umum dan Sdr Arimi; Peranan Penggerak KEDAYAN.

Majlis berkenaan turut menyumbangkan derma ikhlas kepada seorang pekerja SFI yang telah meninggal dunia  akibat kemalangan semasa bekerja.

KOL

END

[HOME]

 
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.