KEDAYAN Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama AJK Pusat

25 Feb, Beaufort; KEDAYAN cawangan Kg Lingkungan menganjurkan majlis bersama presiden pada hari ini di lingkungan, kira kira 30 KM dari pekan Beaufort.

Di dalam majlis berkenaan, pengerusi penganjur, En Ag Basar Aman menyatakan harapan supaya KEDAYAN akan terus aktif dan berkembang menjadi organisasi yang disegani di dalam hal ehwal orang orang Kedayan.

Sdr Amde di dalam kenyataan balasnya menyatakan soal pembangunan KEDAYAN dan Kedayan adalah tenggungjawab bersama dan bukannya terletak di atas bahu AJK Pusat semata mata. Beliau melahirkan rasa terharu kepada kesungguhan penduduk kampung Lingkungan kerana telah berjaya mengumpulkan 150 permohonan sidalam satu hari, satu catatan sejarah di sepanjang penubuhan KEDAYAN.

Di majlis berkenaan beliau melancarkan Tabung Kebajikan KEDAYAN Kg Lingkungan.

KOL

End

[HOME]

 

Takziah untuk keluarga Allahyarham Juna Abas

24 Feb, Sipitang; KEDAYAN mengucapkan takziah di atas pemergian Pengerusi KEDAYAN cawangan Kg Bangsal, En Juna Abas.

Beliau meninggal dunia akibat serangan penyakit Asthma, kira kira jam 8.30 semalam. Sdr Presiden yang turut mengunjungi upacara pengkebumian allahyarham turut merakamkan kesedihan beliau dan menyifatkan pemergian Sdr Juna sebagai satu kehilangan besar bagi KEDAYAN.

KOL difahamkan Sdr Juna adalah satu contoh transformasi drastik anak Kedayan yang mahu memajukan diri. Beliau mengubah cara kehidupannya, membuang kehidupan masa lalunya dan secara tiba tiba berjaya mengubah wajah KEDAYAN dari keahlian sifar, kewangan sifar selama bertahun tahun, menjadi organisasi yang disegani dikampungnya di dalam masa setahun saja.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang yang beriman

KOL

End

[HOME]

 

 

Kedayan atau Islam?

23 Feb, Kota Kinabalu; KOL menerima satu pandangan berbeza mengenai konsep persatuan. Apa pandangan anda?

:hi apa komen anda dengan web kedayan di kedayan.cjb.net?
> DALAM KUBUR ...ADA MALAIKAT BATANYA AAH UANG MATI .....
>
> "APA KAUMMU?????????????"
> JAWAPAN KADAYAN?????
>
> BERSATU DALAM ISLAM

Jawapan 1


aku inda faham komen-komen ini.....macam inda membangun...kalau inda setuju
berilah komen yg positive

arkin

KOL

End

[HOME]

 

 

Muatkan juga berita dari Sarawak

 Sdr Aaron

 

Agaknya sudah beberapa minggu saya tidak menulis di KOL. Banyak juga berita yang dimuatkan tetapi lebih tertumpu di sekitar Sabah. Di sini saya juga ingin bertanya adakah KOL ini milik Persatuan Kedayan Sabah? Bagi saya ia lebih menjurus ke arah itu. Maafkan saya jikalau pernyataan saya ini menyinggung perasaan kalian. Ke mana perginya Kedayan di Sarawak dan Labuan? Oh ya...saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk bertanya masih adakah Kedayan di Labuan? Amat kurang berita mengenai masyarakat dan persatuan Kedayan di sana. Sinis tapi saya rasa Kedayan di Labuan sudah pupus. Ini adalah kerana hanya ada dua kaum yang sering disebut oleh ahli politik Labuan iaitu Melayu dan Cina. Ahli politik itu kita pun tahu. Ya...ahli UMNO.
Saya juga ingin meminta maaf di sini kiranya pendapat saya mengenai asal-usul Kedayan mendapat tentangan daripada kalian. Siapalah saya? Saya hanya seorang remaja yang masih mentah. Tidak mahir dan amat kurang pengetahuan mengenai sejarah Kedayan. Secara jujur saya baru berusia 21 tahun dan berdarah campuran. Ayah saya adalah berdarah Kedayan+Melayu Dalek+Melanau manakala ibu saya adalah seorang wanita Iban. Nama sebenar saya ialah Schaffronny ibni Safar ibni Boben ibni Dohak ibni Abdul Ghafur. Saya lebih dikenali sebagai Aaron dikalangan kawan-kawan kerana saya adalah seorang peminat Aaron Kwok. Manakala Bonafides adalah gelaran yang diberikan kepada saya kerana saya suka membangkang berdasarkan ketepatan fakta, dan sebelum mengaku kalah saya akan sedaya upaya mempertahankan pendapat saya berdasarkan fakta. Minat saya terhadap kaum Kedayan bermula semasa saya berada di dalam tingkatan satu. Atas sebab yang demikian andainya pendapat saya kurang tepat kemaafan jua yang dipinta. Oh ya kalau boleh...kalau boleh, KOL ditulis di dalam Bahasa Malaysia kerana tidak semua artikel di dalam KOL dapat saya fahami.
Saya juga ingin memberikan sedikit pendapat mengenai asal-usul perkataan Kedayan. Ada seorang penkaji yang mengetengahkan bahawa perkataan Kedayan itu berasal dari perkataan Melayu lama iaitu KODIAN. Pengiring orang-orang besar di Nusantara kebiasaanya dikenali sebagai orang kodi-an. Ada satu kisah mengenai hal ini. Ianaya mengenai pengiring Datu Di Pati yang tersesat di Negeri Banjar dan sampai ke jajahan Brunei. Mereka ini kemudiannya dikenali sebagai orang Kedayan oleh generasi terkemudian.
Suatu ketika dulu ada seorang responden yang mengatakan bahawa ketua rombongan puteri Jawa ialah Tun Manda Lela. Saya ingin memberi sedikit pendapat mengenai hal ini. Nama itu tidak bercirikan Jawa tetapi lebih bercirikan Melayu Semenanjung. Kita tentu tahu siapa itu Tun Sri Lanang, Tun Teja, Tun Ali(Bendahara Seri Nara Di Raja. Bendahara Melaka sebelun Tun Perak. Dan kebetulan pula beliau mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Tun Manda yang berkahwin dengan Pengeran Surabaya.).

Aaron

KOL

End

[HOME]



Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.