Home ]

KOL semakin lembab?

14 Feb , Kota Kinabalu. Ramai pembaca KOL mengeluh kerana KOL semakin lembab dikemaskini. Diantara aduan  mereka yang paling kerap diluahkan ialah

1)      KOL lambat dikemaskini sejak bulan Disember yang lepas

2)      Borang borang Pendapat yang dikirimkan mengandungi server error element

3)      Berita untuk ruangan Malaysia tidak boleh didapati

Di dalam satu kenyataan KOL mengucapkan terimakasih di atas sokongan yang berterusan para pengunjung sejak julai 2000. Mengenai masalah yang timbul, KOL telah menerangkan punca punca masalah ini berlaku seperti berikut

1)      KOL lambat dikemaskini sejak bulan Disember yang lepas

KOL perlu lebih ramai sukarelawan untuk menjadi responden dan editor dari semua kawasan .

Diperingkat KOL, Tiada masalah sebenarnya untuk mengemaskinikan laman setiap hari. Walaubagaimanapun, sebahagian besar tenaga KOL juga merupakan ahli KEDAYAN (Persatuan Kedayan Sabah). Berdasarkan hal ini, Perancangan KEDAYAN untuk mengemaskinikan pentadbiran dan struktur organisasinya ke arah menjadi organisasi yang disegani juga menyebabkan para responden dan editor menumpukan tenaga ke sana untuk sementara ini.

 

2)      Borang borang Pendapat yang dikirimkan mengandungi server error element

Server geocities baru sahaja mengemaskan pentadbiran mereka, terutama pembahagian sektor laman web dan pengagihan klasifikasi sistem laman web, termasuk perubahan URL subdomain. KOL ketika ini belum menggunakan sistem “cgi” di dalam pengurusan borang. Insyaallah kita akan melakukan perubahan apabila masanya sesuai nanti.

 

3)      Berita untuk ruangan Malaysia tidak boleh didapati

Masalah ini disebabkan server Berita Malaysia yang tidak aktif., bukan KOL.

KOL

END

[HOME]

 

Kedayan atau KADAYAN

14 Feb,K.Kinabalu. Dai masa ka masa, kaang kaang timbul lagi isu ani. Dua tiga bulan sanyaam, nanti timbul lagi. Andangnya tu, macam tahi labui labui hanyut laut. Inda ada salahnya ku pikii, ani tah damanya babincang. Mana yang baik kita ambii supayah kita mikin matang. Mun kamu batah sudah tuut aah KOL ingat kamu yang ijaan kadayan ni banyak…

 

KEDAYAN,KADAIAN, KADAYAN, KADIAN, KADIEN, KADYAN, KARAYAN, KEDYAN,  KEDIEN dan KERAYAN

 

Inda dapat kubantah lagi yang ijaan paling usai atu tah KADAYAN. Tapi ijaan yang paling popular KEDAYAN.

Jadi soalnya yang mana satu, KEDAYAN atau KADAYAN yang dipakai?

 Paasaan ku dua hukum bahasa yang dipakai mun kan nantukan apa yang patut kita pakai

 1)      Hukum bahasa- Dalam bahasa, satu satu bunyi atau ijaan patut dibiaa akan ( exception) mun sudah di taima umum. DALAM HAL ANI KEDAYAN ADALAH IJAAN YANG PALING KANA TAIMA

Ani yang bananya kan bapadah yang atu tia istimewanya, pasal ia bukan perkataan biasa, tapi perkataan yang dikacualikan. Contoh yang lain, Perdana menteri ( pengecualian hukum-prediket dan subjek) , Bank Bumiputra dan Putrajaya (pengecualian sistem ijaan) malah mun kamu masaie balajaa alquran, terdapat banyak hukum pengecualian macamani---untuk menerangkan keistemewaan, penekanan yang tersendiri bagi satu satu ayat. Contoh yang paling simple ialah ayat Alkafiirun.,( check jan cigu yang pandai)

 2)      Dama Khas inda patut batukaa masipun bunyinya inda ngam. Tamasuk tia dama Borneo ( Berunai), Sumatera (Sumatra) dll. Ini kerana ia bukan perkataan biasa, tapi suatu deskripsi pengenalan  khusus untuk sesuatu bangunan, orang dsb. ORANG KEDAYAN (nama satu kaum di borneo) bukan bermaksud kedayan (hamba di dalam bahasa jawa dan melayu lama), Begitu juga babi (binatang di dalam bahasa melayu) bukan bererti babi (pintu di dalam bahasa arab) puchong (nama tempat di selangor) bukan bermaksud puchong (alat kelamin lelaki di dalam bahasa kedayan) Oang Dusun (bumiputera borneo) tidak sama dengan dusun (kebuan buah buahan).

Mun kan di cahai dalam kamus banyak yang dapat diucap ucapi. Oang buunai kah, bajau kah, malayu kah, lihat saja dalam kamus yang dapat kita ucap jua. Lihat ujaa sdr Arkin, “Mengenai erti dalam kamus itu sebagai "Slave etc." saya tidak peduli; itu pengertian dalam bahasa diaorang! Bahasa2 lain-lainpun mungkin ada terdapat dalam bahasa Kadayan yang inda baapa lemak manis pengertianya.”

3)      Patut jua kita balajaa daii pangalaman oang Dusun

Oang dusun sudah balajaa lagi batah dai kita.  Basia mulai sadaa pasal anak bangsa basia mulai dai tahun 60 an. Macam kita ai ani tia bah, Mulai timbul kasadaan dii, mulai balajaa yang jadi dusun ini kakal jua jalama macam dangan…. Timbul tia pendapat macam pendapat kita ni, ngapa dusun… baik pulang kita tuka yang labih sasuai, labih ngam!

Dalam kongress Pertubuhan Dusun  pertama 1961,  Basia maluluskan satu resolusi, Tukaa Dusun jadi Kadazan. Masalahnya inda bilang uang nuut ada yang badama dusun ada yang kadazan. Dai sabuting dama, hantap kan glemaa kaangani tapaksa jadi kadazandusun.

Mun kita kan nuka, baik bapikii dahulu. Kaang mun inda bilang uang mau… payah kita tu . Ada yang guna kadayan, ada yang kadaian ada yang mau kedayan. Hujungnya jadi tia Kadayankadaiankedayan. Lawa yah… 

KOL

END

[HOME]

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.