"To be or not To be"-Penggiliran Ketua Menteri

18 Feb, Kota Kinabalu; Isu penggiliran Ketua Menteri hangat di habaa habaa akan di sana sini. Samuha pamaimpin naagi mun kana tanya bapadah, "aah mana tia saja ujaa PM". KOL mengadakan mini pool kan malihat apa ujaa pambaca pasal isu ani. Apa yang mbaii takinjat dikit, yang satuju jan inda tu kuang labih bilangannya. 

Mimang tah, kuasa lobi KOL bukannya basaa, damit nganya. Tapi atu bukan njadi penghalang kan kita maluahkan pendapat kita. Lain caita, mun nuut kalendar, timpuh KM yang kaangani ani tamat 18 Mac, 2001. Tapi mun dilihat di Saawak, mulanya basia jauh katinggalan ka balakang mun ditiling jaan Sabah. Tapi kaangani jauh ubahnya. Mangkali ada jua baiknya mun KM ani inda luan hagut batukaa, supaya KEDAYAN pun tahu mana aah jalan minta tulung yang usai.

Tapi, mana tia saja tu, minjam tutuan uang atas "mana tia saja ujaa PM".

KOL

END

[HOME]

 

KOL-Group, Forum Siber yang pesat berkembang

18 Feb,Kota Kinabalu; KOL menyediakan satu forum untuk pengunjung setianya mulai dari 7 Februari yang lepas. Sabalum ani ada sabuting mailing list jua KOL sadia akan, tapi kan pangumuan nganya.

Inda kami sangka yang pambaca KOL hantap aktif. Macam macam isu dikaluaa akan, dai isu 18SX sampai ka isu politik. Tahniah Kedayan!. Malihat paakambangan ani nimbulkan samacam paasan kambiwan kala kala aah pasatuan lain, nuut tia apa yang KOL jan KEDAYAN mbuat. 

Hakikatnya, andangtah KOL jan KEDAYAN ani inda tapisah hantap. Sama sama Kedayan bah apa jua jauhnya. Mulanya sabuting nganya bah laman ani. Tapi ada dua tiga wang Kedayan majal mahu konsep KOL diubah menyebabkan ia jadi dua. Sebabnya, KOL tapaksa njaga hati pangunjung. Lihat saja tikas pangunjung KOL jan palawat yang badudun ka Suambi Kedayan, jauh hantap!

KOL mengharapkan agar KOL-Group akan terus berkembang menjadi medan diskusi yang disegani. Untuk para intelektual Kedayan, apa lagi? baanti tah tido. Inda ada alasan lagi kamu inda tuut. Mun diucap sibuk, kami pun sibuk jua bakaaja. Mun diucap inda ada kana habaa habaa akan, anitah kami mahabaa habaa akan. Tuut tah. Bakongsi kita sama sama yang Tuhan mbaii atu jan Kedayan lain.

KOL

END 

[HOME]

 

 

KEDAYAN menyediakan perkhidmatan Pendaftaran Online

18 Feb, Kota Kinabalu; Persatuan Kedayan Sabah (KEDAYAN) hari ini mengorak langkah setapak lagi dengan menyediakan cara pendaftaran yang termudah dan tercanggih, Mendaftar untuk menjadi ahli secara Online

Jurucakap KEDAYAN, Sdr Arimi Sidek ketika dihubungi memberitahu bahawa KEDAYAN mengambil langkah pro aktif ini disebabkan desakan masyarakat, terutama bakal bakal ahli yang mahu supaya ianya diadakan demi memenuhi keperluan mereka.

Pendaftaran Onling KEDAYAN boleh anda kunjungi di URL ini http://fp.oocities.com/kedayan2000/pendaftaran.htm

Beliau seterusnya menambah bahawa walaupun konsep ini masih di tahap percubaan, ianya boleh berfungsi sepenuhnya bermula pada hari ini.

Bagi anda yang berminat, apa lagi, silakan memohon!

KOL

END

[HOME]

 

 

 Asal Usul Kedayan Siri 4 -Aaron Bonafides

18 Feb, K.Kinabalu; Kali ini KOL menerima lanjutan perbincangan Sdr Aaron Bonafides (eeh---batah kau inda nulis ni ron, pikii kami inda kau takanang lagi kan KOL; Engkek...,)

Kali ini saya akan mengutarakan satu pendapat yang mungkin mampu menghurai akan kedatangan nenek moyang kita ke Brunei. Dahulu pernah saya utarakan bahawa ada satu pendapat yang mengatakan kaun Kedayan adalah keturunan pengiringg Puteri Jawa yang bernama Chanai Lela. 

Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa baginda benar-benar wujud. Nama sebenar baginda ialah Puteri Lela Menchanai iaitu permaisuri Sultan Bolkiah yang memerintah di sekitar tahun 1470an hingga baginda mangkat pada tahun 1521 di pangkuan Puteri Chanai Lela. Dikatakan ketika membawa Sang Puteri balik ke Brunei baginda terlalu asyik dengan kecantikan Puteri hingga baginda terlelap di pangkuan puteri. Ketika itu Sang puteri sedang menenun kain. Kerana terkejut ,tenunan baginda tidak tentu arah hingga terkena jari baginda Sultan. Baginda sultan gering lalu mangkat beberapa ketika kemudian pada tahun 1521 Masihi. Makam baginda telah dibina dengan indahnya dan tukangnya adalah orang Jawa. Ia menjadi aspirasi untuk bangunan Muzium Brunei sekarang.

Lagipun...Sultan Bolkiah dikatakan orang yang bertanggungjawab membawa orang Kedayan ke Brunei dari Jawa. Baginda digelar Nakhoda Ragam kerana setiap kali baginda belayar baginda membawa alat bunyi-bunyian. Walaupun demikian, ada percanggahan mengenai mengapa orang Kedayan ke Brunei. Ada dua pendapat. Pertama ia dikaitkan dengan Puteri Lela Menchanai yang mana orang Kedayan merupakan pengiring baginda. Pendapat kedua pula di kaitkan dengan Sultan Bolkiah yang mana mereka dibawa khas ke Brunei untuk dijadikan petani kerana baginda telah melihat keahlian bangsa itu di Jawa amat mahir bercucuk tanam.

Di sini juga saya ingin menafikan pen dapat saudara BIIK-BIIK yang mengatakan bahawa kedatangan kaum Kedayan ke daerah-daerah lain adalah untuk menegakkan kesultanan Brunei. Mengapa? Pertama, kedatangan orang Kedayan ke Miri dan Sibuti bukan untuk menegakkan kesultannan Brunei tetapi lebih kerana faktor ekonomi. Ia berlaku sekitat tahun 1800-1915. Kedatangan mereka ke Sibuti diketuai oleh Abdul Ghafur yang kemudiannya dilantik sebagai Penghulu Kedayan oleh Raja Brooke. Kedua, perpindahan mereka ke Labuan adalah kerana berlakunya pemberontakan merebut takhta di Brunei. Golongan bangsawan yang mereka sokong kalah yang mana salah seorang keluarga DiRaja telah membunuh diri kerana takut diperhambakan oleh Sultan Brunei. Tujuan mereka ke Labuan adalah untuk mendapat perlindungan British.

Ketiga, ia berlaku sekitar tahun 1600 Masihi kerana mengiringi Pengeran Muda Tengah yang membawa diri Ke Sarawak. Baginda dilantik sebagai Sultan Sarawak pertama dengan gelaran Sultan Ibrahim Omar Ali Syah. Keberangkatan baginda ke Sarawak diiringi oleh 1000 orang bangsawan yang terdiri dari puak Sakai, orang Kedayan dan penduduk Pulau Bunut. Malangnya, baginda jugalah Sultan Sarawak yang terakhir apabila baginda di bunuh oleh seorang budak Sakai. Putera baginda menubuhkan Kesultanan baru di Sambas, Kalimantan Indonesia.

Keempat, beberapa orang Kedayan dibawa ke Kuching kerana terbabit dalam satu projek pertanian pada zaman Kerajaan Brooke. Mereka di beri gelaran Kapitan. Nama mereka akan saya umumkan kemudian nanti.
Mungkin kedatangan mereka ke Borneo disebabkan faktor pertanian mungkin ada benarnya kerana dikatakan orang Kedayanlah yang mula-mula sekali memperkenalkan penanaman padi sawah di Brunei dan jajahannya(Puak-puak di Brunei-RTB 1993). Tetapi apa yang menghairankan ialah tiada satu pun tarian yang bercirikan pertanian tetapi sebaliknya kebanyakkan tarian Kedayan lebih berunsurkan ilmu persilatan seperti tarian Adu-adu. Unsur magis kedapatan didalam tarian Anding, Alai bubu dan Alai mengalai.

Oh ya...saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kampung Melayu di Belaga di dalam bahagian Kapit diasaskan oleh orang kedayan iaitu oleh Awang Khamis. Beliau berhijrah ke sana pada zaman Jepun. 

Aaron Bonafides

END

[HOME]

 

Live Chat dengan Kenshiroe

18 Feb, K.Kinabalu; Webmaster KOL, Sdr Kenshi hari ini mengumumkan bahawa para pengunjung boleh menghubungi beliau secara langsung di KOL melalui Konsep Messenger yang didapati dengan kerjasama pihak pihak penaja yang bermurah hati.

Anda boleh melihat icon yang terletak di atas ruangan "Ngundi KOL" samaada beliau Online(sedang berada di internet) atau tidak. Jika Icon berkenaan tertera perkataan "online, anda boleh terus menghubungi beliau dengan meng"klik" butang yang disediakan. Jika Icon berkenaan menyatakan "Offline" pula anda masih boleh menghantar / meninggalkan mesej yang akan beliau dapati secara langsung bila beliau offline nanti.

Diharapkan para pengunjung boleh menggunakan kemudahan ini secara positif.

KOL

END

[HOME]

 

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.